Isnin, 9 Januari 2012

Mesyuarat Kemasukan Tingkatan Empat dan Rayuan Tingkatan Satu Sesi 2012

9 Januari 2012, Rumah Tamu - Mesyuarat Kemasukan Tingkatan Empat dan Semakan Rayuan Tingkatan Satu telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran semua ahli mesyuarat yang terdiri daripada Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Pengetua SMK Lembah Bidong dan SMK Mak Lagam, KU Unit Rendah, KU Perhubungan & Pendaftaran PP Projek Khas/SBP/SKK, PP Pengurusan Murid, PK Pengurusan Murid, Penyelia ICT, dan 7 orang Pegawai Khas Pengurusan Murid bagi semua Pejabat Pelajaran Daerah. Dalam ucapan aluan tuan pengerusi, beliau memohon ahli mesyuarat untuk meneliti permohonan murid kerana legasi kecemerlangan sekolah perlu diambilkira dengan kemampuan murid tersebut.
Sejumlah 398 orang memohon rayuan ke Tingkatan Satu dengan pecahan seramai 165 orang memohon ke SMK Lembah Bidong, 212 orang ke SMK Mak Lagam dan 21 orang tiada ketetapn sekolah pilihan.
Mesyurat telah memutuskan bahawa pemohon boleh menyemak tawaran mereka sama ada lulus atau tidak bermula jam 12 tengah hari pada 11 Januari 2012 (Rabu) melalui pautan http://www.moe.gov.my/jpnterengganu/semakt1/   (untuk semakan Tingkatan 1) dan http://www.moe.gov.my/jpnterengganu/semakt4/ (untuk tawaran Tingkatan 4). Pemohon yang berjaya boleh mencetak terus surat tawaran dan borang-borang yang berkaitan melalui laman web tersebut. Pendaftaran untuk rayuan Tngkatan 1 dan tawaran Tingkatan 4 akan dilaksanakan pada 14 Januari 2012 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi di sekolah yang ditempatkan.