Khamis, 24 Mei 2012

Pendidik Diminta Utamakan Tugas Dari Kegiatan Peribadi


KUALA TERENGGANU, 21 Mei (Bernama) -- Para pendidik diminta mengutamakan tugas mereka mendidik pelajar dari mementingkan kegiatan peribadi demi menjamin generasi masa depan mendapat ilmu secukupnya.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata sehubungan itu para pendidik diharap mengambil inisiatif mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) kepada pelajar sekolah.
"Tugas menjadi pendidik sememangnya susah. Kini kita bukan saja perlukan guru cemerlang dan berwibawa tapi kualiti dari segi kaedah pengajaran juga diperlukan supaya pelajaran dalam kelas itu menarik.
"Guru merupakan sumber mengenal ilmu kepada anak bangsa dan tugas ini perlu dipikul dengan amanah," katanya ketika berucap ketika merasmikan majlis Sambutan Hari Guru ke-41 peringkat negeri Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini pada Isnin.
Dalam majlis tersebut, seramai 3,000 para guru dan pegawai hadir mewakili sekolah dari setiap daerah dalam negeri ini.

Sumber - Bernama