Makluman kepada semua ibu/bapa/penjaga
Semakan ke SMK Elit Lembah Bidong, SMK Mak Lagam, SMKA Sheikh Abdul Malek, SMKA Wataniah, SMKA Nurul Ittifaq, SMKA Kuala Abang, SMKA Tok Jiring dan SMKA Durian boleh dibuat melalui pautan http://www.moe.gov.my/jpnterengganu/semakt1/.
Perhatian!
Untuk kemasukan ke SMK Elit, sekiranya permohonan BERJAYA, semoga pemohon diminta mencetak
1. Surat Tawaran
2. Borang Pengesahan Jawapan
3. Borang Pendaftaran
Sekiranya permohonan TIDAK BERJAYA, pemohon boleh membuat terus RAYUAN pada butang yang disediakan oleh administrator pada paparan tersebut.
Untuk semakan ke SMKA, pemohon hanya boleh menyemak status permohonan sahaja. Surat tawaran akan dihantar melalui pos oleh Sektor Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bengkel Pengurusan Laman Web Calon Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diadakan pada 10 – 14 Julai 2011, bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Marang. Seramai 20 orang peserta yang terlibat terdiri daripada Pegawai Eksekutif Maklumat (EIO) JPNT, PPD dan sekolah yang mana mereka telah dilantik sebagai ‘webmaster’ sekolah masing-masing. Objektif bengkel diadakan supaya setiap sekolah SBT yang terlibat mempunyai laman web yang sentiasa dikemaskini dan menjadi medium utama dalam capaian serta penyebaran maklumat sekolah.

Fasilitator yang mengendalikan bengkel tersebut terdiri daripada En. Mahadi bin Mohamed, En. Che Zahron bin Mohd Khalid dan En. Ahmad Suhaimi bin Said.
13 buah sekolah calon SBT yang terlibat dalam bengkel tersebut ialah :
1. SK Kampung Raja, Besut
2. SK Tengku Mahmud II, Besut
3. SK Tengku Mahmud, Besut
4. SK Rantau Petronas, Kemaman
5. SK Jenang, Marang
6. SK Dusun, Hulu Terengganu
7. SK Bukit Tadok, Hulu Terengganu
8. SK Seri Berang, Hulu Terengganu
9. SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu
10. SK Mangkok, Setiu
11. SK Kampung Tayor, Setiu
12. SK Kampung Fikri, Sungai Tong, Setiu
13. SK Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu