Khamis, 1 Mac 2012

KESATUAN GURU BANTAH PTD ISI JAWATAN PENOLONG KANAN


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 30 Januari 2012 – Kesatuan guru bantah PTD isi jawatan penolong kanan.
 
Berdasarkan semakan KPM, tiada klausa khas Saraan Baru Perkhidmatan Awam yang membukan peluang kepada PTD untuk menjawat jawatan Penolong Kanan di sekolah Menengah. Semakan boleh dibuat melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11/2012 dan Bilangan 13/2012. Pada masa ini, KPM tidak bercadang untuk menempatkan PTD di sekolah-sekolah memandangkan skop tugas pengurusan sekolah lebih sesuai dilaksanakan oleh Penolong Kanan di kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Di samping itu, PTD lebih berperanan untuk melaksanakan tugas-tugas di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian berbanding tugas-tugas pengurusan di sekolah-sekolah.
 
 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sumber - Portal Kementerian Pelajaran Malaysia