Ahad, 22 Januari 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 26 Januari 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 8,499 orang calon telah menduduki STAM di 108 pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah 8,499 calon, 3,782 merupakan calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, manakala 2,569 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 649 adalah calon Sekolah Agama Rakyat sementara 1,462 adalah calon persendirian manakala baki 37 orang adalah calon Sekolah Menengah Swasta.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 26 Januari 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 1 Februari 2012. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
20 Januari 2012

Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia