Selasa, 26 Jun 2012

NUTP MINTA SEMAK PANGKAT GURU KANAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar oleh Haspaizi Mohd Zain dalam ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 7 Jun 2012NUTP minta semak pangkat guru kanan.
 
YAB Perdana Menteri Malaysia di dalam ucapannya sewaktu Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama YAB Perdana Menteri Pada 08 Mac 2012 (Khamis)  di Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip Time-Based (TB) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) seperti yang diumumkan dalam ucapan Bajet 2012.
 
Berdasarkan pengumuman tersebut, Kerajaan telah menggubal dasar di mana kerjaya PPPLD boleh meningkat sehingga Gred DGA38 dalam tempoh perkhidmatan 21 tahun dengan syarat memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Berbanding kaedah kenaikan pangkat TB sebelum ini, ia tidak memberi peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 meningkat ke Gred DGA34 dan DGA38.
 
Perkara ini telah dipersetujui bersama oleh semua pihak dalam mesyuarat pada 06 April 2012 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,YBhg Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud yang turut dihadiri oleh wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran dan wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Berdasarkan keputusan mesyuarat tersebut, semua aspek telah diambil kira berhubung syarat kenaikan pangkat, tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan kaedah penetapan tarikh kenaikan pangkat.
 
Langkah Kerajaan untuk menambahbaik kaedah kenaikan pangkat ini adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi semua pihak sebagai menghargai peranan serta sumbangan guru-guru termasuk guru kanan yang senantiasa mencurahkan jasa bakti untuk mendidik anak bangsa. KPM pada masa yang sama bagi tempoh 01 Januari 2012 hingga 31 Mei 2012, telah berjaya melaksanakan kenaikan pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi semua PPP yang layak dan memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat seramai 39,408 orang. Semoga kenaikan pangkat ini dapat menyuntik motivasi dan semangat kepada semua guru untuk terus berkhidmat bagi memartabatkan agenda pendidikan nasional.  
 
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Makluman...

Pusat Perkhidmatan Setempat Bahagian Pembangunan


Sumber - Portal Rasmi KPM

Permohonan Kursus Dalam Perkhidmatan Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani Ambilan 2012 - Tambahan



Permohonan Online Kursus Dalam Perkhidmatan Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani Ambilan 2012 untuk calon tambahan dibuka mulai 25 Jun 2012. Calon yang berminat boleh melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/dapj2012/ untuk membuat permohonan.

Sumber - Portal Rasmi KPM

KAJIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 (Terengganu)

Kerajaan telah menetapkan sasaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.  Cabaran utama merealisasikan hasrat tersebut ialah keupayaan negara menghasilkan modal insan unggul melalui sistem pendidikan yang berkualiti.  Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 merupakan wadah bagi perkongsian idea dan lontaran pandangan semua lapisan masyarakat yang dapat dijadikan input kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan.  Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput untuk mengemukakan idea dan pandangan kearah transformasi pendidikan negara di Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 yang akan diadakan seperti berikut:-

Isnin, 25 Jun 2012

SIARAN PENGAMBILAN KEMASUKAN PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN

SIARAN PENGAMBILAN KEMASUKAN PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN , SESI SEPTEMBER 2012/2013 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia akan membuat pengambilan pelajar Program Sarjana Pendidikan untuk kemasukan Sesi September 2012/2013.

Program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan)
2. Sarjana Pendidikan (Kurikulum & Pengajaran)
3. Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)
4. Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)
5. Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris)
6. Sarjana Sastera (Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari)
7. Sarjana Linguistik Terapan

Untuk makluman pihak tuan, kuliah dijalankan pada hari Khamis (selepas waktu pejabat) dan Jumaat bertempat di Politeknik Kota, Kuala Terengganu.

Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web http://www.cas.uum.edu.my/. Tarikh tutup borang permohonan adalah pada 10 Julai 2012.

Ahad, 24 Jun 2012

Rumusan kajian semula pendidikan diumum dua bulan lagi


KOTA BHARU 23 Jun - Jawatankuasa Kajian Semula Pendidikan dijangka selesai membuat kajian ke arah penambahbaikan mutu pendidikan negara dalam tempoh dua bulan lagi, kata Pengerusi Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) 2012, Tan Sri Dr Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin.
Katanya, kajian itu akan mula dilakukan selepas anggota panel yang dilantik menganggotai DNPN itu selesai menjelajah ke seluruh negara bagi mengumpul cadangan daripada orang ramai.
"Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 ini dijangka selesai membuat penjelajahan ke seluruh negara pada 14 Julai ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup dialog tersebut peringkat negeri Kelantan di sini hari ini. - BERNAMA

Pendidikan keselamatan kanak-kanak perlu ditingkat


KUALA LUMPUR 23 Jun - Pendidikan keselamatan membabitkan kanak-kanak perlu ditingkatkan ekoran peningkatan kejadian jenayah yang sering menimpa golongan tersebut di negara ini.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, melindungi kanak-kanak daripada sebarang ancaman jenayah adalah tanggungjawab semua pihak yang hidup dalam sesebuah masyarakat.
Menurutnya, kanak-kanak perlu diberi persekitaran hidup yang harmoni dan selamat bagi memastikan hak mereka untuk membesar dan hidup dapat terlaksana secara menyeluruh.
"Adalah penting untuk kita memberikan kanak-kanak ini khususnya murid-murid di sekolah rendah pendidikan awal keselamatan termasuk diajar cara-cara melindungi diri dalam satu-satu situasi.
"Selain itu, peranan ibu bapa, para guru dan anggota masyarakat juga harus dipertingkatkan dalam memastikan persekitaran hidup yang lebih selamat buat generasi akan datang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Sumber - Utusan Malaysia Online

7,975 guru lepasan diploma naik taraf ke gred DG41


BATU PAHAT 23 Jun - Seramai 7,975 guru perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPLD) yang telah melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah akan dinaik taraf sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPS) gred DG41 tahun ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan perjawatan baru itu kepada guru-guru tersebut pada Mei lalu.
Beliau menjelaskan, golongan itu merupakan sebahagian daripada guru-guru PPLD yang diberi peluang melanjutkan pelajaran secara jarak jauh dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menerusi program pensiswazahan guru.
"Baru-baru ini, timbul isu guru-guru yang telah disiswazahkan belum disahkan perjawatan ke gred DG41 terutama bagi kohort dua, tiga, empat dan lima.
"Kita dan universiti melahirkan guru, tetapi hendak melantik perlukan kelulusan Perbendaharaan (treasury) sebab 'dia' akan bayar gaji dan luluskan perjawatan. Jadi, ini menyebabkan guru yang telah disiswazahkan ini kena menunggu untuk dinaikkan daripada PPLD kepada PPS," katanya.

Sumber - Utusan Malaysia Online

Rabu, 20 Jun 2012

Kembara Alam Pedal X Besut-Cameron-Titiwangsa bermula


BESUT 19 Jun - Sekumpulan 30 pelajar dan empat guru memulakan program berbasikal Kembara Alam Pedal X Besut-Cameron-Titiwangsa anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi hari ini.
Program selama enam hari melibatkan kayuhan lebih 900 kilometer itu dilepaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof yang turut dihadiri oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Ab. Halim Hassan di pekarangan Bangunan Persekutuan Besut, Kampung Raja.
Penyelaras program, Mohd. Redzauddin Ismail berkata, program itu adalah kesinambungan aktiviti berbasikal jarak jauh yang dianjurkan SMK Jabi sebelum ini bagi menggalakkan aktiviti tersebut sebagai riadah dalam kalangan pelajar dan masyarakat.
Katanya, program itu turut mendedah para peserta termasuk lapan pelajar perempuan dari beberapa sekolah menengah di daerah ini dengan pelbagai keadaan yang perlu dihadapi sepanjang perjalanan.
Menurutnya, para peserta telah menjalani latihan selama lebih sebulan dan hanya 30 peserta berjaya melepasi tahap kelayakan.
"Konvoi itu akan singgah di beberapa lokasi iaitu Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai, Gua Musang dan Lojing di Kelantan serta bermalam dua hari di Cameron Highlands dan akan pulang melalui Kuala Lipis, Tanah Merah, Machang dan kembali ke Jerteh pada 24 Jun ini," ujarnya.
Redzauddin menambah, majlis penutup dijadual disempurnakan oleh Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin yang juga Penasihat Agama kepada Perdana Menteri di Dataran Jerteh Souq pada 24 Jun ini.

Sumber - Utusan Malaysia Online

Selasa, 19 Jun 2012

Berita Harian bertarikh 5 Jun 2012 – SYOR SISTEM KHAS NILAI MARKAH PEPERIKSAAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar oleh Syuhada Choo Abdullah dalam ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 5 Jun 2012Syor sistem khas nilai markah peperiksaan.
 KPM menghargai cadangan dan pandangan ibu bapa dan guru menerusi siri Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) yang disiarkan.
 KPM ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya penambahbaikan sistem pentaksiran kebangsaan bagi UPSR dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2011 dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran tentang pembelajaran.
 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik dan mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan akur kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Justeru PBS dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah secara terancang mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. 
KPM ingin menegaskan bahawa PBS adalah sebahagian daripada agenda transformasi pendidikan atas kesedaran bahawa pendidikan di Malaysia didakwa terlalu berpaksikan peperiksaan dan tidak holistik.
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Surat Edaran Tatacara Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah

Kepada semua Pengetua dan Guru Besar,


Sila klik pautan berikut berikut untuk muat turun

PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA KEPADA PENJAWAT AWAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg Datuk /Dato’ /Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Penjawat Awam selaras dengan pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri pada pembentangan bajet 2012 yang lalu.
Program Yuran Pengajian ini hanya ditawarkan pada tahun 2012. Penawaran ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM. Pegawai boleh mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran di 20 universiti awam dalam negara. Pegawai yang terpilih mengikuti program ini akan ditaja yuran pengajian sebagaimana yang dituntut oleh pihak universiti dan akan dibayar setelah pegawai mendaftar dan mengikuti pengajian di universiti berkenaan.
Program ini merupakan usaha Kerajaan menyokong pembelajaran berterusan di kalangan penjawat awam untuk menghasilkan modal insan yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik setanding tuntutan dan cabaran semasa. Kerajaan tidak menjanjikan sebarang jaminan kenaikan pangkat atau lantikan ke jawatan yang lebih tinggi setelah pegawai menamatkan pengajian di bawah penajaan ini.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan gred 40 dan ke bawah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM bagi semua peringkat pengajian.
Nota : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan seperti Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Pengurusan Murid adalah layak memohon program ini bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Kedoktoran;
(c) Pegawai telah menerima tawaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran pada tahun 2012 secara separuh masa di IPTA. Bagi pegawai yang sedang mengikuti pengajian, hendaklah mempunyai minimum tiga (3) semester baki pengajian pada September 2012;
(d) Telah berkhidmat secara tetap tidak kurang daripada (3) tahun;
(e) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
(f) Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 31 Disember 2012;
(g) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85 peratus bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (2009, 2010 dan 2011) genap satu tahun kalendar. Sekiranya pegawai pernah diluluskan cuti belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh cuti belajar;
(h) Bebas dari tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada kes mahkamah;
(i) Pegawai telah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk mengikuti pengajian secara separuh masa;
(j) Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai;
(k) Mengikuti pengajian dalam bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan. Semakan bidang-bidang yang diiktiraf boleh dibuat di portal e-SISRAF iaitu http://pengiktirafan.jpa.gov.my/;
(l) Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti;
(m) Telah menyelesaikan atau sedang membuat pembayaran balik pinjaman pelajaran secara ansuran (sekiranya berkaitan) bagi pinjaman yang ditaja oleh agensi Kerajaan; dan
(n) Tidak tersenarai dalam senarai hitam biasiswa/pinjaman pelajaran Kerajaan.
TAWARAN
Iklan tawaran akan dibuka mulai Julai 2012 sehingga Ogos 2012. Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran www.moe.gov.my.

SENARAI UNIVERSITI AWAM TEMPATAN DI MALAYSIA
BAGI PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA
KEPADA PENJAWAT AWAM

1. Universiti Malaya
2. Unversiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM)
13. Universiti Malaysia Melaka (UTeM)
14. Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP)
15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Sekian,terima kasih.

Bahagian Tajaan Pendidikan

Sumber - Portal Rasmi KPM

Semakan Tawaran Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani Tahun 2012



Sila klik pautan berikut

Ahad, 17 Jun 2012

PENYATA KELULUSAN PERJAWATAN (SIJIL PERJAWATAN) BERASASKAN SEKOLAH TAHUN 2012

Kepada semua pengetua dan guru besar,

Dimaklumkan bahawa kementerian ini telah menyediakan Penyata Kelulusan Perjawatan Berasaskan Sekolah Tahun 2012.Bagi tujuan cetakan, pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian yang terlibat boleh memuat turunmaklumat tersebut mulai 18 Jun 2012 melalui alamat http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ .

Pihak pentadbir sekolah boleh mencetak maklumat tersebut melalui alamat di atas mulai 25 Jun 2012.

Muat turun

Surat Edaran Penyata Kelulusan Perjawatan.

Sumber - Portal Rasmi KPM

Isnin, 4 Jun 2012

KUALA TERENGGANU, 31 Mei (Bernama) -- Tiga sekolah baru di Kemaman dijangka beroperasi akhir Julai ini, sekaligus dapat mengatasi masalah kesesakan murid di sekolah-sekolah di daerah tersebut.
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Zakaria Hussin berkata setiap sekolah berkenaan dijangka mampu menempatkan lebih 1,000 pelajar dalam satu masa.
Katanya tiga sekolah baru tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kuang, SMK Banggol dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Jaya, yang kesemuanya melibatkan kos pembinaan melebihi RM65 juta.
"Kita sangat berharap sekolah baru itu tiada masalah dan dapat diguna akhir Julai ini," katanya kepada pemberita selepas majlis 'Jasamu Dikenang' dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di sini Khamis.
Beliau berkata kapasiti sekolah-sekolah sedia ada di daerah berkenaan sudah padat dengan pelajar berikutan pembangunan yang sedang berlaku di sekitarnya.

-- BERNAMA

Al-Fatihah...

HULU TERENGGANU 3 Jun - Hasrat lapan sahabat yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk meredakan tekanan selepas tamat peperiksaan pertengahan tahun minggu lalu, berakhir dengan tragedi apabila dua daripadanya mati lemas ketika berkelah di Air Terjun Sekayu dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa ialah Mohamad Azrul Azmir Mohd. Maidin@ Sudin berasal dari Seberang Takir dan Muhammad Hanif Izzuddin Musa, dari Gong Badak.
Kedua-duanya yang berusia 17 tahun bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Kuala Terengganu.
Rakan mangsa, Khairul Ikhwan Hakim Mohd. Izman, 17, yang ketika itu berada di tempat kejadian memberitahu, Mohamad Azrul pada mulanya mandi di tepi tebing di bahagian atas namun tiba-tiba tergelincir lalu jatuh ke kawasan yang berbentuk sebuah kawah, sedalam tujuh meter.

Sumber - Utusan Malaysia Online