Selasa, 3 Julai 2012

Semua surau sekolah dinaik taraf


KUALA TERENGGANU 2 Julai - Sebanyak RM2.48 juta diperuntukkan sebagai waran bagi tujuan menyelenggara, mengubahsuai serta menaik taraf surau di 40 buah sekolah di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, jumlah itu tidak termasuk peruntukan berjumlah lebih RM177,000 untuk tiga lagi surau yang belum menerimanya.
Katanya, waran itu dikeluarkan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar bagi projek Pakej Rancangan Khas (PRK) untuk negeri Terengganu yang secara keseluruhannya berjumlah lebih RM8 juta.
"Di bawah program ini juga, peruntukan sebanyak RM1.35 juta turut diluluskan bagi tujuan pembinaan lapan lagi surau sekolah yang baru di negeri ini," katanya.

Sumber - Utusan Malaysia Online