Khamis, 24 Mei 2012

Kursus Diploma Perguruan Malaysia Kursus Dalam Cuti (KDPM-KDC-SABK) dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Kursus Dalam Cuti (KPLI-KDC-SABK)

Adalah dimaklumkan bahawa KDPM-KDC-SABK dan KPLI-KDC-SABK Ambilan Jun 2012 untuk Guru-guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang dilantik secara kontrak di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh Mendaftar : 4 Jun 2012
Masa Mendaftar   : 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempoh Kursus   : 18 Bulan
Mod Kursus          : Kursus Dalam Cuti (KDC)
Sila hubungi Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing untuk semakan nama dan tempat kursus yang ditawarkan

1.   JPN Perlis (En.Ahmad Nordin bin Awang)
2.   JPN Kedah (En. Nazri bin Hamid)
3.   JPN Pulau Pinang (En.Suhaimi Osman)
4.   JPN Perak (En. Wan Salahuddin)
5.   JPN Selangor (En. Abd Najeh bin Asmuin)
6.   JPN Negeri Sembilan (En. Adnan bin Abdul Hamid)
7.   JPN Melaka (En. Ridzuan)
8.   JPN Pahang (En. Hasdan bin Hasan)
9.   JPN Kelantan (En. Azlisham)
10. JPN Johor (En. Lokmanulhakim)
11. JPN Terengganu (En. Awang bin Sulong)
12. JPN Sarawak (Puan Julia)
13. JPN Sabah (En. Suffian Jasmani@ Amran)
14. JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (En. Suhaimi bin Mustafa)
 
 
Sumber - Portal Rasmi KPM

Makluman Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Secara KUP

KAEDAH PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA DI KPM

 
Sumber - Portal Rasmi KPM

Ahad, 20 Mei 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT

Kepada semua guru, sila klik di sini untuk pautan berikut

Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu

Rabu, 16 Mei 2012

Makluman Kepada Semua

Pengemaskinian Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan pada 15 Mac 2012 sehingga 15 Mei 2012 kerana data ini akan digunakan untuk sistem bantuan dan biasiswa. Untuk pengemaskinian maklumat pelajar dan Info Ibubapa/ Penjaga, bagi pelajar tingkatan 6 dilanjutkan sehingga 4 Jun 2012. Pengemaskinian Prasekolah tidak perlu dilakukan pada aplikasi ini disebabkan pelajar-pelajar tersebut telah didaftarkan pada Aplikasi SMPK.

Pentadbir sekolah (administrator APDM) dikehendaki memastikan bilangan pelajar mengikut Darjah/Tingkatan dan Kelas adalah betul dan terkini. Setelah data tersebut tepat, urusan mengimport data APDM oleh SAPS dan SPPBS boleh dilakukan.


Sumber - Portal Rasmi KPM

Selamat Hari Guru - Terima kasih cikgu

MARI kita hentikan sebentar isu Bersih 3.0 atau kemelut politik yang sedang rancak sekarang ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Jika saya bertanya kepada anda bolehkah namakan 10 orang guru yang pernah mengajar anda semasa belajar di peringkat pra sekolah hingga tamat sekolah menengah?
Sekiranya anda boleh memberikan nama penuh ke semua orang guru itu dan dapat membayangkan wajah mereka di minda maka anda dikira terdiri daripada kategori orang cemerlang.
Tetapi andai kata tidak seorangpun nama guru yang diingati dan tidak terbayang langsung wajah mereka maka anda bolehlah digolongkan dalam kumpulan lemah memori atau golongan kurang cerdik kerana tidak prihatin terhadap orang yang pernah mendidik dan tidak jemu-jemu menyampaikan ilmu pengetahuan.
Tidak dapat dinafikan bahawa gurulah di antara orang yang banyak berjasa kepada kita semua. Tanpa mereka mungkin hari ini kita tidak pandai membaca, menulis atau mengira. Kerana merekalah minda kita terbuka dan keluar dari kepompong dengan melihat jendela dunia dari sudut yang lebih luas.

Sumber - Utusan Malaysia Online

'Budayakan Guru Penyayang'

KUALA KANGSAR 15 Mei - Semua sekolah di negara ini disaran membudayakan program 'Guru Penyayang' bagi menyemai sifat semulajadi dalam kalangan para pendidik selain meningkatkan motivasi para pelajar untuk ke sekolah.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, program yang bermula sejak Mac lalu itu dilaksanakan di kira-kira 70 peratus daripada 10,000 sekolah di seluruh negara.
"Berdasarkan kajian Indeks Persepsi Murid (IPM) yang telah kita jalankan sejak program ini dilancarkan beberapa bulan lalu, kira-kira 50.8 peratus murid menganggap guru mereka sebagai penyayang, 46.6 peratus pula sederhana dan 3.6 peratus lagi kurang penyayang.

Sumber - Utusan Malaysia Online

Semakan Penempatan PPPS Sekolah Menengah


SELAMAT HARI GURU

Selasa, 8 Mei 2012

Rabu, 2 Mei 2012

Pelajar ke Tingkatan 6, matrikulasi dan IPT dikecualikan sertai PLKN

KUALA LUMPUR - Pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam, matrikulasi, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS dibenarkan menangguh untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata keputusan itu dibuat dengan persetujuan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran, dengan pelatih dibenarkan menyertai PLKN selepas tamat pengajian.
Persetujuan juga dicapai untuk menetapkan had umur maksimum 35 tahun untuk peserta menyertai program itu, katanya kepada pemberita selepas melancarkan pergerakan pelatih-pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 9 di Padang Bangunan Zetro, Wangsa Maju, di sini hari ini.
Program 2 Siri 9/2012 PLKN yang bermula hari ini melibatkan pergerakan 53,348 pelatih di seluruh negara dengan menaiki 906 buah bas, 46 penerbangan dan sembilan buah feri untuk tempoh tiga hari ini.
Pergerakan hari ini melibatkan seramai 19,300 orang dengan menaiki 324 buah bas, 29 penerbangan dan sebuah feri.
"Penangguhan ini bagi membantu ibu bapa supaya tidak perlu mengambil anak mereka yang menyertai latihan ini untuk melanjutkan pelajaran dan akan menghantar anak mereka untuk menyertai latihan ini kembali setelah tamat pengajian," katanya.
Abdul Hadi berkata selain itu, calon yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dijangka diumumkan pada September depan, dibenarkan untuk memohon menyertai PLKN.
Permohonan untuk menyertai PLKN akan dibuka seawal-awalnya hujung minggu ini, katanya.
Abdul Hadi juga berkata JLKN juga mengadakan kaji selidik mengenai status indeks jisim tubuh (BMI) 32,032 orang pelatih PLKN kumpulan satu awal tahun ini bagi mengenal pasti kesesuaian aktiviti fizikal atau keperluan mereka.
Katanya selepas 10 minggu menyertai PLKN, seramai 397 daripada 2,502 peserta yang di bawah kategori obesiti dan 207 orang daripada 4,003 peserta di bawah kategori gemuk telah berjaya menurun berat badan.
Kesemua 504 peserta itu mendapat berat badan yang ideal setelah menamatkan latihan mereka, katanya.
"Ini adalah kali pertama program itu dijalankan, dan berharap selepas mereka menamatkan latihan ini, mereka akan terus mengekalkan berat badan yang ideal, " katanya. - Bernama

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG TAHUN 2012

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KOLEJ MATRIKULASI DAN ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012


Muat turun
Lampiran B2 Borang Permohonan Pensyarah Cemerlang IPG Tahun 2012

MENU PERKATAAN DAN DAFTAR ISTILAH SAINS DAN MATEMATIK DALAM PORTAL RASMI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan Menu Perkataan dan Daftar Istilah Sains dan Matematik bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik.

Menu perkataan dan daftar istilah tersebut telah dimuat naik ke dalam portal rasmi KPM. Sehubungan itu, semua guru dan murid boleh mengakses menu tersebut dengan melayari
http://www.moe.gov.my/index.php?id=328&lang=my  sebagai rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Perincian Panduan Penggunaan Menu Perkataan dan Daftar Istilah tersebut adalah seperti dalam Lampiran di bawah.


Sila klik di sini untuk download


Sumber - Portal Rasmi KPM

NUR ALERT: Kanak-Kanak Hilang Nayati Moodliar


Sumber - Portal Rasmi KPM