Khamis, 31 Januari 2013

Sekolah pondok persendirian di Terengganu diminta daftar dengan JPNT

KUALA TERENGGANU - Sekolah pondok persendirian di negeri ini disaran agar mendaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) bagi mendapat pelbagai kemudahan daripada kerajaan termasuk bantuan awal persekolahan RM100.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, tindakan itu juga membolehkan kerajaan memantau sukatan mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum sekolah berkenaan supaya selari dengan sistem akademik peringkat nasional.
"Banyak kebaikan dan faedah yang akan dinikmati oleh pelajar dan guru jika sekolah pondok persendirian berdaftar dengan JPNT kerana kita akan meneliti setiap isu di sekolah terutama dari aspek keselamatan dan masa depan pelajar.
"Justeru ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih sekolah yang sesuai untuk menghantar anak mereka mendapat pendidikan kerana tanpa pemantauan kerajaan, kemungkinan pelajar terdedah dengan tindakan atau aktiviti subversif yang boleh memudaratkan masa depan anak mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program bahasa Radio Malaysia Terengganu FM di sini.
Beliau bagaimanapun menegaskan jumlah sekolah pondok persendirian yang masih belum mendaftar dengan JPNT adalah kecil dan mereka bantuan dari pihak-pihak tertentu.
Mengenai pengagihan bantuan awal persekolahan RM100, Ahmad Razif berkata, hampir semua sekolah sudah menerimanya termasuk yang terletak di pulau-pulau.
"Sekolah di pulau sedikit lewat menerimanya kerana kesulitan untuk ke pulau ekoran musim tengkujuh baru-baru ini, namun pengagihan kepada sekolah di pulau sudah pun selesai," katanya.
Sebanyak RM25.46 juta bantuan persekolahan diagihkan kepada seramai 254,634 orang pelajar di seluruh Terengganu mulai 15 Januari lalu. - Bernama

Pembantu guru ditambah


KUALA TERENGGANU 30 Jan. - Kerajaan negeri berhasrat meningkatkan bilangan Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) yang ditempatkan di negeri ini lebih sekali ganda tahun depan dengan membiayai sendiri kos bagi pertambahan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, kerajaan negeri masih memberi penekanan terhadap aspek penguasaan bahasa Inggeris yang masih menjejaskan pencapaian pelajar anak negeri untuk mencapai kecemerlangan.
Menurut beliau, melalui seliaan Kementerian Pelajaran, kerajaan negeri akan menerima seramai 18 ETA dari Amerika Syarikat (AS) tahun ini daripada jumlah keseluruhan sebanyak 50 orang yang bakal ditempatkan di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara.


Sumber - Utusan Melayu Online

PERUTUSAN TAHUN BARU OLEH MENTERI PELAJARAN


Sila rujuk Lampiran untuk Perutusan tahun Baru

Sila klik di sini untuk pautan

Sumber : Portal Rasmi KPM

Selasa, 29 Januari 2013

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU (1) AMBILAN KEDUA DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2013


Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) Ambilan Kedua di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 29 Januari 2013 (Selasa).
Pautan Sistem Semakan seperti berikut:

Sumber : Portal Rasmi KPM



Awalan ter- ialah awalan asli bahasa Melayu. Awalan ter- ini dapat digabungkan dengan kata dasar daripada pelbagai golongan kata utama (kata nama, kata kerja dan kata adjektif) bagi membentuk kata kerja terbitan.
Misalnya, daripada kata nama buku, dayung, nama, paku dan pelajar terbitlah kata kerja terbuku, terdayung, ternama, terpaku, dan terpelajar. Daripada kata kerja transitif ambil, beli, makan, pukul dan suruh lahir kata kerja terambil, terbeli, termakan, terpukul, dan tersuruh. Kemudian, daripada golongan kata kerja tak transitif baring, duduk, diam, jatuh dan sandar, terbit kata kerja terbaring, terduduk, terdiam, terjatuh dan tersandar.
Daripada kata adjektif baik, cantik, masyhur, pandai dan tinggi, terbit kata kerja terbaik, tercantik, termasyhur, terpandai, dan tertinggi.
Kata kerja (KK) dengan awalan ter- terdiri daripada dua jenis, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif itu pula terbahagi kepada dua bentuk lagi, iaitu kata kerja transitif aktif, dan kata kerja transitif pasif.
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek atau penyambut, dan objek atau penyambut itu hendaklah terdiri daripada frasa nama.

Elemen vokasional dalam sekolah K9


Konsep Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) yang mengandungi elemen Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di peringkat menengah rendah di semua sekolah menengah harian diyakini dapat melengkapi murid Orang Asli dengan pelbagai kemahiran sebagai persiapan sebelum memasuki alam pekerjaan.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Datuk Mazlan Mohamad berkata, melalui PAV murid akan dididik dengan pembelajaran kerjaya yang banyak dipengaruhi faktor persekitaran selain hutan melalui kemahiran diri antaranya termasuklah pertukangan, automotif, solekan dan kemahiran hidup lain.
“Misalnya, di Sekolah Kebangsaan (SK) Betau, pelajar Orang Asli K9 di Kuala Lipis, Pahang itu diajar menerusi kecenderungan mereka sendiri yang lebih kepada kemahiran automotif dan solekan di kalangan pelajar perempuan,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.
Pendekatan itu merupakan satu daripada tujuh teras utama untuk memastikan pengupayaan kualiti pendidikan Orang Asli di samping bertujuan mengurangkan kadar keciciran pada kadar enam peratus setahun mulai tahun depan.
Bagi mencapai sasaran itu, kementerian akan memperluas sekolah-sekolah berkonsepkan K9 demi meningkatkan kualiti pembangunan pendidikan di kalangan anak-anak Orang Asli dan mereka yang tinggal jauh di kawasan pedalaman.
Menurutnya, salah satu keistimewaan sekolah K9 ialah dilengkapi dengan kemudahan bilik darjah yang selesa serta kemudahan asrama lelaki dan perempuan bagi mereka yang tinggal jauh.

Proses agih RM100 selesai akhir bulan


KUALA TERENGGANU 27 Jan. - Proses agihan Bantuan Persekolahan RM100 kepada kesemua 246,922 pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh negeri ini yang bermula 15 Januari lalu dijangka selesai sepenuhnya akhir bulan ini.
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Zakaria Hussin berkata, pihaknya yakin ia dapat diselesaikan dalam tempoh itu iaitu lebih awal daripada jadual asal 15 Februari depan.

Menurutnya, daripada kesemua jumlah pelajar berkenaan, 135,005 adalah murid sekolah rendah manakala bakinya iaitu 111,917 pelajar sekolah menengah di seluruh Terengganu.
Menurut beliau, pihaknya menyerahkan kepada setiap Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk memastikan kelancaran proses penyerahan bantuan itu kepada pelajar di daerah masing-masing.
"Penyerahan ini (bantuan khas RM100) mula dilakukan pada 15 Januari lalu dan kita jangka semua pelajar sekolah menengah dan rendah di negeri ini akan menerima wang bantuan tersebut penghujung bulan ini.
"Kita serahkan kepada PPD untuk selaraskan penyerahan bantuan khas ini sama ada di peringkat Parlimen atau DUN (Dewan Undangan Negeri)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Zakaria berkata, proses penyerahan bantuan RM100 itu juga dillangsungkan di sekolah-sekolah terpilih sama ada secara gabungan atau pun sendiri-sendiri.

Sumber - Utusan Melayu (M) Bhd 

Al Fatihah

Al fatihah buat roh ayah mertua En. Mohd Zaki Tenreha (Penyelia,Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pra sekolah, Sektor Pengurusan Sekolah) pada 28 Januari 2013.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.Amin..

Salam takziah daripada Unit Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah

Isnin, 28 Januari 2013

3 golongan dilonggar masuk IPT wajar

Kuala Lumpur: Langkah Kementerian Pengajian Tinggi melonggarkan syarat kepada tiga golongan bagi memasuki politeknik dan universiti awam tanpa mengikut meritokrasi adalah sesuatu yang wajar dan adil.
Menerusi pelaksanaan itu, pelajar miskin, orang kelainan upaya (OKU) serta golongan minoriti seperti Orang Ulu akan ditawarkan 5,200 tempat khusus di institusi pengajian bermula tahun ini. 

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pihaknya menyambut baik pelaksanaan itu kerana ia memberi peluang yang adil kepada golongan berkenaan dalam mendapatkan pendidikan. 
Katanya, sejak meritokrasi diperkenalkan, ramai pelajar dari golongan berkenaan sukar mendapat tempat di institusi pengajian tinggi kerana perlu bersaing dengan pelajar lain yang menerima kemudahan pembelajaran lebih baik sekali gus menyebabkan mereka tercicir.


Rabu, 23 Januari 2013

Borang Permohonan Dan Panduan Hadiah BIASISWA SUKAN KPM 2013



Dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Sukan (BS) 2013 kini telah dibuka.
Sila muat turun borang dan panduan permohonan yang dilampirkan untuk edaran.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua pada atau sebelum 31 Mac 2013 untuk tindakan selanjutnya

Sila klik di sini untuk pautan berikut

Sumber - Portal Rasmi KPM

PUSAT PANGGILAN 1 MALAYSIA (1MOCC)

Pusat Panggilan 1 Malaysia atau 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC) kini memasuki fasa dua dengan penglibatan kesemua 25 kementerian mulai 15 Januari 2013. Fasa satu 1MOCC telah dilaksanakan secara perintis sejak November 2012 merangkumi Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Perbadanan Putrajaya serta 21 agensi lain di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pelancaran 1MOCC telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 12 November 2012. 1MOCC merupakan satu projek National Flagship di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) bertujuan untuk memudah cara komunikasi orang awam dengan agensi Kerajaan melalui konsep pusat panggilan setempat. 1MOCC membolehkan orang awam untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi Kerajaan menggunakan satu nombor perhubungan tunggal, 
03 8000 8000

Sumber - Portal Rasmi KPM

Selasa, 22 Januari 2013

Selawat


2 hari lagi...


Isnin, 21 Januari 2013

Tangani masalah bateri e-Book

KUALA NERUS - Kerajaan Negeri akan menangani segera masalah bateri e-Book yang tidak boleh bertahan lama bagi memastikan ia dapat digunakan sepanjang tempoh pembelajaran pelajar di semua sekolah.Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif berkata, pihaknya akan berunding dengan Top IT mengenai langkah penyelesaian bagi memastikan bateri e-Book itu dapat digunakan dalam tempoh yang lama.
“Kita akan bincang dengan pegawai teknologi yang terlibat tentang bagaimana cara untuk memastikan bateri e-Book dapat bertahan dengan lebih lama kerana, kita ada menerima aduan yang mengatakan ada sebahagian e-Book yang digunakan pelajar mengalami masalah bateri.
“Ini kerana, Kerajaan Negeri memandang serius penggunaan e-Book dan kita juga sedang meneliti untuk turut menggunakan bahan pembelajaran itu dalam Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Dun Seberang Takir di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, di sini, semalam.
Menurutnya, Kerajaan Negeri sememangnya fokus serius terhadap penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sejajar dengan usaha untuk merealisasikan Terengganu sebagai negeri anjung ilmu.
Sehubungan itu, beliau turut meminta semua ibu bapa agar memainkan peranan untuk memantau penggunaan e-Book oleh anak-anak ketika berada di rumah,  bagi memastikan ia tidak disalah guna untuk aktiviti yang kurang sihat.
Sementara itu, dalam majlis berkenaan seramai 888 murid menerima bantuan wang tunai RM100 setiap seorang dan kebanyakan bapa yang ditemui turut menyatakan rasa syukur dan terima kasih dengan bantuan yang diterima.

Sumber - Sinar Harian

4 hari lagi...

Status semasa pengesahan APDM 2013

Kod PPD                                                        PPD                                        Pengesahan                      
T010BESUT38/75
T020DUNGUN46/72
T030KEMAMAN19/74
T040KUALA TERENGGANU36/120
T050HULU TERENGGANU31/64
T060SETIU17/56
T070MARANG15/43
Data pada 21 Januari 2013 jam 3.05 petang

Tarikh akhir pengemaskinian data APDM adalah pada 25 Januari 2013

Makluman


Ahad, 20 Januari 2013

Jangan salah guna IT

AMPUNG TAJIN - Individu berkemahiran dalam teknologi maklumat (IT) atau bidang berkaitan komputer diharap tidak menyalahkan kelebihan tersebut untuk menyebarkan perkara negatif terhadap pihak lain melalui internet atau sebagainya.Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, penyebaran tersebut dikhuatiri mengundang senario tidak diingini termasuk membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap sesuatu pihak sekali gus menggoyahkan perpaduan.
“Dunia hari ini, segala maklumat berada di hujung jari. Malah, maklumat dan perkembangan semasa seluruh negara dapat diketahui dalam jangka masa singkat. Oleh sebab itu, internet memberi pengaruh besar dalam kehidupan seharian.
“Oleh itu, perlu diingatkan agar perkembangan teknologi ini tidak digunakan ke arah negatif dengan menjadikannya medium untuk menghasut atau menyebarkan perkara tidak benar terhadap sesuatu pihak termasuk kerajaan," katanya.
Sementara itu, beliau enolak dakwaan segelintir pihak mendakwa Kerajaan negeri melakukan pembaziran melalui pengagihan e-Book kepada murid.
“Kita tidak tahu membazirkan dari aspek mana kerana bukan semua ibu bapa berkemampuan.
"Malah, kecemerlangan demi kecemerlangan pendidikan diperoleh di negeri ini telah menyebabkan negeri-negeri lain mulai ‘takut’ sehinggakan ada pihak yang menyebarkan perkara bukan-bukan. Kita juga turut digeruni dalam bidang sukan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kontrak Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) di sini, kelmarin melibatkan seramai 68 individu.
Hadir sama pada program berkenaan, Pengarah Eksekutif Tesdec Services Sdn.Bhd, Che Razali Adis; Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Shafruddin Ali Hussein dan Pengetua Sahut, Ramlah Endut.
Tambah Rozi yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Tesdec Services Sdn.Bhd, sehingga Januari tahun ini, seramai 484 EIO telah ditempatkan di sekolah rendah, menengah, jabatan-jabatan serta pusat bestari (Bes.comm) di seluruh Terengganu.

Sumber - Sinar Harian

Komputer ganti buku teks



Mobile, Alabama 18 Jan. - Komputer riba bakal menggantikan penggunaan buku teks di sekolah-sekolah dalam usaha kerajaan meningkatkan standard pembelajaran di Malaysia bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang tetapi juga mempunyai pelbagai kemahiran.
Melalui sistem itu, skim pinjaman buku teks akan digantikan dengan pinjaman komputer riba yang mana akan dipulangkan oleh para pelajar setiap kali selesai sesi persekolahan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, itu merupakan antara kaedah yang boleh diteliti oleh Kementerian Pelajaran supaya sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah selari dengan perkembangan teknologi terkini.
“Malaysia kena beri perhatian dan menumpukan kepada standard pembelajaran yang lebih tinggi supaya para pelajar lebih fokus, ada kemahiran berfikir, kreatif dan holistik," katanya kepada wartawan Malaysia selepas melakukan lawatan ke Sekolah Tinggi Daphne di sini, semalam.

Sumber - Utusan Malaysia Online

Sukan: Sekolah kena kreatif



MOBILE (Alabama) 19 Jan. - Pengurusan sekolah perlu kreatif merangka program sukan untuk pelajar bagi membantu merealiasikan dasar 1Murid 1Sukan yang dilancarkan pada 2010.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, di pihak kerajaan, usaha telah dilakukan untuk mempertingkatkan kemudahan sama ada yang berbentuk dalaman mahu pun luaran selain membaiki prasarana sedia ada.
Bagi sekolah yang tidak mempunyai kemudahan atau kemudahan tidak lengkap, katanya, pihak sekolah perlu bijak merangka program-program yang sesuai supaya setiap pelajar terlibat dalam sukan.
“Mungkin boleh adakan sukan seperti merentas desa atau boleh gunakan dewan-dewan majlis perbandaran, sekolah-sekolah berhampiran, universiti dan sebagainya untuk aktiviti sukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia ketika ditemui dalam sesi lawatan kerjanya ke Alabama di sini semalam.
Dalam lawatan itu, Muhyiddin yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut melawat sekolah di bawah Program Reben Biru Amerika Syarikat iaitu Sekolah Tinggi Daphne dan turut menerima ijazah doktor kehormat antarabangsa daripada Akademi Sukan Amerika Syarikat (USSA).
Menurut Muhyiddin, apa yang penting, budaya sukan mesti dipupuk dari peringkat sekolah.

Sumber - Utusan Malaysia Online

Status Terkini Pengesahan APDM

Status Terkini Pengesahan Guru Besar/Pengetua Data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Kod PPD                          PPD                                                                     Pengesahan
T010BESUT31/75
T020DUNGUN33/72
T030KEMAMAN18/74
T040KUALA TERENGGANU32/120
T050HULU TERENGGANU23/64
T060SETIU14/56
T070MARANG12/43
Tarikh : 20 Januari 2012 jam 7.30 pagi

PENDAFTARAN CALON SEKOLAH DAN CALON PERSENDIRIAN BAGI PEPERIKSAAN STAM 2013


Sila klik di sini untuk pautan berikut

Sumber - Portal Rasmi KPM

DAURAH MURSHID PERINGKAT KEBANGSAAN 2013, PROGRAM BINA UPAYA GURU PENDIDIKAN ISLAM


Sumber - Portal Rasmi KPM

Khamis, 17 Januari 2013

Makluman Kepada Semua




Semua murid telah naik tahun / tingkatan secara automatik oleh sistem APDM. Guru kelas hanya perlu kemaskini kelas murid (sekiranya berubah).
Administrator APDM sekolah perlu terlebih dahulu melantik semula semua guru kelas (JANGAN PADAM KELAS!!) dan pembantu tadbir (PT) untuk sesi persekolahan 2013 berserta MBMMBI dan sesi pagi / petang kelas tersebut.
Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 25 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid.
Mulai 1 Januari 2013, Murid-murid tahun 1 dan tingkatan 1 yang telah mendaftar menggunakan edaftar rendah dan edaftar menengah APDM hanya perlu dikemaskini kelas oleh Administrator APDM sekolah. Guru kelas hanya perlu mendaftar murid baru yang tiada dalam senarai. 

Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan 

Statistik Terkini Pengesahan APDM

Makluman kepada semua Pengetua dan Guru Besar.
Mohon kerjasama untuk mengambil tindakan dengan mengesahkan data terkini Aplikasi Pangkalan Data Murid dengan kadar segera.

Kod PPDPPDPengesahan
T010BESUT30/75
T020DUNGUN31/72
T030KEMAMAN17/74
T040KUALA TERENGGANU29/120
T050HULU TERENGGANU11/64
T060SETIU7/56
T070MARANG8/43

Data pada 17 Januari jam 8.15 pagi

Rabu, 16 Januari 2013

Pendidikan Orang Asli janji ditepati


Sekiranya anda beranggapan taraf kehidupan kaum pribumi atau Orang Asli di negara ini masih mundur seperti lima atau 10 tahun lalu dan tiada kemajuan maka anda wajar membetulkan persepsi tersebut dengan melihat sendiri perubahan yang sedang berlaku dalam kalangan golongan itu hari ini.
Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran sejak sedekad lalu sentiasa menetapkan komitmen mahu merapatkan jurang pendidikan, tahap sosioekonomi dan keupayaan murid Orang Asli agar golongan itu mempunyai peluang dan keupayaan sama iaitu untuk cemerlang sama ada mereka tinggal di bandar, luar bandar atau pedalaman.
Selaras dengan itu, diperkenalkan Pelan Transformasi Pendidikan Orang Asli (PTPOA) yang menetapkan pencapaian golongan terbabit dalam tempoh lima tahun dari 2013 hingga 2017 dengan menekankan objektif memperkasa kemajuan Orang Asli seiring dengan kemajuan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Namun, tanpa perlu menunggu masa lima tahun itu, sebahagian daripada rancangan tersebut berjaya dicapai dan pencapaian tersebut dibuktikan oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Tasik Chini pada keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu.

550 pegawai IT disambung kontrak



HULU TERENGGANU 15 Jan. - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM10 juta setahun bagi pembayaran gaji kepada 550 Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) di seluruh negeri ini bagi menyambung perkhidmatan mereka tahun ini.
Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) Services Sdn. Bhd., Rozi Mamat berkata, daripada jumlah itu, seramai 495 orang EIO dan 55 petugas TSO ditempatkan di sekolah rendah, sekolah menengah, jabatan-jabatan, pejabat pelajaran daerah dan pusat bestari (Bes.comm).
Katanya, langkah itu bertujuan menyediakan tenaga kerja dalam bidang teknologi maklumat di setiap sekolah untuk kelancaran pelaksanaan program e-book di seluruh negeri itu.
"Tempoh perkhidmatan seorang EIO dan TSO berdasarkan kontrak tahunan dan mereka ditugaskan menyelenggara e-book selain tertakluk dasar kerajaan dalam melaksanakan tugasan berkaitan program e-book.

Sumber - Utusan Melayu (M) Bhd 

Pindaan Tarikh Cuti Berganti Sempena Tahun Baru Cina Tahun 2013


Sila klik di sini untuk pautan berikut

Sumber - Portal Rasmi KPM

PELAKSANAAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)



Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
membangunkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang berfokus kepada sistem satu
pangkalan data tunggal bagi murid di seluruh negara.

Sila klik di sini untuk pautan berikut

Sumber - Portal Rasmi KPM

Empat inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


Putrajaya,11 Jan : Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada empat inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini.

Inisiatif pertama ialah memperkenalkan Program Rakan Pembimbing Peningkatan Sekolah (SI Partners) Plus dan Program Jurulatih Khas Peningkatan Sekolah (SISC) Plus di Kedah dan Sabah.

Ia sebahagian usaha membimbing guru Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik, terutama di sekolah yang berada dalam Band Lima, Enam dan Tujuh. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kedua-dua program itu memberi faedah kepada pengetua, guru besar dan guru.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, inisiatif kedua ialah menilai 70,000 guru opsyen BI menerusi Cambridge Placement Test (CPT) dan kemudian guru dibahagi mengikut tiga kategori berdasarkan keputusan ujian .

Bagi guru yang tidak mencapai tahap kemahiran ditetapkan, latihan separuh masa akan diberikan. Dalam 100 hari ini, kementerian bercadang melatih 5,000 guru BI, ketika menyampaikan perutusan tahun baru kementeriannya di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, inisiatif  PPPM lain dalam Gelombang Pertama 2013, seperti meningkatkan kemahiran berfikiran aras tinggi (HOTS) dalam kalangan murid diteruskan. 

Latihan HOTS membabitkan 31,000 guru Sains dan Matematik Tingkatan Satu, Dua dan Tiga dilaksanakan dengan harapan menjelang akhir Gelombang Pertama, kira-kira 20 peratus soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah berasakan pemikiran aras tinggi.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, bagi memperlihat kejayaan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), lapan keberhasilan perlu dicapai menjelang akhir tahun ini, termasuk 100 peratus literasi bahasa Malaysia.

Katanya, keberhasilan lain ialah numerasi Tahun Tiga serta peningkatan ketara literasi bahasa Inggeris (BI).

Ini termasuk memastikan 100 peratus guru opsyen BI lulus satu tahap penguasaan lebih tinggi dalam Ujian Penempatan Cambridge (CPT) serta 50 peratus pengurangan sekolah Band enam dan tujuh di Kedah dan Sabah.

Sumber : Berita Harian Online

Surat Pekeliling dan Surat Siaran


Sila klik  untuk pautan berikut

1. SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BIL 3 TAHUN 2003- GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN (BISP)

2.Surat Siaran - Baki Peruntukan Bantuan Geran Per Kapita dan Bantuan Makanan Asrama (BMA) Tahun 2012

3. Surat Siaran - Makluman Berhubung Skim Perlindungan Insuran Takaful Murid Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2013

4. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012 - Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Murid

5. Surat Siaran Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Murid

6. Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor Perkhidmatan (Bekalan Makanan Bermasak / Kebersihan Bangunan Dan Kawasan / Kawalan Keselamatan) Kementerian Pelajaran Malaysia

Sumber - Portal Rasmi KPM

Penempatan Guru Interim Lepasan PISMP, B.Ed. Tesl dan IPTA ke SJKC dan SJKT mulai 16 Januari 2013.


Penempatan Guru Interim Lepasan PISMP, B.Ed. Tesl dan IPTA ke SJKC dan SJKT mulai 16 Januari 2013.
Calon yang tersenarai boleh merujuk Jabatan Pelajaran Negeri yang berkenaan untuk urusan penempatan Sekolah.
Sila Rujuk Lampiran (klik di sini)yang disertakan untuk senarai penempatan


Sumber - Portal Rasmi KPM

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013



Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran dan Rayuan Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 16 Januari 2013 (Rabu).

Sila klik di sini untuk pautan berikut

Sumber - Portal Rasmi KPM

Ahad, 13 Januari 2013

Semakan ke Kolej Vokasional dan SM Teknik 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 11 Januari 2013 (Jumaat)

Sila klik di sini untuk pautan

Rabu, 9 Januari 2013

SMK Seri Berang terima insentif langganan


HULU TERENGGANU 8 Jan. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Berang dekat sini, yang membuat langganan terbanyak naskhah Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia dalam kalangan sekolah di negara ini menerima Insentif Langganan Tertinggi (ILT).
Sebanyak 17,480 naskhah dibekalkan kepada sekolah itu sepanjang sesi persekolahan dari Januari hingga Oktober tahun lalu dengan kadar 100 naskhah sehari bagi dimanfaatkan kepada pelajar terutama dalam kalangan pelajar tingkatan lima dan enam.
Melalui insentif bagi tahun 2012 itu, SMK Berang menerima hadiah wang tunai RM2,000 yang disampaikan Eksekutif Jualan, Jabatan Pemasaran, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad cawangan Terengganu, Abdul Hafiz Baharuddin di sekolah itu semalam.
Menurut Abdul Hafiz, insentif itu merupakan sebahagian usaha pihak syarikat berkenaan menghargai para pelanggan setia akhbar berkenaan.


Sumber -  Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 8 Januari 2013

Sekolah Imtiaz di setiap daerah


KUALA TERENGGANU 6 Dis. - Sekolah Imtiaz yang dikelolakan Yayasan Terengganu (YT) dijangka ditubuhkan di setiap daerah di negeri ini tidak lama lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ketika ini, sekolah tersebut hanya ada di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Besut, Dungun dan Hulu Terengganu.
"Sebuah lagi Sekolah Imtiaz kini sedang dalam pembinaan di Kemaman dan menelan belanja kira-kira RM60 juta.
"Apabila sekolah itu siap sepenuhnya kelak, kerajaan negeri bercadang membina sekurang-kurangnya dua lagi Sekolah Imtiaz iaitu masing-masing satu di Setiu dan Marang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Al-Quran Sekolah-Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu 2012 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengarah YT, Zakaria Yusof serta keempat-empat pengetua Sekolah Imtiaz berkenaan.
Pada majlis itu, sebanyak 307 bekas pelajar tingkatan lima Sekolah Imtiaz menerima sijil tamat pengajian masing-masing manakala 287 pelajar pula menerima sijil penghargaan serta wang tunai sebanyak RM1,000 yang disumbangkan kerajaan negeri kerana berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran.
Turut diadakan penyampaian beberapa anugerah termasuk Anugerah Khas Menteri Besar Terengganu, Anugerah Khas Ulul Albab, Anugerah Muhammad Al-Fateh (Kepimpinan), Anugerah Imam As-Syafie (Personaliti), Anugerah Al-Farabi (Kokurikulum) serta Anugerah Ibnu Sina (Akademik).
Dalam pada itu, Ahmad berkata, kerajaan negeri akan terus mengekalkan kuota sebanyak 90 peratus untuk anak negeri bagi memasuki sekolah berkenaan.
"Setakat ini, kita hanya beri 10 peratus kuota untuk pelajar yang bukan berasal dari negeri ini dan kita bercadang mengekalkan kuota itu walaupun dapat banyak permintaan daripada pelajar luar Terengganu untuk memasuki sekolah ini," ujar beliau.
Ketika ini, terdapat 1,961 pelajar yang mengikuti pengajian di lima buah sekolah berkenaan termasuk pelajar dari kampus sementara di Kemaman.


Sumber -  Utusan Melayu (M) Bhd 

Belajar awal untuk cemerlang


SESI persekolahan tahun 2013 sudah pun bermula. Ada yang baru memasuki alam persekolahan, ada yang mula melangkah ke sekolah menengah iaitu Tingkatan 1, ada pula yang memulakan pengalaman baru berada di sekolah berasrama dan terpisah dengan kedua ibu bapa. Anak-anak ini akan mula menyesuaikan diri setelah bersekolah beberapa minggu. Ada pula pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini pelajar perlu bersedia awal. Kegagalan belajar awal akan mengundang tekanan yang tidak perlu apabila peperiksaan semakin hampir pada suku ketiga 2013 ini.
Berikut adalah beberapa tip bagi para pelajar yang mahu belajar awal:
Ada pelajar yang memberi alasan tidak suka belajar awal kerana apa yang dibaca dan diulang kaji itu akan lupa dan akhirnya terpaksa dibaca semula ketika menjelangnya peperiksaan. Ini adalah salah faham tentang konsep belajar awal. Belajar awal bukan semestinya mengingati semua apa yang dipelajari. Sebaliknya, belajar awal bertujuan menguasai mata pelajaran dan memahaminya. Kalau lupa sekali pun tidak mengapa sebab pelajar masih punya masa yang panjang untuk mengingatinya. Setelah berulang kali membaca, secara tidak langsung maklumat dan fakta-fakta itu akan tersimpan dalam memori jangka panjang. Yang penting mesti faham dahulu apa yang dipelajari.

Sisipan eLab, ADaP patuhi Pentaksiran Berasaskan Sekolah


KUALA LUMPUR 7 Jan. - Sisipan pendidikan Utusan Malaysia, eLab dan ADaP bagi edisi tahun ini akan dilengkapi dengan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mematuhi keperluan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada 2011 dan di sekolah menengah mulai tahun lalu, justeru isi kandungan baharu yang disediakan dalam sisipan pendidikan itu sesuai dijadikan bahan rujukan atau alat bantu mengajar.
Sisipan pendidikan berbahasa Inggeris e-Lab akan diterbitkan pada setiap hari Selasa bermula esok diikuti dengan ADaP sekolah rendah pada Rabu dan ADaP sekolah menengah pula pada Khamis.
Bahan P&P yang disediakan oleh guru pakar dan jurulatih utama dalam sisipan pendidikan itu, menepati keperluan guru dan pelajar khususnya calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Sumber -  Utusan Melayu (M) Bhd 

Tandas sekolah diberi penarafan


Mulai tahun ini, Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperkenalkan Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah dalam usaha mengamalkan budaya tandas sekolah bersih terutama kepada golongan pelajar.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, usaha itu bakal digerakkan melalui penyebaran poster berkaitan amalan dan budaya kebersihan tandas bersih termasuk buku Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah di semua sekolah bermula bulan ini.
"Usaha berkenaan bagi mempergiat amalan menjaga kebersihan dalam kalangan murid dan diharapkan melalui golongan ini, amalan itu dapat diperhebatkan kepada masyarakat secara menyeluruh," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya, baru-baru ini.
Selain itu, beliau memberitahu, tahap kebersihan kantin dan dapur sekolah di seluruh negara semakin baik apabila 98.8 peratus daripada 8,321 kantin sekolah didapati bersih dengan markah 70 peratus ke atas melalui Penggredan Kantin Sekolah dan Dapur Asrama Sekolah yang dijalankan pada tahun 2012.

7 fokus untuk berjaya

Putrajaya: Penjawat awam diminta memberi tumpuan kepada tujuh keutamaan bagi memastikan Bajet 2013 dilaksanakan dengan cekap dan lancar. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata walaupun negara mengecapi pelbagai kejayaan membanggakan dan diiktiraf dunia, penjawat awam tidak boleh leka atau rasa selesa, malah perlu melipat ganda usaha menjadikan tahun ini lebih berjaya dan cemerlang. 

Beliau berkata, ini selaras hala tuju agenda transformasi negara yang harus memberi kesan dan kepuasan kepada rakyat serta menepati tema bajet iaitu. Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati. 



Tujuh tumpuan utama itu ialah; 

  • Memastikan perpaduan dan jati diri nasional diperkukuhkan.
  • Melaksanakan Bajet 2013 dengan lancar mengikut jadual.
  • Agenda GTP beri kesan dan kepuasan kepada rakyat selain suntikan pertumbuhan ekonomi negara.
  • Penambahan hasil kekayaan negara diagih secara adil dan saksama kepada rakyat.
  • Program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dilaksana sepenuhnya.
  • Perkhidmatan cepat, tepat dan berintegriti selain pemikiran kreatif lagi inovatif.
  • KPI menteri dan kementerian perlu dicapai sepenuhnya.

Ahad, 6 Januari 2013

Kaunter Satelit


Kaunter Permohonan Pertukaran dan Penempatan Murid Sekolah Menengah

Tempat                   : Lobi Jabatan Pelajaran Terengganu
Masa Operasi         : 9.00 pagi hingga 3.00 petang

Jenis Proses Permohonan Yang Diuruskan :
1. Pertukaran Antara Negeri (P.U  275A)
2. Pertukaran Antara Daerah (P.U  275A)
3. Rayuan Bersekolah Semula (ASBS) - sekolah persendirian, SAR,berhenti sekolah ke SMK
4. Pertukaran Murid SM Vokasional, MRSM,SMKA, SABK ke Sekolah Menengah Harian

Home Schooling

PENGECUALIAN DARIPADA MENGIKUTI PENDIDIKAN WAJIB (HOME SCHOOLING)

1.PENYATAAN DASAR
Home Schooling adalah merupakan satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada ibu bapa yang memerlukannya seperti mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga. Namun demikian ianya hanyalah satu keistemewaan dan bukannya hak. Persekolahan biasa adalah diutamakan kepada kanak-kanak kerana ianya merupakan satu cara untuk kanak-kanak dapat berinteraksi di antara satu sama lain.
2.TUJUAN
2.1Memberi peluang kepada kanak-kanak yang menhadapi masalah kesihatan yang kronik dan memerlukam penjagaan yang rapi oleh ibu bapa untuk mendapat pendidikan formal di rumah.
2.2Memastikan tidak berlaku keciciran kepada kanak-kanak untuk memperolehi pendidikan wajib seperti dalam Akta Pendidikan 1996.
2.3Mendidik ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyekolahkan anak.
3.PELAKSANAAN DASAR
3.1Akta Pendidikan (Pindaan) 2002
Subseksyen 29A (2) Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 memperuntukkan Menteri boleh, "Jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian", melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid yang dikehendaki supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya dan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.
3.2Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002.
3.3Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun 2003.
4.KAEDAH PELAKSANAAN
4.1Permohonan Home Schooling boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh negara menggunakan borang yang telah disediakan. Permohonan ini akan di hantar ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang berkaitan untuk diproses dan diberikan kelulusan khas. Setakat ini hanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga adalah diutamakan untuk tujuan kelulusan. Semua syarat-syarat untuk tujuan permohonan ini ada dinyatakan di dalam borang yang boleh didapati secara percuma di semua Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh Negara.
4.2Kes permohonan pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib dan menjalankan persekolahan di rumah (Home Schooling) dirujuk kepada KPPM untuk mendapat ulasan dan kemudiannya diangkat kepada YB Menteri Pendidikan untuk mendapatkan keputusan.
4.3Secara amnya syarat tersebut adalah seperti berikut:
4.3.1Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia
4.3.2Pemohon mestilah memiliki kelulusan ikthisas perguruan
4.3.3Salah seorang ibu bapa mestilah berkesanggupan untuk menjadi pengajar kepada kanak-kanak tersebut secara sepenuh masa di rumah
4.3.4Adalah diwajibkan untuk menggunakan kurikulum kebangsaan
4.3.5Berkemampuan untuk menyediakan prasrana pendidikan yang kondusif dan sempurna untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
4.3.6Lawatan ke rumah pemohon akan dibuat untuk tujuan lawatan tapak kesesuaian prasarana pendidikan oleh pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
4.3.7Pemohon membenarkan Pegawai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk melawat rumah pada bila-bila masa hari persekolahan untuk tujuan pemantauan proses Pengajaran & Pembelajaran tanpa prasangka.
4.3.8Kanak-kanak yang menjalankan Home Schooling tidak dibenarkan sama sekali untuk menghadiri mana-mana persekolahan secara tiusyen harian sama ada swasta atau kerajaan
4.3.9Sekiranya didapati pemohon melanggar syarat-syarat yang terkandung dalam kelulusan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhak untuk membatalkan kelulusan tersebut dengan serta merta dan kanak-kanak tersebut hendaklah didaftarkan semula ke sekolah biasa dengan segera.
5.TARIKH KUATKUASA
5.1Kertas "Kriteria Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah" telah diluluskan oleh YB Menteri Pendidikan pada 28 Jun 2003 dan tugas memproses permohonan pengecualian telah dilaksanakan mulai daripada tarikh tersebut.
BANTUAN:-
  1. Buku Teks
  2. KWAPM
  3. Rancangan Makanan Tambahan
  4. Skim Baucer Tuisyen
  5. Lain-lain Bantuan

- Biasiswa Kecil
- Pakaian Seragam Sekolah

Sumber - Portal Rasmi KPM

Laluan Kerjaya

Laluan Kerjaya PPPS dan PPPLD di KPM

Sila klik di sini untuk maklumat selanjutnya

Sumber - Portal Rasmi KPM

KURSUS PRAPERKHIDMATAN


Kursus praperkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah. Program ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara program yang ditawarkan ialah:
iKursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) : KPLI - SR , KPLI - j-QAF

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) : KPLI - SR , KPLI - j-QAF

Sila klik di sini untuk maklumat selanjutnya

Sumber - Portal Rasmi KPM

DILEMA GURU SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI TERENGGANU

Utusan Malaysia bertarikh 27 September 2012 –

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Dilema, Terengganu”  dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Utusan Malaysia  bertarikh 27 September 2012Dilema guru Sekolah Menengah Agama  negeri Terengganu.

Merujuk kepada kenyataan pengadu berkaitan diberi jaminan tidak akan ditukarkan tanpa persetujuan, dimaklumkan berdasarkan kepada memorandum persefahaman  (MoU) yang ditandatangani, KPM bersetuju menerima semua guru dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) yang sedang berkhidmat di sekolah walaupun bilangannya adalah melebihi perjawatan yang disediakan. Dalam MoU berkenaan, persetujuan antara KPM dengan guru perlu diperolehi lebih awal hanya untuk pertukaran antara negeri  sahaja. Sehubungan itu, setelah mengambil kira keperluan perjawatan di setiap sekolah, pergerakan guru (redeployment) perlu dilaksanakan bagi memastikan operasi di sekolah dapat berjalan dengan lancar dan matapelajaran diajar oleh guru mengikut opsyen. Contohnya terdapat keperluan guru bagi matapelajaran akademik selain daripada matapelajaran agama dan atas dasar tersebut, guru berkenaan perlu ditempatkan di sekolah-sekolah yang sangat memerlukan khidmat beliau. Pengisian ini juga bagi memastikan prestasi akademik di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah seiring dengan arus perdana.

Merujuk kepada kenyataan pengadu berkaitan pelarasan gaji dan kenaikan pangkat yang dijanjikan, dimaklumkan bagi urusan pelarasan gaji yang masih tertunggak, Bahagian Pendidikan Islam (BP)I telah mengambil langkah dengan mengadakan Task-Force Kew-8 bagi Negeri Terengganu bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Marang pada 10 hingga 13 September 2012 yang lalu. Kesemua pembantu tadbir SABK Terengganu terlibat sepanjang task-force ini berlangsung dan hampir 60% kes-kes tertunggak telah berjaya diselesaikan. Program task-force ini dilihat sebagai platform pembelajaran dan penambahbaikan secara terus di antara BPI dan pembantu tadbir sekolah SABK dalam mengenalpasti kesilapan yang sering dilakukan dan perlu ditambah baik.
Manakala bagi urusan kenaikan pangkat, ianya tertakluk kepada prosedur dan pekeliling sedia ada yang sedang berkuatkuasa. Sehubungan dengan itu, semua guru akan mendapat peluang yang sama rata untuk kenaikan pangkat.

Merujuk kepada kenyataan pengadu berkaitan pihak sekolah terpaksa mengikut program yang dianjurkan oleh JPN dan PPD, dimaklumkan peluang sebegini seharusnya dilihat secara positif dalam meningkatkan jati diri, prestasi profesionalisme keguruan dan kerjaya untuk terus maju pada masa akan datang. Tanggungjawab ini merupakan amanah sebagai seorang pendidik untuk menjana modal insan yang seimbang dan bukannya sebagai bebanan dalam tugasan harian.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sumber - Portal Rasmi KPM

Pelaksanaan BISP

SURAT MAKLUMAN STATUS PELAKSANAAN PEMBERIAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN (BISP)


Sila klik Surat Makluman Status di sini untuk muat turun
Sila klik Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2003 di sini untuk muat turun

Sumber - Portal Rasmi KPM

Khamis, 3 Januari 2013

Pengemaskinian Data APDM 2013



Makluman Kepada Semua Administrator APDM Sekolah

Semua murid telah naik tahun / tingkatan secara automatik oleh sistem APDM. Guru kelas hanya perlu kemaskini kelas murid (sekiranya berubah).

Administrator APDM sekolah perlu terlebih dahulu melantik semula semua guru kelas (JANGAN PADAM KELAS!!) dan pembantu tadbir (PT) untuk sesi persekolahan 2013 berserta MBMMBI dan sesi pagi / petang kelas tersebut.
Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 15 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid.
Mulai 1 Januari 2013, Murid-murid tahun 1 dan tingkatan 1 yang telah mendaftar menggunakan edaftar rendah dan edaftar menengah APDM hanya perlu dikemaskini kelas oleh Administrator APDM sekolah. Guru kelas hanya perlu mendaftar murid baru yang tiada dalam senarai.

Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan


Sumber - Laman Sesewang Aplikasi Pangkalan Data Murid

e-Rayuan SBP TIngkatan Satu 2013


Untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan Satu (1) tahun 2013, sila layari portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sila klik di sini untuk e-Rayuan