Selasa, 10 Januari 2012

Bengkel Penilaian Semula Sistem Pendidikan Negara




9 Januari, Anjung Ilmu - Satu bengkel diadakan di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu berkaitan penilaian semula sistem pendidikan negara. Bengkel selama 4 hari bermula 9 Januari 2012 (Isnin) telah dipengerusikan oleh En. Zakariah b. Ali (Ketua Sektor Pengurusan Sekolah). Penganjur bengkel ini adalah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Institut Aminudin Baki dan                       .


3 skop utama bengkel adalah :
  1. Amalan negeri
  2. Pembangunan sumber
  3. Sumber dan peranan antara PPD dan JPN
Hasil daripada bengkel tersebut, para peserta boleh berkongsi pengalaman berkenaan idea pengurusan yang berkesan serta amalan yang dilaksanakan oleh sesebuah institusi. Peserta bengkel terdiri daripada pengurusan tertinggi Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Pegawai Pelajaran Daerah,Timbalan Pelajaran Daerah Pengetua-pengetua Cemerlang, Guru-guru Besar yang dipilih, Yang Dipertua PIBG sekolah yang dipilih dan Ketua-ketua unit yang dipilih.