Ahad, 18 Mac 2012

Taklimat Pencalonan SKK Sekolah Menengah 2012

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri melalui Unit Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah telah mengadakan taklimat berkaitan kepada Pengetua dan GPK, empat belas buah sekolah menengah yang dikenalpasti oleh PPD masing-masing. Taklimat berkenaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Alamanda,Jabatan Pelajaran Negeri. Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Zakariah bin Ali mempengerusikan taklimat berkaitan.

Selain Pengetua dan GPK sekolah terpilih, turut hadir ialah KPP Sektor Pengurusan Sekolah, Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, Pengerusi Majlis Pengetua Negeri Terengganu dan pegawai meja kluster menengah dan rendah. Taklimat pertama telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Projek Khas/SBP/Kluster mengenai konsep SKK, kreateria pencalonan dan persediaan. Sementara Penyelia Kanan Projek Khas / Asli/  Kluster menyampaikan taklimat mengenai konsep kebitaraan, pemilihan bidang kebitaraan, pengurusan kebitaraan serta folio pencalonan.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah yang baru sahaja membentang pencalonan SKK Rendah di KPM banyak berkongsi pengalaman terhadap keperluan sebenar persediaan terutama berkaitan persediaan slaid pembentangan. Menurut beliau semua aspek pembentangan adalah berfokus kepada kebitaran yang dipilih serta hubungkaitnya. Misalnya elemen inovasi mestilah inovasi yang berkaitan dengan bidang kebitaraan yang dipilih. Sumbangan kepada sekolah juga perlu dikaitkan dengan bidang kebitaraan yang dipilih. Beliau berharap semua calon SKK Menengah bersedia dengan sebaik mungkin.

Borang pencalonan dan panduan pencalonan boleh dimuatturun melalui link posting DI SINI

Sumber - Blog Unit Rendah JPNT