Khamis, 3 Januari 2013

Majlis Perutusan 2013

Sumber - Portal Rasmi KPM

Surat Siaran Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013

Kepada semua pengetua dan guru besar,
Sekolah-sekolah negeri Terengganu

SURAT SIARAN DAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 BAGI TAHUN 2013

Untuk muat turun, sila klik di sini

Sumber - Portal Rasmi KPM

Garis Panduan Pengurusan Kewangan

Kepada semua pengetua dan guru besar,
Sekolah-sekolah negeri Terengganu

Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012 - Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Murid

Untuk muat turun, sila klik di sini

Sumber - Portal Rasmi KPM

Surat Siaran Terkini 2013

Kepada semua pengetua dan guru besar,
Sekolah-sekolah negeri Terengganu

Surat Siaran - Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Murid

Untuk muat turun sila klik di sini

Sumber - Portal Rasmi KPM

Rabu, 25 Julai 2012

Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Di Sekolah-Sekolah Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia


YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 2 April 2010 telah meluluskan cadangan pelaksanaan lima belas (15) inisiatif dalam Makmal NKRA Kualiti Guru. Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) merupakan salah satu daripada inisiatif tersebut yang perlu dilaksanakan di semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai tahun 2011.
PPGB merupakan satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme Guru Baharu bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan. PPGB juga merupakan proses sosialisasi kepada profesion keguruan yang dapat membantu Guru Baharu membuat penyesuaian antara ilmu dan kemahiran yang sedia ada dengan prosedur, sistem sekolah, penguasaan pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang berkesan dan kemahiran pengurusan bilik darjah.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat siaran di sini.


Sumber - Portal Rasmi KPM

Selasa, 24 Julai 2012

Muat Turun Borang Instrumen Piawaian Sekolah Terengganu dan Borang Maklumbalas Pemantauan PK03-1

Sila Muat Turun

1. Instrumen  Piawaian Sekolah Terengganu (Microsoft Word)
2. Borang Instrumen Piawaian Sekolah Terengganu (PST2) dan
3. Borang Maklumbalas Pemantauan PK03-1 (microsoft Word)

di aplikasi MUAT TURUN PEKELILING (sebelah kanan laman sesawang)

LAPORAN PEMANTAUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH BAGI BULAN MEI HINGGA JULAI 2012


Semua Pegawai Perhubungan Sekolah

Melalui dan Salinan;

Semua Ketua Sektor,
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Terengganu

Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.

Tuan,

LAPORAN PEMANTAUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH BAGI
BULAN MEI HINGGA JULAI 2012.

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa semua Pegawai Perhubungan Sekolah diminta melaksanakan  laporan pemantauan ke sekolah di bawah seliaan masing-masing sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

3.         Sehubungan dengan itu, tuan diminta menyediakan laporan tersebut yang telah dijalankan mulai bulan Mei hingga Julai 2012.

4.         Tuan diminta membuat pemantauan menggunakan Borang Instrumen Piawaian Sekolah Terengganu dan Borang Maklum Balas Pemantauan PK03-1. Borang dan instrumen tersebut boleh dimuat turun dari laman web Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan blog unit menengah.  Laporan yang telah siap hendaklah dihantar ke Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah sebelum 16 Ogos 2012.

5.         Sebarang kemusykilan bolehlah berhubung dengan Puan Siti Rohaya binti Mohd Nor di talian 09-6213060 atau Encik Abdul Rahim bin Sulaiman di talian 09-6213033.

Segala kerjasama tuan berikan diucapkan ribuan terima kasih. 

Sekian.


“Guru Penyayang Murid Berkualiti”
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,



(HASHIM BIN MOHD ZIN)
Timbalan Pengarah Pelajaran
b.p.  Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Isnin, 16 Julai 2012

Semakan Tawaran Program Kolej Vokasional Di Institut Pendidikan Swasta

Sila klik di sini untuk pautan berikut


Sumber - Portal Rasmi KPM

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2012

Sila layari laman sesawang Bahagian Pendidikan Guru di url http://www.moe.gov.my/bpg/ untuk maklumat lanjut.
 
Sumber - Portal Rasmi KPM
KUALA TERENGGANU 14 Julai - Selepas Melaka, Johor dan Pulau Pinang, Terengganu bakal mengikut langkah menguatkuasakan peraturan larangan merokok di tempat awam dengan mengisytiharkan kawasan terpilih sebagai zon bebas asap rokok tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw berkata, ia atas dasar rasa tanggungjawab kerajaan negeri menyediakan persekitaran yang bersih dan sihat terutamanya di kawasan tumpuan pelancong.
Pada masa ini katanya, Jabatan Kesihatan negeri telah mencadangkan beberapa kawasan dan kajian susulan akan dilakukan selain mengadakan perbincangan dengan penduduk sekitarnya.

Sultan Mizan berangkat ke program kukuh BI, Bahasa Arab

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan berangkat ke majlis penutupan dan pengurniaan hadiah program pengukuhan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) 2012 di sini.
Mengiringi baginda, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah serta anggota-anggota exco kerajaan negeri.   
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Rahman Embong dalam ucapannya di majlis itu berkata tahun ini adalah tahun ketiga program itu diadakan.  
Program termasuk 'Speech Choir' untuk sekolah menengah dan acara 'Smart English' untuk sekolah rendah seluruh negeri Terengganu.  
Pertandingan ini anjuran bersama YDSM dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, bermula sejak 12 Julai dan tamat semalam.  
 Abdul Rahman berkata program itu mula menunjukkan pencapaian penting apabila sebahagian pelajar negeri ini beransur-ansur menunjukkan kejayaan mengatasi beban psikologi dan rasa kekok ketika berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan orang ramai.
"Kejayaan program pengukuhan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sebelum ini telah memberi ilham bagi pihak kami memulakan program baru iaitu program pengukuhan Bahasa Arab Piala YDSM mulai tahun ini," katanya.
Beliau berkata menerusi program baru itu diharap pelajar-pelajar sekolah agama di negeri ini dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Arab, iaitu bahasa Al-Quran, dan salah satu bahasa penting di dunia kini. - Bernama

Guru diminta lebih prihatin terhadap masalah pelajar perempuan

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu meminta pendidik di negeri ini agar lebih prihatin terhadap masalah pelajar, khususnya pelajar perempuan, bagi mengelak gejala sosial seperti melahirkan anak di sekolah atau   membuang bayi terus berlaku.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Ahmad Razif Abd Rahman berkata walaupun kes sedemikian dikategori sebagai terpencil, namun beliau tetap memandang serius perkara itu.
Beliau berkata guru perlu peka terhadap anak didiknya dengan mengambil berat perkara yang berlaku di sekeliling mereka agar dapat mencegah pelajar daripada terjerumus dalam gejala sedemikian.
"Kita tidak menyalahkan sesiapa dalam kes berkenaan memandangkan pelajar perempuan terbabit baru sahaja memasuki sekolah berasrama berkenaan pada awal tahun lalu.
"Selain itu, pelajar yang menghuni di asrama juga mempunyai banyak cara untuk menyembunyikan kandungannya serta bijak mengaburi mata guru di sekolah pada zaman sekarang," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kes buang bayi melibatkan pelajar sekolah di Terengganu.
Ahmad Razif juga berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian itu dan menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, akhbar melaporkan tembelang seorang pelajar perempuan yang mengadu sakit perut sebelum mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, akhirnya pecah apabila mengaku baru melahirkan anak dan menyembunyikan bayinya dalam sebuah beg galas.
Beg berisi bayi perempuan yang dilahirkan pukul 1 pagi pada 3 Julai itu kemudian diserahkan kepada rakan pelajar tersebut tanpa memaklumkan isi kandungannya.
Mayat bayi perempuan yang cukup sifat itu ditemui selepas doktor yang merawat pelajar tersebut menghubungi rakan terbabit dan memintanya membawa beg galas berkenaan pada 6 petang hari yang sama.
Polis menahan seorang remaja lelaki untuk membantu siasatan berhubung kes itu beberapa hari kemudian.
Bagaimanapun, siasatan awal mendapati remaja lelaki itu dan pelajar perempuan berkenaan bukan pasangan kekasih namun mereka dipercayai mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali pada tahun lepas. -- Bernama
PAKA - “Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan, seketika kemudian air keluar dari tangki sehingga melimpah di sekitar pagar berdekatan asrama sekolah.
Demikian kata Mohd Redzuan Zamri, 31, saksi kejadian tangki air pecah di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, tangki air Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paka yang terletak di atas menara setinggi kira-kira 10 meter itu pecah, menyebabkan air takungannya mencurah keluar sehingga kawasan berdekatan digenangi air.
Pagar asrama sepanjang kira-kira 10 meter juga turut runtuh, selain bumbung sebuah bangunan berdekatan mengalami kerosakan teruk terkena air yang jatuh dari tangki air terbabit.
Ketika kejadian, terdapat hampir 80 pelajar perempuan mendiami asrama tiga tingkat yang terletak kira-kira 50 meter dari menara menempatkan tangki air berkenaan, selain hampir 40 pelajar lelaki yang difahamkan sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat.
Menceritakan detik sebelum kejadian itu, Redzuan yang juga pengawal keselamatan di sekolah berkenaan berkata, ketika kejadian, dia sedang berada di pondok pengawal, beberapa meter dari menara tangki air terbabit.
Menurutnya, sebaik mendengar bunyi letupan, dia terus bergegas keluar untuk meninjau apa yang berlaku sebelum melihat air mencurah-curah keluar dari tangki yang pecah itu.
“Mula-mula saya terkejut juga, ingat apa yang meletup.
Rupa-rupanya tangki air pecah, nasib baik tiada pelajar yang cedera,” katanya.
Usaha Sinar Harian untuk mendapat ulasan pihak pengurusan sekolah bagaimanapun gagal apabila pengetua sekolah berkenaan tidak menjawab panggilan yang dibuat.
Kejadian itu merupakan tragedi runtuhan yang pertama sejak sekolah berkenaan beroperasi lebih lima tahun lalu.
Akibat kejadian itu, sebahagian besar penghuni asrama lelaki dan perempuan juga difahamkan terpaksa pulang ke rumah masing-masing kerana menghadapi masalah gangguan air.

Sumber - Sinar Harian Online

TERENGGANU HANELANG...

KUANTAN - Terengganu semakin hampir bergelar juara Sukan Malaysia ke-15 apabila mendahului selesa kontinjen lain pada hari kedua terakhir temasya dwi tahunan itu yang akan melabuhkan tirainya esok.
Setakat 11 malam tadi, Terengganu kini mengumpul 61 pingat emas, 24 perak dan 30 gangsa.
Dua daripada enam pingat emas kontinjen Terengganu hari ini diperoleh menerusi acara memanah iaitu Recurve berpasukan lelaki (pusingan Olimpik) dan Compound berpasukan wanita (pusingan Olimpik).
Atlet angkat berat Mohamad Norfarhan Ideris yang beraksi dalam kategori berat badan 105kg lelaki menyumbang dua pingat emas kepada Terengganu menerusi acara snatch dan clean & jerk.
Dua lagi pingat emas Terengganu disumbang Mohd Hafizuddin Hakim Mohd Zahari dalam acara tinju (kategori berat badan 44-46kg lelaki) dan skuad hoki wanita.
Tahniah kontinjen Terengganu....

Sumber - Sinar Harian Online