12 Februari 2012, Rumah Tamu - Mesyuarat Unit Menengah Bil.2/2012 telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Menengah, En. Ibrahim bin Ismail dengan dihadiri oleh semua pegawai dan staf unit menengah. Dalam ucapan aluannya, pengerusi mengingat semua ahli mesyuarat supaya akur dengan masa yang telah ditetapkan untuk mesyuarat. Beliau juga mengingatkan agar semua makluman atau isu-isu yang disampaikan kepada Ketua Sektor atau Ketua Penolong Pengarah, mohon dimaklumkan juga kepada beliau agar tidak berlaku 'ketirisan maklumat'. Semua pegawai atau staf yang ingin melaksanakan tugasan di luar premis kerja, dipohon untuk memaklumkan kepada rakan sekerja atau mencatat di papan kenyataan. Untuk melaksanakan prinsip 5's di unit menengah, satu gotong royong akan dilaksanakan pada hari Khamis (16 Februari) bermula jam 2.00 petang. Tujuan gotong royong ini adalah bertepatan dengan penyemakan pemantauan SSR yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Untuk pemantauan berfokus, semua pegawai diminta mematuhi ISO yang telah ditetapkan. Pelaksanaan tersebut akan dimulakan bermula bulan Februari ini dan semua pegawai akan memantau sepuluh (10) buah sekolah yang berada pada Band 5 dan 6. Instrumen yang digunapakai adalah instrumen Piawai Standard Terengganu (PST) sepertimana yang telah dimaklumkan kepada semua Pengetua dan Guru Besar.
Agihan pegawai dan staf telah ditetapkan agar kelancaran setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Untuk urusan maklumbalas mninit mesyuarat, ahli mesyuarat telah memutuskan untuk menggunakan email rasmi kerajaan agar sebarang maklumat sulit dapat dipelihara.
Satu aktiviti yang melibatkan ahli keluarga unit menengah akan dilaksanakan pada satu masa yang akan dibincangkan kemudian. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 5.15 petang.