Ahad, 1 Januari 2012

Mesyuarat Unit Menengah Bil. 1/2012



1 Januari 2012, Rumah Tamu - Unit Menengah telah mengadakan mesyuarat bulanan Bil.1/2012 bagi memulakan agenda pengurusan tahun ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah. Di antara touch point KPP kepada semua Pengawai, Penyelia Kanan, Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Pejabat adalah :

1. Bekerja dalam satu pasukan yang mantap
2. Tepati masa
3. Kreativiti dan inovasi diperlukan dalam memudahkan pengurusan
4. Sentiasa berfikir untuk kecemerlangan organisasi
5. Pegawai/Penyelia mempunyai kefahaman yang tinggi dalam kerja buat masing-masing
6. Susun kerja mengikut keutamaan dan alert pada tarikh-tarikh penting
7. Sebelum membuat keputusan, berbincang dengan rakan sepasukan


Mesyuarat diteruskan lagi dengan agenda kedua iaitu agihan tugasan, takwim unit menengah dan Sasaran Kerja Tahunan yang dikendalikan oleh En. Ibrahim Ismail, Ketua Unit Menengah. Harapan beliau agar semua pegawai dan staf sentiasa memberi kerjasama kepada beliau agar keselarasan arahan dan tugasan dapat membuahkan sesuatu yang memberi manafaat kepada organisasi.