Isnin, 16 Januari 2012

Majlis Penutup Bengkel Penilaian Semula Sistem Pendidikan Negara

13 Januari 2011,Bilik Mesyuarat Anjung Ilmu - Majlis Penutup Bengkel Penilaian Semula Sistem Pendidikan Negara telah disempurnakan oleh yang Berbahagia Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri. Turut hadir sama Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, KPP Sektor Pengurusan Sekolah dan Pegawai-pegawai JPN dan PPD. Bengkel penilaian ini di kendalikan oleh enam orang Pegawai dari Pejabat Pengurusan Projek, Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Dr. Rosli bin Yaakob, Dr. Mohd. Yusoff, Dr Isham bt. Ishak, Dr. Iskandar bin Samad, Dr. Habibah Abd Rahim dan Cik Cherly.


Bengkel yang diadakan dari 9 – 12 Januari 2012 bertempat di JPN Terengganu bertujuan untuk menilai semula Sistem Pendidikan Negara lanjutan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Lima negeri terpilih dalam penilaian ini sebagai sampel kajian iaitu Terengganu, Selangor, Johor, Sabah dan Kedah.

Sebanyak 4 buah sekolah dilawati pihak KPM untuk melihat secara lebih dekat pendidikan di Negeri Terengganu iaitu SMK Lembah Bidong, SMK Panji Alam, SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Teluk Ketapang.



Laporan oleh Pengurusan Guru Sekolah Menengah