Isnin, 28 Mac 2016
Rabu, 23 Mac 2016
Terengganu negeri pertama Pantai Timur laksana pemusatan tingkatan enam mod 2
![]() |
SHAFRUDDIN ALI HUSSIN (depan, enam dari kiri) dan Mohd. Sabri Alwi (lima dari kiri) bersama guru serta pelajar dalam Majlis Pembukaan Kelas dan Pemusatan Pelajar Tingkatan 6 di SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terengganu |
KUALA TERENGGANU 21 Mac – Terengganu muncul negeri pertama di Pantai Timur yang melaksanakan pemusatan pelajar tingkatan enam mod dua dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini dipilih sebagai sekolah pusat di bandar raya ini.
Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, tiga sekolah lain yang terlibat dalam inisiatif itu adalah SMK Tengku Bariah, SMK Panji Alam dan SMK Chung Hwa Wei Sin.
“Keseluruhannya terdapat 190 pelajar dan 53 guru tingkatan enam di SMK Sultan Sulaiman.
“Di samping itu, jabatan turut meluluskan peruntukan sebanyak RM90,000 bagi mengubah suai bangunan lama di sekolah untuk dijadikan pusat manakala RM3,000 pula dipohon untuk penyediaan kelengkapan perabot bagi keselesaan pelajar,’’ katanya selepas merasmikan Pembukaan Kelas dan Pemusatan Pelajar di sekolah itu di sini, semalam.
Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SMK Sultan Sulaiman, Datuk Mohd. Sabri Alwi serta Pengetua sekolah itu, Samsudin Ismail.
Mod dua bermaksud pelajar-pelajar tingkatan enam di sesebuah sekolah itu mempunyai bangunan mereka sendiri tetapi masih berada di dalam kawasan sekolah biasa.
Menurut Shafruddin, pihaknya sedang berusaha untuk membuka dua lagi sekolah menengah yang khusus untuk pelajar tingkatan enam mod satu dengan membabitkan SM Imtiaz di Besut dan SMK Kuala Berang di Hulu Terengganu.
Katanya, SM Imtiaz merupakan bangunan kerajaan negeri yang diserahkan kepada jabatan untuk dijadikan pusat pendidikan tingkatan enam manakala SMK Kuala Berang pula telah siap pembangunannya dengan kos RM30 juta.
“Pada masa ini proses ke arah itu sedang dijalankan termasuk penyediaan pelbagai kelengkapan dan kemudahan selaras untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sebenar seperti sebuah institusi prauniversiti buat pelajar,” katanya.
Sementara itu, Shafruddin optimis Terengganu mampu meneruskan prestasi cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan menyasarkan untuk mencapai purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.0 ke atas tahun ini.
Katanya, PNGK negeri adalah 2.86 berbanding 2.74 pada tahun sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 4.37 peratus sekali gus mencatatkan kenaikan yang sangat signifikan kerana mampu mengatasi min PNGK yang dicapai di peringkat nasional iaitu 2.65.
Terdapat seramai 2,380 pelajar sedang menduduki tingkatan enam di seluruh negeri ketika ini manakala kemasukan baharu dijangka pada Mei depan.
Sumber - Utusan Malaysia Online
Isnin, 21 Mac 2016
Selasa, 15 Mac 2016
SEMAKAN KEPUTUSAN E-RAYUAN KE TINGKATAN EMPAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2016 MELALUI APLIKASI SST4
Ahad, 13 Mac 2016
Maklumat Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016
Permohonan PISMP Ambilan Jun 2016 secara atas talian akan bermula pada 10 Mac 2016 | 12:00 PM sehingga 27 Mac 2016
Sila klik di sini
Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
Khamis, 10 Mac 2016
Selasa, 8 Mac 2016
PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN POLITEKNIK, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI BAGI PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) KEMASUKAN SESI JUN 2016
Muat Turun
Borang Permohonan
Panduan Mengisi Borang Permohonan
Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
Borang Permohonan
Panduan Mengisi Borang Permohonan
Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)