Rabu, 4 Januari 2012

Sesi Persekolahan 2012

KUALA LUMPUR - Lebih 450,000 murid memulakan alam persekolahan mereka sebagai pelajar tahun satu di seluruh negara pada penggal pertama persekolahan bermula semalam.
Kumpulan itu termasuk 81,000 pelajar tahun satu di di 1,303 sekolah rendah di Terengganu, Kedah dan Kelantan yang memulakan sesi persekolahan semalam.
Bagaimanapun, sesi persekolahan terganggu di beberapa sekolah di Rantau Panjang dan Gua Musang di Kelantan serta Setiu di Terengganu kerana masalah banjir atau jalan

masuk ke sekolah dinaiki air menyebabkan terputus hubungan. Di Terengganu, Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Hashim Mohd. Zin berkata, 20,324 murid memulakan tahun satu di 347 sekolah rendah - Berita Harian