Selasa, 8 Januari 2013
Tandas sekolah diberi penarafan
Mulai tahun ini, Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperkenalkan Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah dalam usaha mengamalkan budaya tandas sekolah bersih terutama kepada golongan pelajar.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, usaha itu bakal digerakkan melalui penyebaran poster berkaitan amalan dan budaya kebersihan tandas bersih termasuk buku Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah di semua sekolah bermula bulan ini.
"Usaha berkenaan bagi mempergiat amalan menjaga kebersihan dalam kalangan murid dan diharapkan melalui golongan ini, amalan itu dapat diperhebatkan kepada masyarakat secara menyeluruh," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya, baru-baru ini.
Selain itu, beliau memberitahu, tahap kebersihan kantin dan dapur sekolah di seluruh negara semakin baik apabila 98.8 peratus daripada 8,321 kantin sekolah didapati bersih dengan markah 70 peratus ke atas melalui Penggredan Kantin Sekolah dan Dapur Asrama Sekolah yang dijalankan pada tahun 2012.
7 fokus untuk berjaya
Putrajaya: Penjawat awam diminta memberi tumpuan kepada tujuh keutamaan bagi memastikan Bajet 2013 dilaksanakan dengan cekap dan lancar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata walaupun negara mengecapi pelbagai kejayaan membanggakan dan diiktiraf dunia, penjawat awam tidak boleh leka atau rasa selesa, malah perlu melipat ganda usaha menjadikan tahun ini lebih berjaya dan cemerlang.
Beliau berkata, ini selaras hala tuju agenda transformasi negara yang harus memberi kesan dan kepuasan kepada rakyat serta menepati tema bajet iaitu. Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati.
Tujuh tumpuan utama itu ialah;
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata walaupun negara mengecapi pelbagai kejayaan membanggakan dan diiktiraf dunia, penjawat awam tidak boleh leka atau rasa selesa, malah perlu melipat ganda usaha menjadikan tahun ini lebih berjaya dan cemerlang.
Beliau berkata, ini selaras hala tuju agenda transformasi negara yang harus memberi kesan dan kepuasan kepada rakyat serta menepati tema bajet iaitu. Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati.
Tujuh tumpuan utama itu ialah;
- Memastikan perpaduan dan jati diri nasional diperkukuhkan.
- Melaksanakan Bajet 2013 dengan lancar mengikut jadual.
- Agenda GTP beri kesan dan kepuasan kepada rakyat selain suntikan pertumbuhan ekonomi negara.
- Penambahan hasil kekayaan negara diagih secara adil dan saksama kepada rakyat.
- Program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dilaksana sepenuhnya.
- Perkhidmatan cepat, tepat dan berintegriti selain pemikiran kreatif lagi inovatif.
- KPI menteri dan kementerian perlu dicapai sepenuhnya.
Ahad, 6 Januari 2013
Kaunter Satelit
Kaunter Permohonan Pertukaran dan Penempatan Murid Sekolah Menengah
Tempat : Lobi Jabatan Pelajaran Terengganu
Masa Operasi : 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Jenis Proses Permohonan Yang Diuruskan :
1. Pertukaran Antara Negeri (P.U 275A)
2. Pertukaran Antara Daerah (P.U 275A)
3. Rayuan Bersekolah Semula (ASBS) - sekolah persendirian, SAR,berhenti sekolah ke SMK
4. Pertukaran Murid SM Vokasional, MRSM,SMKA, SABK ke Sekolah Menengah Harian
Home Schooling
PENGECUALIAN DARIPADA MENGIKUTI PENDIDIKAN WAJIB (HOME SCHOOLING)
| 1. | PENYATAAN DASAR |
| Home Schooling adalah merupakan satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada ibu bapa yang memerlukannya seperti mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga. Namun demikian ianya hanyalah satu keistemewaan dan bukannya hak. Persekolahan biasa adalah diutamakan kepada kanak-kanak kerana ianya merupakan satu cara untuk kanak-kanak dapat berinteraksi di antara satu sama lain. | |
| 2. | TUJUAN |
| 2.1 | Memberi peluang kepada kanak-kanak yang menhadapi masalah kesihatan yang kronik dan memerlukam penjagaan yang rapi oleh ibu bapa untuk mendapat pendidikan formal di rumah. |
| 2.2 | Memastikan tidak berlaku keciciran kepada kanak-kanak untuk memperolehi pendidikan wajib seperti dalam Akta Pendidikan 1996. |
| 2.3 | Mendidik ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyekolahkan anak. |
| 3. | PELAKSANAAN DASAR |
| 3.1 | Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 |
| Subseksyen 29A (2) Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 memperuntukkan Menteri boleh, "Jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian", melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid yang dikehendaki supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya dan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu. | |
| 3.2 | Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002. |
| 3.3 | Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun 2003. |
| 4. | KAEDAH PELAKSANAAN |
| 4.1 | Permohonan Home Schooling boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh negara menggunakan borang yang telah disediakan. Permohonan ini akan di hantar ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang berkaitan untuk diproses dan diberikan kelulusan khas. Setakat ini hanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga adalah diutamakan untuk tujuan kelulusan. Semua syarat-syarat untuk tujuan permohonan ini ada dinyatakan di dalam borang yang boleh didapati secara percuma di semua Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh Negara. |
| 4.2 | Kes permohonan pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib dan menjalankan persekolahan di rumah (Home Schooling) dirujuk kepada KPPM untuk mendapat ulasan dan kemudiannya diangkat kepada YB Menteri Pendidikan untuk mendapatkan keputusan. |
| 4.3 | Secara amnya syarat tersebut adalah seperti berikut: |
| 4.3.1 | Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia |
| 4.3.2 | Pemohon mestilah memiliki kelulusan ikthisas perguruan |
| 4.3.3 | Salah seorang ibu bapa mestilah berkesanggupan untuk menjadi pengajar kepada kanak-kanak tersebut secara sepenuh masa di rumah |
| 4.3.4 | Adalah diwajibkan untuk menggunakan kurikulum kebangsaan |
| 4.3.5 | Berkemampuan untuk menyediakan prasrana pendidikan yang kondusif dan sempurna untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran |
| 4.3.6 | Lawatan ke rumah pemohon akan dibuat untuk tujuan lawatan tapak kesesuaian prasarana pendidikan oleh pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah |
| 4.3.7 | Pemohon membenarkan Pegawai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk melawat rumah pada bila-bila masa hari persekolahan untuk tujuan pemantauan proses Pengajaran & Pembelajaran tanpa prasangka. |
| 4.3.8 | Kanak-kanak yang menjalankan Home Schooling tidak dibenarkan sama sekali untuk menghadiri mana-mana persekolahan secara tiusyen harian sama ada swasta atau kerajaan |
| 4.3.9 | Sekiranya didapati pemohon melanggar syarat-syarat yang terkandung dalam kelulusan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhak untuk membatalkan kelulusan tersebut dengan serta merta dan kanak-kanak tersebut hendaklah didaftarkan semula ke sekolah biasa dengan segera. |
| 5. | TARIKH KUATKUASA |
| 5.1 | Kertas "Kriteria Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah" telah diluluskan oleh YB Menteri Pendidikan pada 28 Jun 2003 dan tugas memproses permohonan pengecualian telah dilaksanakan mulai daripada tarikh tersebut. |
BANTUAN:-
- Biasiswa Kecil - Pakaian Seragam Sekolah Sumber - Portal Rasmi KPM | |
Laluan Kerjaya
Laluan Kerjaya PPPS dan PPPLD di KPM
Sila klik di sini untuk maklumat selanjutnya
Sumber - Portal Rasmi KPM
Sila klik di sini untuk maklumat selanjutnya
Sumber - Portal Rasmi KPM
KURSUS PRAPERKHIDMATAN
Kursus praperkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah. Program ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara program yang ditawarkan ialah:
| i | Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) : KPLI - SR , KPLI - j-QAF | |
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) : KPLI - SR , KPLI - j-QAF
Sila klik di sini untuk maklumat selanjutnya
Sumber - Portal Rasmi KPM
DILEMA GURU SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI TERENGGANU
Utusan Malaysia bertarikh 27 September 2012 –
| Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Dilema, Terengganu” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27 September 2012 – Dilema guru Sekolah Menengah Agama negeri Terengganu. Merujuk kepada kenyataan pengadu berkaitan diberi jaminan tidak akan ditukarkan tanpa persetujuan, dimaklumkan berdasarkan kepada memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani, KPM bersetuju menerima semua guru dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) yang sedang berkhidmat di sekolah walaupun bilangannya adalah melebihi perjawatan yang disediakan. Dalam MoU berkenaan, persetujuan antara KPM dengan guru perlu diperolehi lebih awal hanya untuk pertukaran antara negeri sahaja. Sehubungan itu, setelah mengambil kira keperluan perjawatan di setiap sekolah, pergerakan guru (redeployment) perlu dilaksanakan bagi memastikan operasi di sekolah dapat berjalan dengan lancar dan matapelajaran diajar oleh guru mengikut opsyen. Contohnya terdapat keperluan guru bagi matapelajaran akademik selain daripada matapelajaran agama dan atas dasar tersebut, guru berkenaan perlu ditempatkan di sekolah-sekolah yang sangat memerlukan khidmat beliau. Pengisian ini juga bagi memastikan prestasi akademik di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah seiring dengan arus perdana. Merujuk kepada kenyataan pengadu berkaitan pelarasan gaji dan kenaikan pangkat yang dijanjikan, dimaklumkan bagi urusan pelarasan gaji yang masih tertunggak, Bahagian Pendidikan Islam (BP)I telah mengambil langkah dengan mengadakan Task-Force Kew-8 bagi Negeri Terengganu bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Marang pada 10 hingga 13 September 2012 yang lalu. Kesemua pembantu tadbir SABK Terengganu terlibat sepanjang task-force ini berlangsung dan hampir 60% kes-kes tertunggak telah berjaya diselesaikan. Program task-force ini dilihat sebagai platform pembelajaran dan penambahbaikan secara terus di antara BPI dan pembantu tadbir sekolah SABK dalam mengenalpasti kesilapan yang sering dilakukan dan perlu ditambah baik. Manakala bagi urusan kenaikan pangkat, ianya tertakluk kepada prosedur dan pekeliling sedia ada yang sedang berkuatkuasa. Sehubungan dengan itu, semua guru akan mendapat peluang yang sama rata untuk kenaikan pangkat. Merujuk kepada kenyataan pengadu berkaitan pihak sekolah terpaksa mengikut program yang dianjurkan oleh JPN dan PPD, dimaklumkan peluang sebegini seharusnya dilihat secara positif dalam meningkatkan jati diri, prestasi profesionalisme keguruan dan kerjaya untuk terus maju pada masa akan datang. Tanggungjawab ini merupakan amanah sebagai seorang pendidik untuk menjana modal insan yang seimbang dan bukannya sebagai bebanan dalam tugasan harian. UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Sumber - Portal Rasmi KPM |
Pelaksanaan BISP
SURAT MAKLUMAN STATUS PELAKSANAAN PEMBERIAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN (BISP)
Sila klik Surat Makluman Status di sini untuk muat turun
Sila klik Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2003 di sini untuk muat turun
Sumber - Portal Rasmi KPM
Sila klik Surat Makluman Status di sini untuk muat turun
Sila klik Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2003 di sini untuk muat turun
Sumber - Portal Rasmi KPM
Khamis, 3 Januari 2013
Pengemaskinian Data APDM 2013
Makluman Kepada Semua Administrator APDM Sekolah
Semua murid telah naik tahun / tingkatan secara automatik oleh sistem APDM. Guru kelas hanya perlu kemaskini kelas murid (sekiranya berubah).
Administrator APDM sekolah perlu terlebih dahulu melantik semula semua guru kelas (JANGAN PADAM KELAS!!) dan pembantu tadbir (PT) untuk sesi persekolahan 2013 berserta MBMMBI dan sesi pagi / petang kelas tersebut.
Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 15 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid.
Mulai 1 Januari 2013, Murid-murid tahun 1 dan tingkatan 1 yang telah mendaftar menggunakan edaftar rendah dan edaftar menengah APDM hanya perlu dikemaskini kelas oleh Administrator APDM sekolah. Guru kelas hanya perlu mendaftar murid baru yang tiada dalam senarai.
Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan
Sumber - Laman Sesewang Aplikasi Pangkalan Data Murid
e-Rayuan SBP TIngkatan Satu 2013
Untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan Satu (1) tahun 2013, sila layari portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sila klik di sini untuk e-Rayuan
Surat Siaran Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013
Kepada semua pengetua dan guru besar,
Sekolah-sekolah negeri Terengganu
SURAT SIARAN DAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 BAGI TAHUN 2013
Untuk muat turun, sila klik di sini
Sumber - Portal Rasmi KPM
Sekolah-sekolah negeri Terengganu
SURAT SIARAN DAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 BAGI TAHUN 2013
Untuk muat turun, sila klik di sini
Sumber - Portal Rasmi KPM
Garis Panduan Pengurusan Kewangan
Kepada semua pengetua dan guru besar,
Sekolah-sekolah negeri Terengganu
Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012 - Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Murid
Untuk muat turun, sila klik di sini
Sumber - Portal Rasmi KPM
Sekolah-sekolah negeri Terengganu
Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012 - Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Murid
Untuk muat turun, sila klik di sini
Sumber - Portal Rasmi KPM
Surat Siaran Terkini 2013
Kepada semua pengetua dan guru besar,
Surat Siaran - Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Murid
Untuk muat turun sila klik di sini
Sumber - Portal Rasmi KPM
Sekolah-sekolah negeri Terengganu
Untuk muat turun sila klik di sini
Sumber - Portal Rasmi KPM
Langgan:
Catatan (Atom)





