19 Februari 2012, Rumah Tamu - Mesyuarat Bil.1 ini dipengerusikan oleh Tuan Ketua Penolong Pengarah, Sektor PEngurusan Sekolah dan dihadiri oleh PP Pengurusan Murid Menengah, Penyelia Kanan Pengurusan Murid Menengah, Penyelia Kanan Unit Perhubungan dan Pendaftaran dan semua Pegawai Khas Pengurusan Murid Pejabat Pelajaran Daerah.
Mesyuarat ini dilaksanakan adalah bertujuan unuk membicangkan isu-isu dalam proses pertukaran dan penempatan murid sama ada pertukaran dalam daerah, pertukaran antara daerah, pertukaran antara negeri/bahagian dan permohonan belajar semula. Satu persetujuan atau 'Standard Operating Procedure'(SOP) akan dilaksanakan di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri. Pelaksanaan SOP ini bertujuan untuk memudahkan urusan semua pihak terutama ibubapa atau penjada dalam urusan pertukaran anak jagaan mereka dan kemudiannya dalam mengurangkan dari segi kos masa, wang dan sebagainya. Untuk itu, pegawai dari unit pengurusan murid menengah, Jabatan Pelajaran Negeri akan turun padang ke semua daerah untuk memberi taklimat kepada semua Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi semua kategori sekolah.
Mesyuarat ini juga menyasarkan pada pelaksanaan program menangani murid cicir di sekolah menengah negeri Terengganu. Mengikut statistik, kadar penurunan yang agak ketara dengan mengambilkira tahun 2010 dan 2011. Perkara ini berlaku, berkemungkinan besar tindakan proaktif yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri dalam menangani masalah keciciran murid tersebut. Usaha murni akan diteruskan pada sesi persekolahan 2012 dengan pelaksanaan di semua jenis sekolah menengah di negeri Terengganu.
Ahli mesyuarat juga telah diberi taklimat berkaitan proses pertukaran dan penempatan murid bukan warganegara. Pelabagai situasi telah didedahkan oleh Penyelia Kanan Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Encik Zakaria Omar, dari segi aspek mengenalpasti status seseorang murid tersebut sama ada warganegara, pemastatutin tetap ataupun bukan warganegara. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak terutamanya pihak pengurusan sekolah dengan memberi 'kebenaran' kepada murid tersebut untuk bersekolah. Prosedur perlu dipatuhi oleh semua penjaga bagi kategori murid bukan warganegara.