Ahad, 17 April 2016

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM SESI TAHUN 2016




SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM SESI TAHUN 2016 akan dibuka mulai 14 April 2016 hingga 27 Mei 2016 . Sila KLIK di sini

Diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat

Isnin, 4 April 2016


Ahad, 3 April 2016

SAYEMBARA PENULISAN RENCANA ISU DAKWAH KONTEMPORARI PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016


Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan Sayembara Penulisan Rencana  Isu Dakwah Kontemporari Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2016. Ia terbuka kepada pegawai, guru, dan kakitangan di Kementerian, Jabatan dan Pejabat Pendidikan Daerah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia turut terbuka kepada pensyarah dan kakitangan di IAB, Institut Pendidikan dan Guru dan Kolej Matrikulasi KPM.
Tarikh tutup sayembara ini pada 30 April 2016. Maklumat lanjut dan syarat penyertaan serta borang boleh dimuat turun di bawah.. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui emel ruzainsyukur@gmail.com atau hubungi 019-2103267.
Sila klik di SINI
Sumber : Laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia

PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2017



Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2017  akan bermula mulai 1 April 2016 sehingga 31 Ogos 2016. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut, sila berhubung dengan Pn Zuraini Abu Hassan di talian 03-8872 1620 atau layari www.moe.gov.my

Sumber : Laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia

SEMAKAN CALON YANG BERJAYA MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2016

Semakan calon yang berjaya menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi calon-calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), calon-calon Ambilan Khas Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) boleh dibuat pada 5 April 2016 jam 12.00 tengahari  hingga 14 April 2016.

Harap Maklum.


Diterbitkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia


Sumber : Laman Sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN GRED DG34, DG32, DG29, DG41, DG42 BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Sila klik di SINI

Sumber : Laman Sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia

TEACHING AND LEARNING INTERNATIONAL SURVEY (TALIS)

Teaching and Learning International Survey (TALIS) merupakan kajian antarabangsa yang pertama menyentuh isu yang mempengaruhi guru dan tugas guru. Hasil dapatan daripada kajian ini dapat memberi perspektif perbandingan antarabangsa mengenai iklim pembelajaran dan pengajaran dalam kalangan warga pendidik. Sehubungan itu kami memuat naik Laporan TALIS Versi Bahasa Melayu sebagai rujukan.

Sila klik di SINI

Sumber : Laman Sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia