Fokus pemantauan di SMK Bukit Guntong dinilai dari item Instruksional Pengetua, Pengurusan Sekolah, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan HEM dan Pengurusan Kokurikulum. Ini merupakan pemantauan kedua oleh pegawai pemantau di sekolah tersebut. Penambahbaikan sepertimana yang dicadangkan oleh pegawai pemantau telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya oleh pihak pengurusan sekolah. Pengurusan fail dan dokumentasi berada dalam keadaan yang baik dan boleh dinilai dengan sempurna oleh pegawai pemantau.
Khamis, 16 Februari 2012
Pemantauan Berfokus Sekolah Band 5
15 Februari - Pemantauan berfokus tersebut telah dilaksanakan di empat buah sekolah iaitu SMA Setiu dan SMK Bukit Guntong oleh PP Projek Khas/SBP/SKK dan PP Pengurusan Murid, Unit Penyeliaan Menengah manakala SMK Kampung Nyior, SMK Seri Paka dan SMK Kompleks Rantau Abang oleh PP Pengurusan Teknik dan Vokasional, PP Data & ABM dan Penyelia Kanan Pengurusan Murid Menengah.. Fokus pemantauan adalah berdasarkan instrumen pemantauan Piawai Sekolah Terengganu (PST). Untuk SMA Setiu, item yang dipantau adalah Pengurusan Sekolah, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan HEM dan Fizikal Sekolah. Secara keseluruhannya, pemantauan mendapat kerjasama daripada pengurusan pihak sekolah. Beberapa penambahbaikan telah dicadangkan kepada pihak sekolah dari segi pengurusan fail dan 3K.