Selasa, 18 Jun 2013
Isnin, 17 Jun 2013
PELUANG KERJAYA
PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
Pengambilan Jurulatih Sukan Gred 29 Hingga 44 (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia
Sila muat turun iklan dan borang perjawatan di bawah.
Sumber - Portal Rasmi KPM
Ahad, 16 Jun 2013
PEMBERITAHUAN
Sumber - Portal Rasmi KPM
PEMBERITAHUAN
Semakan Keputusan Permohonan Rayuan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Sesi Akademik 2013/2014
Sumber- Portal Rasmi KPM
PEMBERITAHUAN
PELAKSANAAN MODUL KEHADIRAN GURU MENERUSI SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN (EMIS)
Sila klik untuk pautan berikut
Sumber - Portal Rasmi KPM
Isnin, 10 Jun 2013
PEMBERITAHUAN
PERMOHONAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN TAHUN 2013 BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPLD)
Sukacita dimaklumkan, Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Tahun 2013 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) sedang dibuka bermula 10 Jun 2013 (Isnin) sehingga 14 Julai 2013 (Ahad) . Sila klik di sini
Sumber - Portal Rasmi KPM
PEMBERITAHUAN
PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) DAN SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)
Dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) akan ditutup sementara kepada SEMUA PENGGUNA mulai Jumaat 31 Mei 2013 sehingga 12 Jun 2013 untuk kerja-kerja penyelenggaraan teknikal. Sebarang kesulitan amat dikesali.
Sumber - Portal Rasmi KPM
Khamis, 6 Jun 2013
Selasa, 4 Jun 2013
SURAT SIARAN
SURAT SIARAN BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT BIL. 1 TAHUN 2013: PEMANTAPAN PENGGUNAAN SISTEM MEL ELEKTRONIK DI AGENSI-AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sumber - Portal Rasmi KPM
Kelab 1Malaysia perkasa semangat patriotik murid
PENUBUHAN Kelab 1Malaysia dan Sekolah Angkat di bawah Jabatan Penerangan di seluruh negara akan diperkasakan bagi meningkatkan semangat patriotik serta cintakan tanah air di kalangan murid.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, sudah tiba masanya penubuhan kedua-dua program berbentuk kokurikulum itu dipertingkat di sekolah-sekolah bersesuaian dengan keperluan semasa pada hari ini.
Menurutnya, langkah itu dilihat semakin 'terdesak' ekoran sikap tidak menghormati negara jelas ditunjukkan melalui insiden pelajar Malaysia di Taiwan yang memegang bendera Jalur Gemilang secara terbalik dan yang terbaharu berlaku di Singapura membabitkan rakyat Malaysia berhimpun secara haram membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 lalu.
''Kelab 1Malaysia sebelum ini dikenali Kelab Setia diperkenalkan tahun 1995 dan dijenamakan semula tahun lalu bertujuan untuk melahirkan generasi bersemangat patriotik dan berwawasan dengan tumpuan di kalangan murid sekolah menengah.
''Kelab ini meletakkan misi untuk menterjemahkan dan merealisasikan hasrat kepimpinan negara bagi membentuk generasi 1Malaysia dengan menerapkan nilai-nilai aspirasi negara melalui pendekatan komunikasi yang strategik," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

MUAT TURUN 'ANJAKAN : BULETIN BULANAN TRANSFORMASI KPM ISU #2'
Sila muat turun Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi KPM Isu #2 di ruangan 'Muat Turun' di bawah.
Sumber - Portal Rasmi KPM
PEMBERITAHUAN
SURAT SIARAN IKLAN JAWATAN GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG 2013
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Cemerlang di sekolah dan Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2013. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah diberi mandat untuk menjadi Urus Setia Induk Penilaian Guru Camerlang dan Pensyarah Cemerlang 2013.
3. Pemangkuan gred jawatan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Jumaat, 21 Jun 2013.
5. Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Sumber - Portal Rasmi KPM
Langgan:
Catatan (Atom)