Isnin, 30 April 2012

Semakan Tawaran TIngkatan Enam 2012


Semakan tawaran kemasukan ke TIngkatan Enam 2012 boleh dibuat melalui laman aplikasi http://apps.moe.gov.my/sst6/cheF6_12/ (Sila klik untuk paparan aplikasi tersebut)

Ahad, 29 April 2012

Guru lebih stres

RAMAI yang pasti terkejut apabila mengetahui hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat.
Malah kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.
"Kedudukan guru sebelum askar agak mengejutkan. Ini menunjukkan seorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam kelas atau melakukan aktiviti sukan dan sebagai. Jadi tidak mustahil mereka mengalami tekanan seperti kesakitan anggota badan," kata Pengarah Urusan Great Life Physio and Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che Kamaruddinata.
Didorong perkembangan itu beliau berkata, sebagai syarikat yang mengendalikan pusat rawatan fisioterapi, pihaknya telah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk golongan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.
Katanya, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stres dan kesakitan anggota badan semasa bertugas.
"Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat bahawa rawatan terbaik dalam penyelesaian kesihatan terutamanya berkaitan stres dalam pekerjaan ialah melalui fisioterapi," katanya.
Beliau mengakui, kekangan masa bagi mereka yang bekerja untuk bersenam atau melakukan aktiviti sukan boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan lesu dan tidak bermaya.
Ini ditambah pula dengan tekanan yang dihadapi sama ada ketika di tempat kerja mahupun di rumah.
"Fisioterapi adalah salah satu rawatan atau kaedah yang boleh dilakukan oleh semua orang dalam menghadapi tekanan dalam kerja.
"Secara umumnya fisioterapi merupakan kaedah rawatan penyakit atau kecederaan melalui penyembuhan semula jadi badan. Kaedah ini tidak menyakitkan dan tiada ubat digunakan, ia lebih kepada proses pemulihan dan pencegahan," katanya.
Dalam pada itu program pertama latihan fisioterapi di sekolah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini membabitkan 135 guru dan kakitangan sekolah.
Pengetuanya, Siti Endon Mohamad Dahlan berpendapat program itu baik dalam membantu guru-guru dan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka.
"Rawatan ini adalah mudah dan boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat terutama yang bekerja. Sedikit sebanyak ia membantu melahirkan kualiti kerja yang bermutu," katanya.
Melalui program tersebut, guru-guru telah didedahkan secara teori dan praktikal daripada aspek fisioterapi oleh kakitangan Great Life Physio and Rehabilation dengan kerjasama pelajar Masterskill.
Sesi ceramah telah diberikan oleh Pakar Fisioterapi Great Life Physio and Rehabilation, Siti Fazilah Jamaluddin, yang menerangkan beberapa aspek mengenai stres yang boleh mengakibatkan seperti pening, sakit belakang, lemah sistem pertahanan badan, mengganggu mutu kerja dan juga boleh berlaku serangan jantung serta obesiti.
Selain itu, tanda-tanda stres boleh dikenal pasti menerusi degupan jantung yang laju, ketegangan otot, proses pernafasan menjadi cepat, berpeluh dan terasa perut kurang selesa, loya dan cirit.
Fazilah menjelaskan antara faktornya adalah disebabkan penat, kurang tidur, postur badan ketika bekerja, bebanan kerja, suasana tempat kerja, skop kerja dan sebagainya.
Malah beliau berharap supaya masyarakat menerima rawatan fisioterapi ini sebagai satu alternatif perubatan dalam kehidupan

Sumber - Utusan Malaysia Online


KUALA TERENGGANU - Slogan baru Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu " Guru Penyayang Murid Berkualiti " telah dilancarkan dengan rasminya oleh En. Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sempena Majlis Pengarah Bersama-sama Kepimpinan Sekolah Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER) pada pagi ini.

Majlis berkenaan telah dihadiri oleh semua Ketua Sektor, Pegawai Pelajaran Daerah, Wakil IPGM, BTPN, Pengetua, Guru Besar dan juga pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Sebelum itu semua kepimpinan sekolah telah diberi taklimat khas oleh En. Ismail bin Ibrahim dari Bahagian Sukan KPM berkaitan "1Murid 1Sukan"

Pengarah Pelajaran Negeri dalam ucaptama bertemakan " Hasrat dan hala tuju Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu" telah menjelaskan kejayaan pendidikan Terengganu dalam pelbagai bidang seperti akademik, kokurikulum dan Program Tranformasi Pendidikan Negera (NKRA) berasaskan kekuatan-kekuatan yang ada seperti sokongan kerajaan negeri, kekuatan kepimpinan sekolah, sokongan ibubapa dan masyarakat, pegawai JPNT dan PPD  yang kominted serta perancangan pendidikan yang mantap.

Beliau berharap melalui slogan baru " Guru Penyayang Murid Berkualiti " ianya mampu menjadi fokus dan teras pelaksanaan perancangan dan pelaksanaan program melalui pendekatan menghidupkan sifat serta watak " Guru Penyayang " yang sebenar-benarnya agar dengannya mampu melahirkan " Murid Berkualiti" secara holistik

Sumber - Blog Unit Rendah JPNT

KAJIAN PEMUTIHAN PERJAWATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012


Semua Pengetua dan Guru Besar,

SEMUA SEKOLAH DI BAWAH KPM PERLU MENGEMAS KINI SMG/ E-OPERASIDARI 25 APRIL 2012 - 10 MEI 201

Pengemaskinian Pemutihan Perjawatan bermula pada 25 April 2012 hingga 10 Mei 2012. Sebelum membuat semakan dan pengemaskinian data pastikan anda telah mendaftar masuk bagi mendapatkan Id Pengguna dan Kata Laluan masing-masing.

Kerahsiaannya Id Pengguna dan Kata Laluan adalah di bawah tanggungjawab anda


Semua Guru hendaklah membuat semakan dan pengemaskinian data dengan menggunakan Id Pengguna dan Kata Laluan masing-masing. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat, sila maklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat.

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat pengemaskinian data, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)  di laman web aplikasi tersebut.



Sila klik di sini untuk paparan surat siaranhttp://apps.moe.gov.my/eoperasi bagi maklumat lanjut.


Sumber - Portal Rasmi KPM

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat semakan dan tawaran serta penempatan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 bagi calon-calon yang telah memohon pada tahun lepas (1 Julai hingga 10 Oktober 2011) melalui internet  boleh disemak di laman sesawang KPM www.moe.gov.my  bermula 25 April 2012. Pemohon yang membuat semakan dan  BERJAYA diminta untuk menghubungi Kolej penempatan atau layari laman sesawang kolej penempatan  untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan sebagainya. Pemohon yang ditawarkan perlu mencetak semua dokumen sebelum mendaftar. Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat terus melalui laman sesawang yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei 2012. Sebarang rayauan selepas 13 Mei 2012 tidak akan dipertimbangkan.
Talian bantuan yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah 03-88844040/4036/4083.

Sekian, terima kasih.

Sumber - Portal Rasmi KPM

Isnin, 23 April 2012

Majlis Pelancaran Dialog Nasional


e-Pangkat


Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Khamis, 19 April 2012

KENYATAAN AKHBAR YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MENGENAI PROGRAM PENAJAAN BAGI LULUSAN SPM 2011

Sila klik di sini untuk paparan berkenaan
 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Atira M, Kota Bharu, Kelantan”  dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbarUtusan Malaysia bertarikh 7 Mac 2012Guru mahu tahu status.
 
Pengadu ingin tahu status Guru Pelatih KPLI – SR ambilan Januari 2011 yang telah menjalani latihan selama satu tahun di Institut Pendidikan Guru (IPG).
 
Dimaklumkan bahawa sejumlah 4148 graduan keluaran IPG telah berjaya ditempatkan pada 16 Januari 2012 berdasarkan program seperti berikut :
 
i.              KPLI Ambilan Januari 2011 (Sekolah Rendah) – 1,381 orang
ii.             Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) – 2,362 orang
i.              B. ED TESL Ambilan Julai 2005 (Sekolah Rendah) – 200 orang
ii.             B. ED TESL Ambilan Julai 2005 (Sekolah Menengah) – 166 orang
iii.            KPLI Ambilan Januari 2011 (Sekolah Menengah) – 25 orang
iv.            B. ED France – 14 orang
 
Selain itu terdapat juga sejumlah 120 graduan IPG yang telah ditempatkan pada 20 Februari 2012 yang melibatkan program berikut ;
 
i.             B. ED TESL Ambilan Julai 2006 (Sekolah Rendah) – 48 orang
ii.            B. ED TESL Ambilan Julai 2006 (Sekolah Menengah) – 72 orang
 
Oleh itu, jika surat tawaran masih tidak diterima berkemungkinan calon tidak berjaya dalam peperiksaan bagi matapelajaran tertentu dan terpaksa mengulang. Seramai 43 calon telah mengulang dan berjaya dalam peperiksaan. Namun, sehingga kini hanya 4 orang calon (PISMP) sahaja yang telah diberikan surat tawaran pelantikan dan kini dalam proses untuk mendapatkan penempatan. Memandangkan pengadu tidak mengemukakan maklumat diri yang lengkap, proses semakan lanjut tidak dapat dilaksanakan bagi mengenalpasti masalah sebenar pengadu. Oleh itu, pengadu adalah dipohon untuk berhubung terus ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8884 7714.
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

RANCANGAN INTEGRASI UNTUK PERPADUAN MURID (RIMUP) DIKENDALIKAN OLEH BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN BERMULA DARI 2012

10 April 2012 - Sejak pelaksanaan RIMUP pada tahun 1986, Bahagian Sekolah (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dipertanggungjawabkan untuk meneraju dan menyelaras pelaksanaan program tersebut.  Mulai 2012, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian telah diberi tanggungjawab untuk meneruskan pelaksanaan program ini.Penyerahan program RIMUP kepada BKK telah diadakan secara rasmi pada 9 Februari 2012 di Concorde Inn, KLIA yang dihadiri juga oleh Ketua-ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Ketua-ketua Unit Kokurikulum dari semua Jabatan Pelajaran Negeri.

Sebagai persediaan BKK telah mengadakan mesyuarat dan bengkel untuk memberi pendedahan mengenai konsep RIMUP kepada pegawai-pegawai yang akan terlibat dengan program ini kelak. 

Sumber - Portal Rasmi KPM

Surat Siaran Terkini

Tatacara Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah

Sila klik untuk pautan berkenaan

Sumber - Portal Rasmi KPM

PELAWAAN KEMUDAHAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SESI 2013 UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D)



Sila klik di sini untuk pautan berikut

1. Surat dan brosur JPA

2. Borang Tambahan Permohonan


Sumber - Portal Rasmi KPM

Pesta Buku Terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara

•Semakan dan Pengemaskinian Profil Pelajar Program Bursary



                                                       Sila klik di sini untuk pautan berikut

Terengganu Akan Bangunkan 4,400 Hektar Sawit Untuk Biayai Pendidikan

KUALA TERENGGANU, 18 April (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu akan membangunkan 4,400 hektar tanah dengan tanaman kelapa sawit di Merchang, Marang untuk pelaburan jangka panjang bagi membiayai kos pendidikan anak jati negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata projek di bawah Program Ladang Kelapa Sawit Yayasan Terengganu (PLKSYT) itu akan diuruskan oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri dengan projek pertama akan dimulakan Oktober ini.
"Kawasan ini tanah kerajaan dan ia merupakan tempat tapak tanaman akasia tetapi ianya tidak menguntungkan lalu kerajaan mengambil inisiatif menukarnya dengan tanaman kelapa sawit.
"Usaha ini merupakan sebahagian daripada persediaan kerajaan untuk tempoh jangka panjang serta mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan gas yang mungkin akan habis nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman Rabu.
Katanya projek itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan menurutnya apabila mencapai tempoh matang tiga tahun, tanaman itu boleh meraih keuntungan sehingga RM70 juta setahun mengikut pasaran sekarang bagi kawasan seluas 200 hektar.

Sumber - BERNAMA

Ahad, 15 April 2012

Hari Guru 2012


Sila klik pautan di bawah untuk butiran selanjutnya :

1.   Tema
2.   Anugerah Guru Tahun 2012
3.   Pertandingan Sempena Hari Guru Tahun 2012
4.   Doa
5.   Lagu Guru Malaysia
6.   Program Hari Guru 2012

Selasa, 10 April 2012

TEKS UCAPAN TPM / MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA BERSAMA WARGA KPM

Sila muat turun di sini

Sumber - Portal Rasmi KPM

Ahad, 8 April 2012

NUR ALERT: Kanak-kanak Hilang Durina Binti Behi



Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM) Online boleh diakses melalui pautan http://apps.moe.gov.my/SSDM/.

Sebarang masalah dan kemusykilan berhubung sistem aplikasi tersebut, boleh menghubungi pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing yang menyelia SSDM.

Transformasi sekolah luar bandar



PAGOH: Kementerian Pelajaran akan membuat kajian rapi bagi mengenal pasti punca atau masalah dihadapi sekolah luar bandar berikutan masih wujud jurang dengan sekolah bandar yang lebih cemerlang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang terbaik dalam tempoh lima tahun, ruang pencapaian pelajar luar bandar dan bandar masih besar.
“Saya mahu lancarkan program transformasi sekolah luar bandar, supaya dalam beberapa tahun akan datang, jurang yang memisahkan itu dapat dirapatkan,” katanya berucap merasmikan majlis jalinan mesra warga pendidikan dan perasmian dewan sekolah Parlimen Pagoh, di sini, semalam. 
Muhyiddin berkata, kajian akan melihat punca pencapaian sekolah luar bandar masih rendah dan hasilnya diharap berupaya mengurangkan jurang antara dua kategori sekolah berkenaan. 
“Apakah sekolah bandar lebih baik daripada aspek infrastrukturnya, apakah guru di sekolah bandar lebih mahir dan apakah anak pelajar di bandar lebih mahir. 
“Ia tidak semestinya kerana sudah terbukti sejak beberapa tahun lalu, keputusan pelajar luar bandar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), SPM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga agak baik, sebab itu perlu ambil inisiatif lebih daripada biasa supaya boleh meningkatkan pencapaian ini ke tahap lebih tinggi,” katanya. 
Beliau berkata, pihaknya mahu melihat dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, tiada lagi jurang pemisah antara sekolah luar bandar dan bandar kerana kerajaan tidak pernah membezakannya dalam aspek kualiti pendidikan. 


Sumber - Berita Harian Online

Selasa, 3 April 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA UNIVERSITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2012


Sila klik di sini untuk pautan aplikasi

Pengemaskinian Maklumat bagi Permohonan Biasiswa Persekutuan bagi tahun 2012

Tindakan Segera !

Bagi permohonan baru Biasiswa Persekutuan Tahun 2012, pihak sekolah diminta untuk mengemaskini maklumat Bapa/Penjaga Utama dan Maklumat Ibu/Penjaga Kedua di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian di alamat http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia selewat-lewatnya 15 April 2012 supaya murid-murid yang layak memohon biasiswa tidak tercicir. Segala kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sumber : Portal Rasmi KPM

Dasar Baru KPM oleh Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Sila klik di sini untuk pautan

Transforming The Education System For A Better Future

KUALA LUMPUR, April 2 (Bernama) -- The government made tremendous efforts in 2011 to ensure students in pre-school, primary and secondary levels would graduate with quality outcomes.
According to the 2011 GTP Annual Report issued by the Prime Minister's Department, through improving student outcome and addressing various challenges in schools, Malaysia took the first step towards providing quality educational opportunities for all regardless of race, religion or income levels.
The Education National Key Result Area (NKRA) outlined the mission to address the remaining gaps, while raising the bar to support Malaysia's aspiration of becoming a developed nation with the appropriate human capital.It also aimed to safeguard the nation's future by developing the minds, talents and capabilities of the next generation in a more advantageous manner.
Early education was given emphasise so that more children could enroll in pre-school to ensure a solid foundation towards nation building.
According to the report, the Education Ministry recorded a 77.23 per cent enrolment rate as at Dec 2011 and collaborated with KEMAS, State Education Department and the private sector to rollout 3,089 pre-school classes nationwide.
As a result, 732,902 children in the four and five year age groups were able to enroll in pre-schools.
In improving the quality of pre-schools nationwide, the government standardised financial support for pupils at government pre-schools and trained private pre-school teachers to improve their teaching methods.
The Literacy and Numeracy Screening (LINUS) programme which was introduced to achieve 100 per cent literacy and numeracy for Malaysian schoolchildren (with no learning difficulties) by the time they reached Primary Three, also showed significant results last year.
According to the report, Primary Two pupils in their sixth consecutive LINUS screening achieved 97.5 per cent literacy rate and 98.6 per cent numeracy rate, which exceeded the 2011 target of 95 per cent each.
The programme also created an awareness of the importance of acquiring basic literacy and numeracy skills so that no child is left behind.
Meanwhile, the report also stated that 32 schools (12 primary and 20 secondary schools) were awarded the High Performing School (HPS) status last year bringing the total to 52 HPS recognised as the country's top schools.
These schools were provided with grants of RM700,000 each to ensure they maintained their excellent performance and continued to raise the bar for other schools.
Last year also saw 5.23 per cent or 403 head teachers receiving the New Deals award, exceeding the ministry's target of awarding the top 3 per cent of primary school heads.
The New Deals initiative was designed in 2010 to improve overall student outcomes by providing incentives to head teachers and principals to innovate, improve upon and deliver high performance for their schools.
Under this initiative, primary and secondary schools nationwide were also ranked for the second time according to their academic excellence and holistic achievements.
The schools were ranked in seven bands from the highest performing (Band One) to the lowest performing (Band Seven).
According to the report, the School Improvement Programme (SIP) which was introduced to transform every school, especially the under performing ones, into excellent educational institutions showed a positive outcome.
In its first year of implementation, SIP achieved a reduction in the number of Band Six and Band Seven schools by 40.25 per cent, while the number of schools in Band One and Two increased by 21.86 per cent.
This year, the Education NKRA has raised the target even higher and also shifted its focus to improving quality as well as access to the overall education system.
A series of new initiatives would be introduced to complement the existing ones, including the rating of teacher training institutes, a comprehensive review of the education system, special LINUS screening sessions and the introduction of a weighted index in ranking for schools with different challenges.
The report said, the Education Ministry aimed to achieve 100 per cent basic literacy and numeracy skills among Primary Three students in 2012.

-- BERNAMA

Terengganu Sasar Laksana Kelas Maya Di Semua Sekolah Menjelang 2015

KUALA TERENGGANU, 27 Mac (Bernama) -- Terengganu mensasarkan semua sekolahnya melaksanakan konsep kelas maya menjelang 2015, sekali gus akan menjadi negeri pertama di negara ini yang berbuat demikian.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abd Rahman berkata sasaran itu berdasarkan kejayaan yang dicapai menerusi projek perintis di tiga sekolah sebelum ini.
"Tahun ini kita akan melaksanakan kelas maya itu di 32 buah sekolah rendah terpilih dan dua sekolah menengah elit iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu dan SMK Mak Lagam, Kemaman," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.
Beliau berkata kerajaan negeri juga yakin dapat melaksanakan kelas maya di semua sekolah rendah menjelang tahun depan, sebelum diteruskan di semua sekolah menengah.
Katanya berdasarkan pelaksanaan projek perintis di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kalong di Kemaman dan Sk Paya Bunga serta Sk Kompleks Seberang Takir di sini, sambutan murid amat menggalakkan kerana sesi pembelajaran yang ceria.

Sumber - Bernama

Isnin, 2 April 2012

Tidak perlu jadikan sastera sebagai subjek wajib di sekolah


KUALA LUMPUR - Pembelajaran sastera sebagai subjek elektif di sekolah menengah sekarang sudah mencukupi dan tidak perlu diperluaskan sebagai mata pelajaran wajib dalam sistem persekolahan kebangsaan.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata selain sebagai subjek elektif di Tingkatan Empat dan Lima, sastera juga didedahkan kepada pelajar sekolah menerusi kokurikulum.
"Buat masa ini, saya tidak nampak keperluannya (untuk diperkenalkan sebagai subjek wajib)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Castlefield di Puchong, di sini hari ini.
Beliau mengulas saranan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) semalam supaya sastera wajib dipelajari dari peringkat prasekolah sehinga institusi pengajian tinggi.
Mohd Puad berkata pengenalan subjek itu sebagai mata pelajaran wajib memerlukan kajian terperinci kerana akan melibatkan kos dan perubahan jadual pembelajaran di sekolah.
"Bagaimanapun Gapena boleh menghantar kertas cadangan mereka kepada Kementerian Pelajaran," katanya.

Sumber - Sinar Harian

Pekeliling Baru

Pekeliling ICT Bil.1 Tahun 2012 Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (DKICT) Kementerian Pelajaran.

Sila klik di sini untuk pautan  - Dasar ICT

Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2012 -Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Sila klik di sini untuk pautan - KWAPM

Ahad, 1 April 2012

OPSYEN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN KE NEGERI-NEGERI BAGI PERTUKARAN JUN 2012

Sila klik di sini untuk pautan

Sumber : Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.
Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012 .
Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.
Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)

Permohonan ke Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi
Sila dapatkan maklumat lanjut di INFO TERKINI bagi guru DG44 yang ingin memohon ke IPG,IAB dan Kolej Matrikulasi. Hanya guru peringkat menengah sahaja yang layak memohon ke Kolej Matrikulasi.

Pastikan Anda Telah Mendaftar Masuk Untuk Menggunakan Sistem. Dapatkan ID Pengguna dan Kata laluan Anda Di Sini

Sekian dimaklumkan.

Slik klik di sini untuk pautan aplikasi

Sumber : Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

TAWARAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH PERTAMA (PENDIDIKAN) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon-calon Ijazah Pertama (Pendidikan) di Institusi Pengajian Tinggi Awam ambilan Nov / Dis 2010 dan Semester 1 2011  untuk mendapatkan tawaran  Biasiswa Perguruan Persekutuan di bawah  KPM. Permohonan boleh dibuat secara atas talian / online melalui  laman web KPM di alamat url http://apps.moe.gov.my/ijazah1/

Permohonan secara atas talian / online dibuka mulai 2 April 2012 hingga 30 April 2012

Sumber : Portal Rasmi KPM

Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia untuk Majalah Sekolah

Sila klik jenis sekolah di bawah untuk pautan seterusnya

SK,SJKC,SJKT

SMK & SBP

SMTV

Sumber : Portal Rasmi KPM

Maidam tawar pelajar cemerlang SPM belajar perubatan di Jordan

BESUT - Fatin Hamimi Abdullah, 17, pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 Terengganu yang memperoleh 11A+ ditawar mengikuti pengajian Ijazah Kedoktoran di bawah Program Sakit Puan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
Jika menerima tawaran itu, Fatin Hamimi dari SMKA Nurul Ittifaq, Kuala Besut, akan memulakan pengajian di Universiti Sains Teknologi Jordan pada September ini.
Surat tawaran itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Wan Harujan Sulaiman kepada Fatin Hamimi di rumahnya di Kampung Gong Manak, Kuala Besut di sini hari ini.
Anak kedua daripada enam beradik pasangan guru itu memperolehi A+ dalam Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Al-Sunnah dan Al-Quran, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab Tinggi.
Pelajar itu akan diminta mengikuti kursus permulaan di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Kuala Terengganu selama sebulan dari 4 Jun hingga 5 Julai sebelum berlepas ke Jordan pada September.
Wan Harujan berkata pihaknya memilih pelajar itu setelah mendapatinya seorang yang konsisten dengan pencapaian cemerlang semasa ujian akhir di sekolah sehinggalah keputusan SPM sebenar.
Katanya, Fatin Hamimi antara tiga pelajar dari negeri ini yang ditawarkan  mengikuti kursus tersebut sebagai usaha kerajaan negeri untuk melahirkan anak tempatan yang pakar dalam bidang sakit puan.
Menurutnya, ini kali kedua Maidam menawarkan peluang itu dengan kumpulan pertama tiga pelajar cemerlang SPM telah menerima tawaran sama tahun lalu.
Sementara itu, Fatin Hamimi yang terkejut dengan tawaran itu berkata dia bersyukur kerana terpilih untuk mengikuti kursus perubatan di Jordan sebagaimana yang dicita-citakannya selama ini.
Dia berjanji akan melakukan yang terbaik dan berharap merealisasikan hasratnya menjadi pakar sakit puan yang dapat memberi khidmat kepada golongan memerlukan. – Bernama