Rabu, 4 Januari 2012

Pemantauan SMK Elit Terengganu

2 Januari, SMK Mak Lagam dan SMK LEmbah Bidong - Pendaftaran Kemasukan Murid Tingkatan 1 Sesi 2012 berjalan dengan lancar di kedua-dua buah sekolah berkenaan. Pemantauan diselia oleh En. Hamid bin Yahya (PP SBP/SKK), EN. Azwadi b. Amzah dari JPN Terengganu dan En. Tajul Ariffin b. Abdullah (Pegawai Khas PEngurusan Murid, PPD Kemaman) di SMK Mak Lagam.Bagi pemantauan di SMK Lembah Bidong, ianya dilaksanakan oleh En. Ibrahim b. Ismail (PP Pengurusan Guru) bersama-sama En. Abdul Rahim b. Sulaiman (Penyelia Kanan Pengurusan Murid) dan En. Alias (Pegawai Khas KGSK, PPD Setiu). Walaupun suasana hujan semasa sesi pendaftaran, murid-murid serta ibubapa teruja apabila ditawarkan belajar di sekolah elit tersebut. Disebabkan kejayaan yang amat membanggakan dalam keputusan peperiksaan PMR 2011, di mana peratus pelajar yang mendapat semua A meningkat. 90 daripada 121 orang di SMK Mak Lagam mendapat semua A dan bagi SMK Elit seramai 80 orang daripada 123 orang mendapat semua A.

Ini mendorong ibubapa di negeri Terengganu untuk memohon penempatan anak mereka di kedua-dua sekolah tersebut. Pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi SMK Lembah Bidong dan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) bagi SMK Mak Lagam memberi impak yang besar dalam bidan pendidikan di negeri Terengganu seterusnya seiring dengan moto JPN Terengganu, "Melestarikan Pendidikan Terbilang". Sesi pendaftaran di kedua-dua sekolah tersebut dimulakan dengan sesi pendaftaran kemasukan, taklimat oleh Tuan Pengetua dan PK HEM, pembelian barangan keperluan asrama dan akhirnya pendaftaran asrama. Sebahagian besar murid yang ditemuramah berasa teruja dan bangga kerana berjaya ditempatkan di kedua-dua sekolah tersebut. Keinginan untuk meneruskan kelestarian kecemerlangan sepertimana yang berjaya ditunjukkan oleh pelajar senior mendorong mereka untuk memilih sekolah elit sebagai pilihan mereka yang pertama.