Khamis, 24 Mei 2012

Terengganu peruntuk RM1.5 juta bantu persediaan pelajar ke IPT

KUALA TERENGGANU 23 Mei - Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM1.5 juta untuk diagihkan kepada 2,577 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai bantuan persediaan ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM925,500 diagihkan kepada 1,851 pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi di Semenanjung manakala RM4,000 lagi diagihkan kepada lima pelajar yang akan ke Sarawak.
"Bagi peringkat diploma pula, sebanyak RM537,000 diagihkan kepada 716 pelajar di Semenanjung manakala RM5,250 lagi kepada lima pelajar yang menyambung pengajian peringkat sama di Sarawak," katanya.
Beliau berucap pada majlis penyampaian bantuan persediaan Yayasan Terengganu (YT) ke IPT peringkat matrikulasi dan diploma di sini hari ini

Sumber - Utusan Malaysia Online