Isnin, 12 Mac 2012

Sistem Modular Untuk Pelajar Tingkatan Enam Mulai Tahun Ini


KUALA TERENGGANU, 8 Mac (Bernama) -- Kerajaan berharap kemasukan pelajar ke tingkatan enam akan bertambah apabila sistem modular yang dilihat tidak membebankan pelajar diperkenalkan mulai tahun ini.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pelajar peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mulai tahun ini akan menggunakan kaedah baru menggantikan sistem terminal di mana pelajar tidak lagi mengambil peperiksaan di akhir tahun sebaliknya akan mengguna pakai sistem mengikut penggal.
"Di bawah sistem modular, pelajar akan mengambil peperiksaan mengikut penggal dan keputusan tersebut akan digabungkan di penggal ketiga untuk menentukan indeks pencapaian mereka nanti.
"Mereka juga boleh mengulangi mana-mana mata pelajaran yang dirasa keputusannya tidak memuaskannya sehingga peperiksaan penggal ketiga," katanya kepada pemerita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang Sekolah Menengah Agama Tok Jiring di sini pada Khamis.

-- BERNAMA