Khamis, 19 April 2012

 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Atira M, Kota Bharu, Kelantan”  dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbarUtusan Malaysia bertarikh 7 Mac 2012Guru mahu tahu status.
 
Pengadu ingin tahu status Guru Pelatih KPLI – SR ambilan Januari 2011 yang telah menjalani latihan selama satu tahun di Institut Pendidikan Guru (IPG).
 
Dimaklumkan bahawa sejumlah 4148 graduan keluaran IPG telah berjaya ditempatkan pada 16 Januari 2012 berdasarkan program seperti berikut :
 
i.              KPLI Ambilan Januari 2011 (Sekolah Rendah) – 1,381 orang
ii.             Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) – 2,362 orang
i.              B. ED TESL Ambilan Julai 2005 (Sekolah Rendah) – 200 orang
ii.             B. ED TESL Ambilan Julai 2005 (Sekolah Menengah) – 166 orang
iii.            KPLI Ambilan Januari 2011 (Sekolah Menengah) – 25 orang
iv.            B. ED France – 14 orang
 
Selain itu terdapat juga sejumlah 120 graduan IPG yang telah ditempatkan pada 20 Februari 2012 yang melibatkan program berikut ;
 
i.             B. ED TESL Ambilan Julai 2006 (Sekolah Rendah) – 48 orang
ii.            B. ED TESL Ambilan Julai 2006 (Sekolah Menengah) – 72 orang
 
Oleh itu, jika surat tawaran masih tidak diterima berkemungkinan calon tidak berjaya dalam peperiksaan bagi matapelajaran tertentu dan terpaksa mengulang. Seramai 43 calon telah mengulang dan berjaya dalam peperiksaan. Namun, sehingga kini hanya 4 orang calon (PISMP) sahaja yang telah diberikan surat tawaran pelantikan dan kini dalam proses untuk mendapatkan penempatan. Memandangkan pengadu tidak mengemukakan maklumat diri yang lengkap, proses semakan lanjut tidak dapat dilaksanakan bagi mengenalpasti masalah sebenar pengadu. Oleh itu, pengadu adalah dipohon untuk berhubung terus ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8884 7714.
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA