Isnin, 16 Januari 2012

Bangunkan modal insan selari transformasi



PEKAN 15 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pembangunan pendidikan tidak akan tercapai sekiranya modal insan gagal diberi perhatian dalam usaha kerajaan membawa transformasi kepada rakyat.
Beliau berkata, pencapaian itu bukan sahaja disokong dalam penyediaan keperluan pendidikan, tetapi juga sokongan moral daripada warga pendidik, ibu bapa dan semua pihak bagi menjayakannya.
Menurut beliau, kerajaan tidak hanya mahu melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik sahaja sebaliknya mempunyai kualiti serta mantap daripada segi akhlak dan penguasaan amalan nilai-nilai murni.
"Kita perlu buat perbandingan dengan negara-negara membangun yang mana Malaysia berada di saf hadapan.
"Di antara kayu penyukurnya ialah akses pendidikan tinggi yang kini mencecah 37 peratus. Sasaran kita adalah 50 peratus peluang pendidikan dalam masa terdekat yang mana ia menjadi penentu terhadap negara-negara yang sudah maju," katanya.

Sumber - Utusan Malaysia