Rabu, 16 Januari 2013

550 pegawai IT disambung kontrak



HULU TERENGGANU 15 Jan. - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM10 juta setahun bagi pembayaran gaji kepada 550 Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) di seluruh negeri ini bagi menyambung perkhidmatan mereka tahun ini.
Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) Services Sdn. Bhd., Rozi Mamat berkata, daripada jumlah itu, seramai 495 orang EIO dan 55 petugas TSO ditempatkan di sekolah rendah, sekolah menengah, jabatan-jabatan, pejabat pelajaran daerah dan pusat bestari (Bes.comm).
Katanya, langkah itu bertujuan menyediakan tenaga kerja dalam bidang teknologi maklumat di setiap sekolah untuk kelancaran pelaksanaan program e-book di seluruh negeri itu.
"Tempoh perkhidmatan seorang EIO dan TSO berdasarkan kontrak tahunan dan mereka ditugaskan menyelenggara e-book selain tertakluk dasar kerajaan dalam melaksanakan tugasan berkaitan program e-book.

Sumber - Utusan Melayu (M) Bhd