Selasa, 27 Mac 2012

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL PENEMPATAN DAN PENEMPATAN PERTUKARAN ZON TIMUR, KPM 2012

Mesyuarat penyelarasan teknikal tersebut telah diadakan di Hotel Permai, Kuala Terengganu pada 26 hingga 28 Mac 2012 yang diurusetiakan oleh BPSH, KPM. Jabatan pelajaran negeri yang terlibat adalah bagi zon timur yang melibatkan JPN Terengganu selaku tuan rumah, JPN Kelantan dan JPN Pahang. Peserta telah didedahkan oleh En. Zanol b. Awang berkaitan pelaksanaan eOperasi dan e-GTukar. Perincian mesyuarat adalah peranan guru, peranan PK1, peranan Pengetua dan Guru Besar, peranan Pejabat Pelajaran Daerah dan peranan Jabatan Pelajaran Negeri. 
Dalam proses pelaksanaan, satu mekanisme dan penambahbaikan dibuat untuk memastikan pelaksanaan tersebut berjalan dengan lancar. Akauntibiliti administrator di peringkat sekolah amat diharapkan agar sebarang proses permohonan penempatan dan pertukaran tersebut mempunyai keesahan yang tinggi.
Tarikh-tarikh penting yang perlu diambilkira ialah :

1.   1 Mac hingga 31 Mac 2012 - pengemaskinian dan pengesahan data melalui sistem    
       aplikasi  eOperasi oleh PK1 dan PGB
2.   1 hingga 30 April - permohonan pertukaran melalui sistem aplikasi e-GTukar.
3.   19 Mei 2012 - Keputusan LULUS atau TIDAK akan dikeluarkan.
4.   26 Mei 2012 - Keputusan penempatan DAERAH dan SEKOLAH akan dikeluarkan


Beberapa variable yang boleh diambil tindakan oleh guru manakala selebihnya sebarang pengemaskinian hanya boleh dilaksanakan oleh PK1 sahaja. 
Mesyuarat juga mencadangkan beberapa penambahbaikan pada sistem aplikasi tersebut dan akan diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa teknikal di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
En. Aidie b. Jantan, KPP, SPSM, BPSH memaklumkan bahawa sistem aplikasi atas talian yang dibina ini memberi manfaat besar dalam sistem pengurusan sama ada diperingkat KPM sehinggalah ke akar umbi. Oleh itu, sumber utama untuk menjayakan pelaksanaan tersebut adalah bermula dengan kesahihan data yang dikutip di peringkat sekolah. Beliau mohon semua pihak untuk memberi komitmen dalam memastikan keesahan data mencapai tahap yang terbaik.