Selasa, 10 Januari 2012

Program Permata Pintar

Kepada semua Pengetua dan Guru Besar,
Negeri Terengganu


PELAKSANAAN PROGRAM PERMATA pintar UKM  PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

 1.        Sukacita dimaklumkan bahawa Program PERMATA Pintar UKM telah dilaksanakan semenjak tahun 2009 lagi yang dinaungi oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Malaysia.Ianya merupakan usaha murni  pihak kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi seawal usia kanak-kanak lagi.Namun begitu, pelaksanaan dan penyertaan pelajar/ murid di sekolah-sekolah di Negeri Terengganu bagi program ini masih lagi berkurangan.Oleh yang demikian,menjadi harapan pihak jabatan agar pihak tuan dapat melaksanakan program ini secara bersungguh-sungguh dalam  usaha melahirkan pelajar/ murid pintar,cemerlang, gemilang dan  terbilang dimasa akan datang.Ke arah Pendidikan Terbilang`Terengganu Anjung Ilmu`

2.         Bersama ini disertakan jadual ujian saringan bagi Program PERMATA pintar UKM:


Nama Ujian
Tarikh/Bulan
Tempat
Tindakan
Ujian Saringan Permata Pintar UKM1
1 Feb hingga 30 April 2012
Sek masing-masing
Guru ICT,Guru Besar dan Pengetua
Ujian Saringan Permata Pintar UKM2
Jun hingga Ogos 2012 ( secara berperingkat-peringkat )
Pusat ujian akan dimaklumkan
JPNT,UKM,KPM
Program Perkhemahan Cuti Sekolah Permata Pintar
Cuti Akhir Tahun
( Nov – Dis 2012 )
UKM,BANGI
JPNT,UKM,KPM
Ujian Permata Pintar UKM3
Cuti Akhir Tahun
( Nov – Dis 2012 )
UKM,BANGI
JPNT,UKM,KPM



 3.        Maklumat lanjut, sila layari http://www.permatapintar.edu.my.
Sebarang kemusykilan berhubung perkara ini sila hubungi En Hamid bin Yahya ( 019-9803189 ) atau En Azmi bin Yusof ( 013-9830402 ).Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sumber - Blog Unit Rendah JPNT