Pusat Panggilan 1 Malaysia atau 1 Malaysia One Call Centre
(1MOCC) kini memasuki fasa dua dengan
penglibatan kesemua 25 kementerian mulai 15 Januari 2013. Fasa satu
1MOCC telah dilaksanakan secara perintis sejak November 2012 merangkumi Jabatan
Perdana Menteri, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan,
Perbadanan Putrajaya serta 21 agensi lain di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Pelancaran 1MOCC telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 12 November 2012. 1MOCC merupakan satu
projek National Flagship di bawah National Blue Ocean Strategy
(NBOS) bertujuan untuk memudah cara komunikasi orang awam dengan agensi
Kerajaan melalui konsep pusat panggilan setempat. 1MOCC membolehkan orang awam
untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai
agensi Kerajaan menggunakan satu nombor perhubungan tunggal,
03 8000 8000
Sumber - Portal Rasmi KPM