Khamis, 29 Disember 2011

SEMAKAN KE SMK ELIT DAN SMKA

Makluman kepada semua ibu/bapa/penjaga

Semakan ke SMK Elit Lembah Bidong, SMK Mak Lagam, SMKA Sheikh Abdul Malek, SMKA Wataniah, SMKA Nurul Ittifaq, SMKA Kuala Abang, SMKA Tok Jiring dan SMKA Durian boleh dibuat melalui pautan http://www.moe.gov.my/jpnterengganu/semakt1/.

Perhatian!

Untuk kemasukan ke SMK Elit, sekiranya permohonan BERJAYA, semoga pemohon diminta mencetak
1. Surat Tawaran
2. Borang Pengesahan Jawapan
3. Borang Pendaftaran

Sekiranya permohonan TIDAK BERJAYA, pemohon boleh membuat terus RAYUAN pada butang yang disediakan oleh administrator pada paparan tersebut.

Untuk semakan ke SMKA, pemohon hanya boleh menyemak status permohonan sahaja. Surat tawaran akan dihantar melalui pos oleh Sektor Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pembukaan Institusi Baru (SMK Jeram)


SMK Jeram, Kuala Terengganu akan mula beroperasi pada 1 Januari 2012. Sebanyak 5 buah kelas Tingkatan 1, 5 buah kelas Tingkatan 2 dan 5 buah kelas Tingkatan 5. Sejumlah 30 orang guru telah dipilih dari SMK Belara dan SMK Manir  menjadi tenaga pengajar bagi sesi baru persekolahan 2012. Semoga pembukaan satu lagi institusi pendidikan di Terengganu ini akan terus "Melestarikan Pendidikan Terbilang" di negeri Terengganu Anjung Ilmu

Isnin, 26 September 2011

Rabu, 7 September 2011

BENGKEL PENGURUSAN LAMAN WEB CALON SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) 2011


BENGKEL PENGURUSAN LAMAN WEB CALON SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) 2011
Bengkel Pengurusan Laman Web Calon Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diadakan pada 10 – 14 Julai 2011, bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Marang. Seramai 20 orang peserta yang terlibat terdiri daripada Pegawai Eksekutif Maklumat (EIO) JPNT, PPD dan sekolah yang mana mereka telah dilantik sebagai ‘webmaster’ sekolah masing-masing. Objektif bengkel diadakan supaya setiap sekolah SBT yang terlibat  mempunyai laman web yang sentiasa dikemaskini dan menjadi medium utama dalam capaian serta penyebaran maklumat sekolah.
Fasilitator  yang mengendalikan bengkel tersebut terdiri daripada En. Mahadi bin Mohamed, En. Che Zahron bin Mohd Khalid dan En. Ahmad Suhaimi bin Said.
13 buah sekolah calon SBT yang terlibat dalam bengkel tersebut ialah :
1.   SK Kampung Raja, Besut
2.   SK Tengku Mahmud II, Besut
3.   SK Tengku Mahmud, Besut
4.   SK Rantau Petronas, Kemaman
5.   SK Jenang, Marang
6.   SK Dusun, Hulu Terengganu
7.   SK Bukit Tadok, Hulu Terengganu
8.   SK Seri Berang, Hulu Terengganu
9.   SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu
10. SK Mangkok, Setiu
11. SK Kampung Tayor, Setiu
12. SK Kampung Fikri, Sungai Tong, Setiu
13. SK Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu

Permohonan Secara Atas Talian (Online) Kemasukan Murid Ke Sekolah Berasrama Penuh bagi Tahun 2012

Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Ke Sekolah Berasrama Penuh bagi Tahun 2012 sedang dibuka mulai 1 SEPTEMBER 2011 HINGGA 15 OKTOBER 2011. Semua sekolah rendah dan menengah negeri Terengganu diharapkan dapat memulakan operasi berkenaan.



Selasa, 6 September 2011

SEKOLAH MENENGAH SAINS SETIU DIBUKA


Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan telah selesai membuat persiapan bagi memulakan pembelajaran di Sekolah Menengah Sains Setiu(SMSS). SMSS akan mula beroperasi dengan pendaftaran pertama murid tingkatan satu(1) mulai 18 September 2011 (Ahad) mulai pukul 9.00 pagi.

Rabu, 13 Julai 2011

Perhimpunan Bulanan JPNT bil. 7/2011 Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM


KUALA  TERENGGANU - Perhimpunan bulanan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada siri yang ketujuh hari ini sangat bermakna kerana turut dihadiri sama oleh Yang Berbahagia,Dato' Haji Isa bin Haji Abu,Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,Kementerian Pelajaran Malaysia.

Yang Berbahagia Dato' Haji Isa bin Haji Abu bersama dengan En. Zulkarnai bin Fauzi,Ketua Penolong Pengarah Sektor PraSekolah,Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,KPM dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Terengganu bermula semalam. Mereka berdua dan beberapa orang pegawai kanan jabatan melakukan lawatan ke SK Gong Nangka,Marang,SK Padang Hiliran,Kuala Terengganu,Sekolah Kluster SK Sultan Sulaiman1,Kuala Terengganu dan meninjau program kelas maya di SK Paya Bunga,Kuala Terengganu dalam tempuh lawatan berkenaan.

Semasa berucap di Dataran Anjung Ilmu kepada warga Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pagi ini Yang Berbahagia Dato' Haji Isa bin Haji Abu mengingatkan warga JPN akan penting dan bertuahnya kakitangan awam terutama mereka yang berada dalam dunia pendidikan apatah lagi dengan visi besar kerajaan untuk menjadikan pendidikan negara sebagai pendidikan bertaraf dunia dan minda kelas pertama. Beliau percaya melalui kerjakuat hasrat itu mampu dicapai seperti mana  negara Amerika,German,Perancis,Itali dan Jepun pada hari ini. Tegas beliau negara-negara berkenaan dengan pelbagai kehebatan dan kualiti sepertimana Jepun sangat terkenal dengan etika kerja sehingga menjadi rujukan dunia.

" Rashia bagi mencapai kejayaan adalah etika kerja berkualiti" tegas Dato' Haji Isa. Beliau  menggariskan lima prinsip bagaimana menjadi pentadbir dan kakitangan yang baik dan hebat;
  • integrity (jujur dan amanah)
  • transparency (telus)
  • accountability (penanggungjawaban)
  • realibality (kebolehpercayaan)
  • comitment
Beliau juga mengingatkan terutama kepada pegawai yang terlibat dengan pengurusan kewangan agar sentiasa mematuhi prosedur dan tatacara (ligality),penanggungjawaban (accountability) dan kewajaran. Beliau juga mengingatkan semua pegawai agar tidak membuat keputusan dalam beberapa situasi berikut;
  • dalam keadaan marah
  • dalam keadaan kita kecewa
  • dalam keadaan kita terlalu seronok
Menurut beliau situasi-situasi berkenaan menyebabkan keputusan tidak tepat kerana dipengaruhi oleh emosi.

Yang Berbahagia Dato' Haji Isa bin Haji Abu yang bakal menamatkan perkhidmatan awam pada 15 Julai depan menutup ucapan beliau bersama warga JPN Terengganu  dengan menyebut peringatan Al-Ghazali tentang kerja":-
  • sebelum mula kerja - ikhlaskan hati
  • semasa bekerja - khusyuk
  • selesai bekerja - tawadduk

Sebelum itu Timbalan Pengarah Pelajaran, En. Hashim bin Mohd Zin mewakili Pengarah Pelajaran Negeri merakamkan penghargaan terima kasih Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian kerana dapat hadir bersama dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Timbalan Pengarah juga mengajak semua warga JPN Terengganu agar sentiasa memainkan peranan masing-masing serta saling bekerjasama sesuai dengan tema perhimpunan " Muafakat Asas Kejayaan"

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pelajaran Terengganu kali ke 7 agak istimewa bukan sahaja dengan kehadiran Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian tetapi dengan persembahan Nasyid dari SK Chukai Kemamam yang merupakan pemenang tempat ketiga Festival Nasyid Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan dan juga pemenang utama bagi Solo Terbaik dan Lirik Terbaik.

Tahniah dan terima kasih dan "Selamat Bersara" kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian daripada warga Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.


 'PERSEMBAHAN NASYID DARI SK CHUKAI, KEMAMAN'

 'KETIBAAN TETAMU YANG DIRAIKAN'








Sumber daripada:
http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/2011/07/perhimpunan-bulanan-jabatan-pelajaran.html