Isnin, 16 Julai 2012

TERENGGANU HANELANG...

KUANTAN - Terengganu semakin hampir bergelar juara Sukan Malaysia ke-15 apabila mendahului selesa kontinjen lain pada hari kedua terakhir temasya dwi tahunan itu yang akan melabuhkan tirainya esok.
Setakat 11 malam tadi, Terengganu kini mengumpul 61 pingat emas, 24 perak dan 30 gangsa.
Dua daripada enam pingat emas kontinjen Terengganu hari ini diperoleh menerusi acara memanah iaitu Recurve berpasukan lelaki (pusingan Olimpik) dan Compound berpasukan wanita (pusingan Olimpik).
Atlet angkat berat Mohamad Norfarhan Ideris yang beraksi dalam kategori berat badan 105kg lelaki menyumbang dua pingat emas kepada Terengganu menerusi acara snatch dan clean & jerk.
Dua lagi pingat emas Terengganu disumbang Mohd Hafizuddin Hakim Mohd Zahari dalam acara tinju (kategori berat badan 44-46kg lelaki) dan skuad hoki wanita.
Tahniah kontinjen Terengganu....

Sumber - Sinar Harian Online