Rabu, 4 Januari 2012

Kemaskini Maklumbalas Penempatan Guru (MPG) Sesi Januari 2012

Kepada Semua  Pengetua dan Guru Besar
Negeri Terengganu.

Mohon kerjasama tuan/puan untuk mengemaskini Maklum Balas Penempatan Pertukaran Guru (MPG-2) bagi guru-guru yang lulus permohonan pertukaran guru secara online e-GTukar sesi 01 Januari 2012. Semua Pengetua dan Guru Besar diminta melaksanakan tindakan ini dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kuatkuasa pertukaran guru berkenaan melalui web e-operasi seperti alamat ini, http://apps.moe.gov.my/eoperasi/.Sila log in dengan menggunakan ID dan password yang digunakan sama sebagaimana dalam sistem e-GTukar.

Kerjasama dan tindakan bersegera daripada Pengetua dan Guru Besar  sangat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sumber - Blog Unit Sekolah Rendah