Isnin, 12 Mac 2012

Pelajar Gagap Buktikan Keputusan Cemerlang Dalam STPM

MARANG, 7 Mac (Bernama) -- Status sebagai anak yatim menjadi dorongan kuat untuk mengubah nasib keluarganya sehinggakan memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan Rabu.
Bagi pelajar pintar Abdul Rahim Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, di sini berkata lantaran berazam mengotakan janjinya terhadap Allahyarham bapanya telah mendorong semangat untuk mencatat keputusan cemerlang.
Malah anak kelapan daripada sepuluh adik-beradik ini nyata terkejut dengan keputusan yang diperolehnya sehingga muncul sebagai pelajar cemerlang seluruh Terengganu.
"Kejayaan ini merupakan hadiah paling berharga buat arwah ayah yang sering beri kata-kata semangat dan pendorong kepada saya walaupun tidak dapat berkongsi kejayaan bersamanya pada hari ini," katanya ketika ditemui pemberita di sekolahnya di sini hari ini.
Menurutnya walaupun ayahnya telah meninggal dunia empat tahun yang lepas akibat penyakit jantung, pesanan Allahyarham supaya belajar bersungguh-sungguh sentiasa tersemat dimindanya dan kata-kata perangsang itulah yang mendorong kepada kejayaannya hari ini.

-- BERNAMA