KUALA TERENGGANU, 5 Feb (Bernama) -- Guru yang mahu aktif dalam politik disaran meletak jawatan bagi mengelak fokus mereka terganggu sewaktu sesi pembelajaran, kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Husin.
Beliau berkata JPNT tidak pernah menghalang mana-mana guru yang mahu meletak jawatan kerana berhasrat menceburi politik secara serius kerana tindakan itu lebih sesuai untuk kepentingan pelajar dan sektor pendidikan negeri ini.
Bagaimanapun, katanya, secara umumnya di Terengganu tidak ramai guru yang mahu aktif dalam politik dan kalau ada pun sekadar memegang jawatan biasa di peringkat cawangan.
"Sehingga kini, JPNT ada menerima kurang 10 permohonan rasmi daripada guru yang meminta kebenaran untuk memegang jawatan dalam parti politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Refleksi Pendidikan bersama 500 guru di sini Selasa.
Beliau turut mengingatkan semua guru di Terengganu agar sentiasa menyokong dasar kerajaan dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
"Tidak sesuai jika kita sebagai penjawat awam tetapi menyokong pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa sahaja usaha dilakukan kerajaan," katanya.
Beliau berkata JPNT turut memantau prestasi semua guru di negeri ini agar mereka sentiasa memberi khidmat terbaik demi memastikan hasrat Terengganu menjadi negeri anjung ilmu tercapai.
Dalam perkembangan lain, Zakaria berkata Terengganu menerima 20 guru Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) pada tahun ini berbanding 17 pada tahun lalu yang diharap mampu meningkatkan penguasaan bahasa utama dunia itu di kalangan pelajar di negeri ini.
Namun, katanya, jumlah itu masih belum mencukupi dan kerajaan negeri akan mencari guru ETA dari negara lain selain Amerika, mungkin dari Australia.
-- BERNAMA
Selasa, 5 Februari 2013
PERMOHONAN PENGISIAN JAWATAN KOSONG DI SEKOLAH DALAM HOSPITAL
Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, DG44(KUP) dan DG48 (KUP) dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) N17 di Sekolah Dalam Hospital seperti lokasi berikut :-
- Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor
- Hospital Umum Sarawak, Sarawak
- Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, SabahCara Memohon
- Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan berikut :-
- Bagi PPPS dan PPM di Sekolah Rendah Harian Biasa dan Sekolah Menengah Harian Biasa, borang permohonan MESTI dikemukakan melalui Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
- Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Pengetua/Guru Besar kepada:
PENGARAH JABATAN PELAJARAN NEGERI- Sila tuliskan OPSYEN MATA PELAJARAN di sebelah atas kiri sampul surat permohonan (bagi permohonan jawatan PPPS sahaja).
- Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Februari 2013 .
CATATAN: Hanya calon-calon yang layak selepas disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Sumber - Portal Rasmi KPM
Isnin, 4 Februari 2013
Sekolah kurang murid digalak sertai Program G7
SEGAMAT - Kementerian Pelajaran menggalakkan sekolah-sekolah kurang murid supaya bergabung dan menyertai Program Gemilang 7 (G7) bagi meningkatkan pencapaian murid dalam pelbagai bidang.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pendekatan tersebut membolehkan sekolah-sekolah terbabit berkongsi pengalaman dan berbincang cara memperbaiki kelemahan yang dihadapi.
"Sejak gabungan sekolah kurang murid diperkenalkan, pencapaian murid di sekolah-sekolah terbabit amat memberangsangkan dan ada yang sudah terkeluar daripada kategori Sekolah Berprestasi Rendah atau kategori Band Enam atau Tujuh," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Secara Berkelompok Bagi Sekolah-sekolah G7 Sesi 2013 di Sekolah Kebangsaan Kemedak, Batu Anam, Segamat di sini, hari ini.
Sehingga kini, katanya, terdapat 2,071 sekolah kurang murid di seluruh negara dengan 1,318 daripadanya adalah sekolah kebangsaan dan selebihnya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Beliau berkata, kerajaan tidak akan menutup sekolah kurang murid walaupun murid mereka hanya hanya tinggal seorang sahaja.
Sementara itu, beliau berkata sekolah-sekolah band lima, enam dan tujuh di negeri Kedah dan Sabah akan menjadi tumpuan utama dalam Program Penambahbaikan Sekolah (SIP) untuk dilonjakkan kepada sekurang-kurangnya band empat tidak lama lagi.
Tumpuan diberikan kepada sekolah-sekolah di kedua buah negeri itu kerana mempunyai jumlah sekolah di tahap band lima, enam dan tujuh yang lebih tinggi daripada negeri-negeri lain. - Bernama
4 sekolah tidak serah bantuan persekolahan
BELURAN - Kementerian Pelajaran menerima laporan terdapat empat sekolah yang tidak menyerahkan bantuan khas awal persekolahan kepada pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, keempat-empat sekolah di semenanjung itu berbuat demikian bagi menggunakan wang itu untuk yuran aktiviti di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
"Sebaik menerima laporan itu, sekolah berkenaan dengan serta merta diarah menghentikan tindakan itu dan mengembalikan wang bantuan kepada ibu bapa pelajar.
"Kami mahu bantuan itu sampai kepada ibu bapa dan menggunakannya untuk pendidikan anak mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Membina Bangunan Asrama sekolah itu di Paitan, semalam.
Beliau berkata kementerian sempat menghentikan tindakan dua daripada sekolah itu yang mengeluarkan surat untuk mendapatkan persetujuan ibu bapa menggunakan wang bantuan itu bagi bayaran yuran PIBG manakala dua lagi sekolah diminta mengembalikan wang itu kepada ibu bapa.
Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa melaporkan kepada kementerian jika ada sekolah tidak menyerah atau memotong jumlah wang bantuan yang sepatutnya diberi kepada mereka. - Bernama

Menangani kes murid tanpa dokumen
Setiap kali bermulanya pembukaan sesi persekolahan baharu setiap tahun, Kementerian Pelajaran pasti berdepan senario pendaftaran murid tanpa dokumen sama ada di kalangan ibu bapa warga tempatan mahupun rakyat asing yang bermastautin di negara ini.
Namun begitu, menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Datuk Mazlan Mohamad, halangan itu tidak pernah dipandang ringan dan sentiasa diperbaiki pihaknya bagi memastikan kanak-kanak dan remaja di negara ini mendapat pendidikan sewajarnya, tanpa mengira agama, bangsa atau latar belakang keluarga.
Beliau memberitahu, terdapat banyak kategori berkaitan masalah pendaftaran murid atau pelajar dari peringkat prasekolah hingga tingkatan enam seperti ibu bapa warga tempatan yang tidak mempunyai dokumen yang mengesahkan kelahiran anak.
Sumber - Utusan Melayu (M) Bhd
APLIKASI KEMASKINI PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014
Sukacita dimaklumkan bahawa proses kemaskini maklumat bagi pelajar yang mengambil SPM tahun2012 yang telah membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 akan dibuka mulai 4 Februari 2013 sehingga 18 Februari 2013. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083/4036/4040 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my
Sila klik di sini untuk pautan berikut
Sumber - Portal Rasmi KPM
Ahad, 3 Februari 2013
Agihan Bantuan Persekolahan selesai
Proses agihan Bantuan Persekolahan RM100 kepada kesemua 246,922 pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh negeri ini yang bermula 15 Januari lalu sudah selesai sepenuhnya pada 31 Disember.
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Encik Zakaria Hussin berkata, pihaknya berjaya dapat meyelesaikan agihan dalam tempoh singkat iaitu lebih awal daripada jadual asal 15 Februari depan.
Daripada kesemua jumlah pelajar berkenaan, 135,005 adalah murid sekolah rendah manakala bakinya iaitu 111,917 pelajar sekolah menengah di seluruh Terengganu.
Menurut beliau, pihaknya menyerahkan kepada setiap Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk memastikan kelancaran proses penyerahan bantuan itu kepada pelajar di daerah masing-masing.

"Penyerahan ini (bantuan khas RM100) mula dilakukan pada 15 Januari lalu dan kita jangka semua pelajar sekolah menengah dan rendah di negeri ini akan menerima wang bantuan tersebut penghujung bulan ini.
"Kita serahkan kepada PPD untuk selaraskan penyerahan bantuan khas ini sama ada di peringkat Parlimen atau DUN (Dewan Undangan Negeri)," katanya..
Encik Zakaria berkata, proses penyerahan bantuan RM100 itu juga dillangsungkan di sekolah-sekolah terpilih sama ada secara gabungan atau pun sendiri-sendiri.

Sumber - Teganukita
Penyertaan 80,000 warga Terengganu meriahkan My Beautiful Malaysia
Kira-kira 80,000 penduduk Terengganu memeriahkan sambutan `My Beautiful Malaysia’ di lima lokasi tumpuan di seluruh negeri, bermula jam 8.30 pagi tadi.
Program yang tamat empat jam kemudian melibatkan lima pusat pelancongan iaitu Pantai Batu Buruk, Lagun Kuala Ibai dan Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu; Pengkalan Gawi, Hulu Terenganu serta Pantai Rhu Sepuluh, Setiu.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata penyertaan kira-kira 80,000 penduduk membuktikan pengajuran program itu berjaya mencapai sasaran, selain mewujudkan semangat kesukarelawan di kalangan pelbagai lapisan masyarakat bagi memastikan persekitaran bersih dan indah.
“Terima kasih kepada warga Terengganu yang turut sama meraikan program `My Beautiful Malaysia’ yang dilancarkan serentak oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di bawah Program Sukarelawan Belia (1Malaysia Untuk Belia) pada tahun ini.
“Setiap negeri perlu sekurang-kurangnya melibatkan 50,000 peserta dan Terengganu sendiri dianggarkan lebih 80,000 turut sama menyertai majlis ini yang menunjukkan satu kejayaan besar menerusi pembabitan semua pihak bagi membersihkan semua kawasan yang dikenalpasti,” katanya di sidang media selepas melancarkan program itu, di Dataran Batu Burok.
Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek;Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Toh Chin Yaw dan pegawai kanan kerajaan negeri dan Pusat.
Dato’ Seri Haji Ahmad sebelum itu menyertai acara senam 1Malaysia, menanam pokok dan membersihkan persekitaran pantai.
Menteri Besar berkata, kebersihan menjadi indikator utama bagi menarik kedatangan pelancong ke Terengganu selaras dengan sambutan Tahun Melawat Terengganu tahun ini yang mensasarkan kehadiran empat juta pelancong dari dalam dan luar Terengganu.
Katanya, kerajaan negeri bukan sahaja memperuntukkan perbelanjaan yang besar bagi tujuan mengindah dan membersih seluruh kawasan perbandaran dan juga tumpuan pelancong, malah menggalakkan pembabitan seluruh masyarakat dengan menganjurkan pelbagai program dan kempen kebersihan.
“Kerajaan negeri juga membelanjakan sejumlah RM20 juta setahun bagi menjalankan kerja pembersihan kawasan longkang, memotong rumput dan jalan di seluruh Terengganu yang disalurkan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing.
“Bagaimanapun, tahap kesedaran masyarakat masih rendah dan kerajaan berharap mulai hari ini, semua pihak saling bekerjasama dalam usaha memastikan tempat awam dan juga persekitaran sentiasa terjaga serta bersih dengan memastikan semua sampah di buang di tempat sepatutnya,” katanya.
Sumber - Teganukita
Perkhemahan Maulidur Rasul pengakap
KUALA TERENGGANU 31 Jan. - Kira-kira 3,000 pengakap dari seluruh negara akan menyertai Perkhemahan Maulidur Rasul Pengakap Peringkat Kebangsaan 2013 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail dekat sini selama tiga hari mulai esok.
Program yang pertama kali diadakan itu bertujuan mendekatkan ahli-ahli dengan program bercorak keagamaan dan menyemarakkan perayaan menyambut ulang tahun kelahiran Rasulullah.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, program itu dapat memupuk komitmen tinggi dalam kalangan pemimpin dan ahli pengakap bagi menyokong sebarang aktiviti keagamaan yang boleh mendorong kepada perpaduan ummah.
"Pada masa yang sama, program itu juga bertujuan memberi pendedahan kepada mereka betapa perlunya kita menyokong usaha bagi memantapkan kerohanian dan mentaati Rasul serta pemimpin," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Katanya, pengisian perkhemahan tersebut termasuk pengurusan jenazah, amalan selawat, kursus dan aktiviti penyembelihan ternakan dan riadah.
"Kursus berkenaan akan dijalankan sepanjang program tersebut mengikut masa yang ditetapkan dan akan dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu serta mereka yang pakar dalam bidang berkenaan," katanya.
Kemuncak bagi program itu ialah Ceramah Maulidur Rasul yang akan diadakan di kem berkenaan pada malam 2 Februari dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan untuk berangkat ke majlis berkenaan.
Sumber - Utusan Melayu (M) Bhd
BH bantu promosi pendidikan negara
Kuala Terengganu: Kerajaan Terengganu menyifatkan Pesta Pendidikan BH - Eksplorasi DMS (Didik, Minda dan Skor) sebagai sumbangan besar akhbar ini dalam memperkasakan sektor pendidikan negara.
Menerusi program itu, BH secara tidak langsung membantu mempromosi Terengganu sebagai Negeri Anjung Ilmu dan membuka minda rakyat negeri ini supaya memberi perhatian serius kepada perkembangan pendidikan.
Sedia bekerjasama dengan BH
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan BH menganjurkan program berkaitan pendidikan seperti pesta terbabit.
“Menerusi program ini, BH turut membantu mempromosi kepentingan pendidikan yang juga agenda utama kerajaan negeri. BH juga institusi penyebar maklumat membantu memastikan kejayaan pendidikan negara yang menjadi agenda utama kerajaan, masyarakat dan sekolah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan program berkenaan di SMK Ibrahim Fikri, Kampung Bukit Tok Beng, di sini semalam. Hadir sama Pengarang Eksekutif BH (Rencana), Zainor Said; Ketua Unit Pembangunan Perniagaan Jabatan Pengedaran NSTP, Salmah Hanim Hares dan Pengurus Jualan NSTP Wilayah Timur, Hasruddin Hashim.
Majlis yang turut dihadiri Pengurus Jualan NSTP Terengganu, Ozali Osman dan Pengetua SMK Ibrahim Fikri, Abdullah Mamat, dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,500 pelajar dari 10 sekolah menengah dan 10 sekolah rendah dari sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir bersama ibu bapa mereka.
Sumber - Berita Harian

'Sekolah Kita' menceriakan kanak-kanak
KUALA TERENGGANU 1 Feb. - 'Sekolah Kita' yang merupakan kelas pembelajaran di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini sejak 2004 telah memberi manfaat besar kepada pesakit kanak-kanak yang terpaksa meninggalkan persekolahan kerana menerima rawatan.
Program dengan kerjasama syarikat ExxonMobil itu bagi memastikan pelajaran kanak-kanak tidak terabai dan telah diperluaskan ke Hospital Kemaman pada tahun lalu dan akan terus dipertingkatkan kemudahan jika keadaan memerlukan.
Pengurus Hal Ehwal Awam dan Hubungan Kerajaan ExxonMobil Subsidiari, ExxonMobil Malaysia, Farid Jaafar berkata, pihaknya menyediakan dana bagi menggerakkan kelas itu yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk komputer dan bahan bacaan di samping suasana yang menceriakan.
"Ini merupakan salah satu program di bawah tanggungjawab sosial korporat kami dan ExxonMobil memperuntukkan kira-kira RM1 juta bagi melaksanakan pelbagai program kecemerlangan pendidikan dan modal insan di negeri ini setiap tahun," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena lawatan Pengerusi Subsidiari ExxonMobil Malaysia, J. Hunter Farris ke 'Sekolah Kita' di sini, semalam bagi meninjau perkembangannya setelah dinaik taraf.
'Sekolah Kita' memberi peluang kepada pesakit kronik dan talasemia di wad pediatrik yang menerima rawatan panjang atau pesakit yang kerap menerima rawatan harian.
PEMBERITAHUAN
PEMBERITAHUAN BERHUBUNG SURAT PALSU DARI SYARIKAT STRATEGI A SDN. BHD.
Sumber - Portal Rasmi KPM
IKLAN PROMOSI PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS
DILAMPIRKAN ADALAH OBJEKTIF PROMOSI PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS SARINGAN PERINGKAT PERTAMA
Sumber - Portal Rasmi KPM
Sumber - Portal Rasmi KPM
Langgan:
Catatan (Atom)