Selasa, 6 Mac 2012

Pengemaskinian Sistem Maklumat Operasi Pendidikan (e-OPERASI)

Kepada,
Pengetua dan Guru Besar,
SMK/SMKA/SABK/SBP/SK/SJK
Negeri Terengganu

PENYELARASAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT GURU BAGI PELAKSANAAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN GURU SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN (SOP), KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Operasi Pendidikan telah membangunkan Sistem Maklumat Operasi Pendidikan (e-OPERASI) yang diurusetiakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan pelaksanaan e-OPERASI adalah bagi memastikan pengurusan penempatan dan pertukaran guru mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2010 berhubung kuasa penempatan dan pertukaran guru di bawah Sektor Operasi Pendidikan.

3.  Bagi memastikan pelaksanaan e-OPERASI berjalan lancar serta memenuhi keperluan semua bahagian SOP berhubung maklumat penempatan dan pertukaran guru di sekolah bawah kawalan bahagian masing-masing, kerjasama Y.Bhg Datuk/Dato'/tuan/puan adalah dipohon untuk melaksanakan pengemaskinian maklumat guru melalui aplikasi e-OPERASI.

3.1 Pengemaskinian maklumat dan permohonan pertukaran boleh dilaksanakan melalui laman     
      web http://apps.moe.gov.my/epgo/. Jadual pelaksanaan adalah seperti ketetapan berikut :

3.2 Pengemaskinian maklumat penempatan guru boleh dilaksanakan melalui laman web http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penempatan.

4. Akauntabiliti Pengetua/Guru Besar/Pentadbir sekolah sebagai Pengesah sangat diharapkan bagi memastikan setiap maklumat yang diberikan oleh guru adalah betul dan tepat. Pengesah juga dipohon mengesah setiap maklumat guru dengan kadar segera supaya tindakan seterusnya oleh penyemak di PPD/JPN/Bahagian dapat dilaksanakan.

5. Sebarang kemusykilan berhubung perkara di atas boleh menghubungi En. Mohd Arifin b. Ismail, Penolong Pengarah Data & ABM, Sektor Pengurusan Sekolah di talian 09-6213065.