Selasa, 27 Mac 2012

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL PENEMPATAN DAN PENEMPATAN PERTUKARAN ZON TIMUR, KPM 2012

Mesyuarat penyelarasan teknikal tersebut telah diadakan di Hotel Permai, Kuala Terengganu pada 26 hingga 28 Mac 2012 yang diurusetiakan oleh BPSH, KPM. Jabatan pelajaran negeri yang terlibat adalah bagi zon timur yang melibatkan JPN Terengganu selaku tuan rumah, JPN Kelantan dan JPN Pahang. Peserta telah didedahkan oleh En. Zanol b. Awang berkaitan pelaksanaan eOperasi dan e-GTukar. Perincian mesyuarat adalah peranan guru, peranan PK1, peranan Pengetua dan Guru Besar, peranan Pejabat Pelajaran Daerah dan peranan Jabatan Pelajaran Negeri. 
Dalam proses pelaksanaan, satu mekanisme dan penambahbaikan dibuat untuk memastikan pelaksanaan tersebut berjalan dengan lancar. Akauntibiliti administrator di peringkat sekolah amat diharapkan agar sebarang proses permohonan penempatan dan pertukaran tersebut mempunyai keesahan yang tinggi.
Tarikh-tarikh penting yang perlu diambilkira ialah :

1.   1 Mac hingga 31 Mac 2012 - pengemaskinian dan pengesahan data melalui sistem    
       aplikasi  eOperasi oleh PK1 dan PGB
2.   1 hingga 30 April - permohonan pertukaran melalui sistem aplikasi e-GTukar.
3.   19 Mei 2012 - Keputusan LULUS atau TIDAK akan dikeluarkan.
4.   26 Mei 2012 - Keputusan penempatan DAERAH dan SEKOLAH akan dikeluarkan


Beberapa variable yang boleh diambil tindakan oleh guru manakala selebihnya sebarang pengemaskinian hanya boleh dilaksanakan oleh PK1 sahaja. 
Mesyuarat juga mencadangkan beberapa penambahbaikan pada sistem aplikasi tersebut dan akan diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa teknikal di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
En. Aidie b. Jantan, KPP, SPSM, BPSH memaklumkan bahawa sistem aplikasi atas talian yang dibina ini memberi manfaat besar dalam sistem pengurusan sama ada diperingkat KPM sehinggalah ke akar umbi. Oleh itu, sumber utama untuk menjayakan pelaksanaan tersebut adalah bermula dengan kesahihan data yang dikutip di peringkat sekolah. Beliau mohon semua pihak untuk memberi komitmen dalam memastikan keesahan data mencapai tahap yang terbaik.



Pelajar gagal SPM boleh ikuti kursus GiatMara

RAUB: Pusat GiatMara menawarkan kursus dan latihan kemahiran kepada pelajar yang gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. 


Pengerusi Pusat GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab Moin, berkata 36 jenis kursus jangka panjang dan pendek serta latihan untuk 20,000 orang dianjurkan tahun ini.


Katanya, kursus itu antaranya melibatkan bidang kimpalan, pertukangan, jurubina, mengecat, mekanik, elektrik, masakan, gunting rambut dan persolekan.
Shahiruddin berkata, negara memerlukan sekurang-kurangnya 3.2 juta pekerja mahir dan terlatih menjelang 2020. 

Katanya, peluang yang disediakan itu perlu dimanfaatkan kerana ia dapat menjamin masa depan belia daripada segi pendapatan. - BERNAMA 

Isnin, 26 Mac 2012

SeLamat Datang Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Ahad, 25 Mac 2012

Hebahan - APDM

Sebagai makluman terdapat beberapa maslah teknikal disebabkan server KPM telah beberapa kali cuba dicerobohi oleh pengodam-pengodam. Oleh itu pihak kami sedang berusaha meningkat keselamatan server serta proses mengstruktur semula kedudukan server agar perkara ini tidak berulang. Kerja-kerja ini menyebabkan Aplikasi Pangkalasn Data Murid (APDM) ini terpaksa ditutup sementara sehingga pagi Isnin (26 Mac 2012). Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang pihak tuan/puan hadapi. Perkara ini perlu dilakukan supaya kes-kes cobaan pengodam untuk memasuki APDM ini tidak berulang.

Justeru itu setelah dibincangkan kerja-kerja pengemaskinian Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua telah dilanjutkan ke 15 Mei 2012 supaya memberi ruang kepada guru-guru mengisi data-data tersebut tanpa tergesa-gesa serta dapat melaksanakan tugas harian seperti biasa. Namun begitu guru-guru perlu memastikan kerja-kerja pengemaskinian perlu diselesaikan jika ada aplikasi lain yang memerlukan data.

Terima kasih atas kerjasama dan keperihatinan tuan/puan tentang perkara ini.

Sumber - Administrator APDM

Surat Siaran KPM Bilangan 6 Tahun 2012

Kepada,
Semua Pengetua,
Sekolah Menengah Harian,
Negeri Terengganu

Tuan,

Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malasyia Bilangan 6 Tahun 2012

Syarat-syarat Belajar Semula (mengulang) Di Tingkatan Limaa (5) Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2012.

Merujuk kepada surat KP (BPSH_SPDK)201/005/02 Jld.3 (47) bertarikh 1 Mac 2012.

2.  Sehubungan dengan itu, mohon pihak tuan untuk memanjangkan makluman tersebut kepada murid-murid sekolah bantuan penuh kerajaan sama ada yang telah atau pun tidak menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malasyia (SPM) tahun 2011, memohon untuk belajar semula atau mengulang Tingkatan Lima (5) di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sesi persekolahn tahun 2012.

3. Untuk makluman lanjut, pihak tuan boleh mendapatkannya melalui sisipan Muat Turun fail Mengulang Tkt 5 2012.

Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012



Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012 boleh dibuat mulai 22 Mac 2012 (Khamis) melalui laman sesawang http://apps1.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/

Terengganu terus unggul

KUALA TERENGGANU 21 Mac - Terengganu meneruskan kecemerlangannya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan hari ini dengan mencatatkan peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) kepada 4.92 berbanding 5.03 tahun 2010 sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) 5.04.
Pencapaian itu turut menyaksikan rekod pencapaian terbaik dalam tempoh empat tahun seperti pencapaian dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011.
Prestasi keseluruhan calon menunjukkan peningkatan di segi GPN selain pencapaian keputusan Gred Cemerlang iaitu A+, A dan A- serta minimum C berbanding pencapaian tahun 2010.

Isnin, 19 Mac 2012

Permohonan Bagi Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 2/2012 Anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB)

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) akan menganjurkan Program Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan/National Profesional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) di bawah program Program Latihan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Akademik 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning. Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.

Sasaran peserta adalah kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Bahagian-Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pihak IAB akan mula membuka permohonan Program NPQEL Ambilan 2 Tahun 2012 melalui laman web rasmi IAB www.iab.edu.my mulai 15 Mac 2012 hingga 15 April 2012.

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan program ini bolehlah menghubungi terus Puan Nik Marini binti Nik Abdull Malik di talian 03-61056137/013-3611221/ nikmarini@iab.edu.my atau urus setia di talian 03-61056296.

Ahad, 18 Mac 2012

Taklimat Pencalonan SKK Sekolah Menengah 2012

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri melalui Unit Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah telah mengadakan taklimat berkaitan kepada Pengetua dan GPK, empat belas buah sekolah menengah yang dikenalpasti oleh PPD masing-masing. Taklimat berkenaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Alamanda,Jabatan Pelajaran Negeri. Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Zakariah bin Ali mempengerusikan taklimat berkaitan.

Selain Pengetua dan GPK sekolah terpilih, turut hadir ialah KPP Sektor Pengurusan Sekolah, Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, Pengerusi Majlis Pengetua Negeri Terengganu dan pegawai meja kluster menengah dan rendah. Taklimat pertama telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Projek Khas/SBP/Kluster mengenai konsep SKK, kreateria pencalonan dan persediaan. Sementara Penyelia Kanan Projek Khas / Asli/  Kluster menyampaikan taklimat mengenai konsep kebitaraan, pemilihan bidang kebitaraan, pengurusan kebitaraan serta folio pencalonan.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah yang baru sahaja membentang pencalonan SKK Rendah di KPM banyak berkongsi pengalaman terhadap keperluan sebenar persediaan terutama berkaitan persediaan slaid pembentangan. Menurut beliau semua aspek pembentangan adalah berfokus kepada kebitaran yang dipilih serta hubungkaitnya. Misalnya elemen inovasi mestilah inovasi yang berkaitan dengan bidang kebitaraan yang dipilih. Sumbangan kepada sekolah juga perlu dikaitkan dengan bidang kebitaraan yang dipilih. Beliau berharap semua calon SKK Menengah bersedia dengan sebaik mungkin.

Borang pencalonan dan panduan pencalonan boleh dimuatturun melalui link posting DI SINI

Sumber - Blog Unit Rendah JPNT

Khamis, 15 Mac 2012

Atasi guru kurang di SJKC, SJKT


KUALA LUMPUR 14 Mac – Kementerian Pelajaran tidak menghadapi masalah kekurangan guru di sekolah kebangsaan kecuali untuk subjek tertentu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi permasalahan di SJKC, punca utama berlakunya kekurangan adalah faktor bekalan guru berkelayakan untuk mengajar mata pelajaran bahasa Mandarin.
Menurut beliau, bagi menangani isu itu, kementerian telah melaksanakan beberapa langkah seperti menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Kekurangan Guru di SJKC.
‘‘Sehingga kini sebanyak dua mesyuarat telah diadakan untuk mendapatkan satu penyelesaian terbaik dalam waktu terdekat. Kita juga mencadangkan supaya guru opsyen Pengajian Cina di SJKC yang telah lama mengajar mata pelajaran lain lebih daripada lima tahun, contohnya Matematik dan Sains, diberikan latihan tambah opsyen melalui Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO).

Sumber - Utusan Malaysia Online

Rabu, 14 Mac 2012

 
PERMOHONAN UNTUK MENGULANG BELAJAR TINGKATAN 6 ATAS ( 2012 )

1. Calon perlulah mengisi Borang T6BUS ( yang boleh didapati di JPNT,PPD atau di Sekolah Pusat Ting 
    6 )untuk memohon memasuki Tingkatan Enam Atas di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan.

2. Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti
    berikut:
    i.   Keputusan peperiksaan SPM/STPM 2011;
    ii.  Sijil kelahiran;
    iii. Kad pengenalan/pasport; dan
    iv. Sijil-sijil persekolahan menengah.

3. Borang ini hendaklah dikembalikan ke Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu :
    Unit Sekolah Menengah,Sektor Pengurusan Sekolah

4. Tarikh tutup permohonan ialah tiga minggu selepas keputusan STPM 2011 diumumkan. Permohonan
    yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

5. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
    i.   Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2012;
    ii.  Memperoleh keputusan STPM 2011 bagi dua (2) mata pelajaran dengan keputusan (Gred C-, D+
        dan D) atau mendapat satu (1) mata pelajaran (Gred A, A -, B+, B, B -, C+ dan C) dan satu mata
        pelajaran (Gred C-, D+ dan D);
    iii. Masih berkesempatan untuk mendaftar diri bagi mengambil peperiksaan STPM 2012 sebagai calon
        sekolah;
    iv. Masih terdapat kekosongan tempat belajar di sekolah pusat Tingkatan Enam dalam negeri berkenaan;
        dan
    v. Mendapat sokongan dan persetujuan pengetua sekolah pusat Tingkatan Enam asal murid berdasarkan
        rekod disiplin murid.

6. Kelulusan akan diproses oleh Jabatan Pelajaran Negeri jika pemohon memenuhi SEMUA syarat di atas.

7. Sebarang kemusykilan, boleh menghubungi 09-6213032 untuk pertanyaan.


Sila ke aplikasi Muat Turun untuk 'download' Borang T6 BUS
Sukacita bersama-sama ini dilampirkan artikel tentang Sistem Pentaksiran Baharu STPM untuk tujuan memberi maklumat dan hebahan kepada orang ramai.

Slik klik di sini untuk pautan

Sumber - Portal Rasmi KPM

KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


Sumber - Portal Rasmi KPM

Isnin, 12 Mac 2012

Peruntukan RM500,000 Tingkat Kemahiran Bahasa Inggeris Dan Arab Pelajar Terengganu

KUALA TERENGGANU, 5 Mac (Bernama) -- Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) akan memperuntukkan sebanyak RM500,000 untuk program pengukuhan bahasa Inggeris dan Arab di kalangan pelajar sekolah di Terengganu.
Jumlah itu adalah peningkatan hampir 100 peratus berbanding RM470,000 yang dibelanjakan pada 2010 dan 2011, dengan masing-masing purata RM235,000 dibelanjakan dalam tempoh dua tahun lepas.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Datuk Mohd Fadzli Yusof berkata pihaknya menambah jumlah peruntukan pada tahun ini hasil perbincangan dengan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) untuk menjadikan pelajar Sekolah Menengah celik berbahasa selain dalam bahasa ibunda mereka.
"Kelemahan utama pelajar Terengganu adalah dalam pertuturan bahasa asing di mana mereka tidak mahir menulis dan berkomunikasi menggunakan dua bahasa utama itu.
"Kami berharap peruntukan yang besar ini akan dapat meningkatkan kemahiran pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih yakin dalam pertandingan yang bakal diadakan," katanya.

-- BERNAMA