Selasa, 3 April 2012

Terengganu Sasar Laksana Kelas Maya Di Semua Sekolah Menjelang 2015

KUALA TERENGGANU, 27 Mac (Bernama) -- Terengganu mensasarkan semua sekolahnya melaksanakan konsep kelas maya menjelang 2015, sekali gus akan menjadi negeri pertama di negara ini yang berbuat demikian.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abd Rahman berkata sasaran itu berdasarkan kejayaan yang dicapai menerusi projek perintis di tiga sekolah sebelum ini.
"Tahun ini kita akan melaksanakan kelas maya itu di 32 buah sekolah rendah terpilih dan dua sekolah menengah elit iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu dan SMK Mak Lagam, Kemaman," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.
Beliau berkata kerajaan negeri juga yakin dapat melaksanakan kelas maya di semua sekolah rendah menjelang tahun depan, sebelum diteruskan di semua sekolah menengah.
Katanya berdasarkan pelaksanaan projek perintis di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kalong di Kemaman dan Sk Paya Bunga serta Sk Kompleks Seberang Takir di sini, sambutan murid amat menggalakkan kerana sesi pembelajaran yang ceria.

Sumber - Bernama