Ahad, 8 Januari 2012
Pemantauan di SMK Jerangau
5 Januari 2012 - Pemantauan awal persekolahan sesi 2012 telah berjaya dilaksanakan di SMK Jerangau. Secara keseluruhannya, pihak pengurusan sekolah telah bersiap sedia menghadapi sesi persekolahan tersebut. Kesemua touch point YAB Menteri Pelajaran telah berjaya dipatuhi. Walaupun keadaan geografi sekolah yang luas, pihak pengurusan berjaya memanfaat keseluruhan kawasan tersebut. Pelbagai bilik khas, sudut dan ruang-ruang tertentu direka khas untuk kemudahan murid di sekolah tersebut. Tahniah diucapkan.