Ahad, 24 Jun 2012
Rumusan kajian semula pendidikan diumum dua bulan lagi
KOTA BHARU 23 Jun - Jawatankuasa Kajian Semula Pendidikan dijangka selesai membuat kajian ke arah penambahbaikan mutu pendidikan negara dalam tempoh dua bulan lagi, kata Pengerusi Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) 2012, Tan Sri Dr Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin.
Katanya, kajian itu akan mula dilakukan selepas anggota panel yang dilantik menganggotai DNPN itu selesai menjelajah ke seluruh negara bagi mengumpul cadangan daripada orang ramai.
"Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 ini dijangka selesai membuat penjelajahan ke seluruh negara pada 14 Julai ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup dialog tersebut peringkat negeri Kelantan di sini hari ini. - BERNAMA