Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) akan menganjurkan Program Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan/National Profesional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) di bawah program Program Latihan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Akademik 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning. Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.
Sasaran peserta adalah kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Bahagian-Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Pihak IAB akan mula membuka permohonan Program NPQEL Ambilan 2 Tahun 2012 melalui laman web rasmi IAB www.iab.edu.my mulai 15 Mac 2012 hingga 15 April 2012.
Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan program ini bolehlah menghubungi terus Puan Nik Marini binti Nik Abdull Malik di talian 03-61056137/013-3611221/ nikmarini@iab.edu.my atau urus setia di talian 03-61056296.