Rabu, 18 Januari 2012

Kenyataan Akhbar : Anggota TLDM kecewa KPM tak lulus isteri tukar



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Aduan Rakyat, Lumut, Perak”  dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbarUtusan Malaysia  bertarikh 9 Januari 2012Anggota TLDM kecewa KPM tak lulus isteri tukar.

Dasar pertukaran guru adalah seperti perkhidmatan lain iaitu berasakan kepada keperluan perkhidmatan yang bersandarkan keperluan opsyen ataupun mata pelajaran yang diajar. Pengisian pertukaran juga melihat kepada kekosongan jawatan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) semasa di negeri yang dipohon.

Selain itu, bagi guru-guru J-Qaf pemohon juga tertakluk kepada perjanjian semasa guru menerima tawaran jawatan tersebut. Bagi sekolah rendah, permohonan untuk masuk ke negeri yang tiada kekosongan jawatan dan opsyen tidak dapat diluluskan kerana emolumen (gaji) sesebuah negeri berasaskan kepada ABM yang diluluskan untuk negeri tersebut.

KPM perlu menimbangkan kebajikan murid-murid mengatasi guru kerana kekurangan guru sesebuah negeri akan menjejaskan pelan tranformasi KPM dan pembangunan modal insan.

Kedudukan guru sehingga 31 Disember 2011, negeri-negeri berikut tidak dapat diluluskan kerana tiada kekosongan jawatan adalah:
Perlis
  1. Kedah
  2. Pulau Pinang
  3. Perak
  4. Pahang
  5. Kelantan
  6. Terengganu
KPM memberi pertimbangan sewajarnya dalam memberi kelulusan permohonan guru khususnya bagi kumpulan guru yang menghadapi masalah kesihatan kritikal seperti kanser dan sakit jantung.
   
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sumber - Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia