Rabu, 4 Januari 2012

Permohonan Ke Tkt 1 Asrama 1 Malaysia 2012

PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU ASRAMA 1 MALAYSIA 2012
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
 
  • Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.
  • Terbuka kepada SEMUA KAUM.
  • Pemohon mestilah LELAKI sahaja.
  • Keputusan UPSR 2011 (5A/7A) atau minima 4A1B.
  • Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana
  • Aktif dalam kokurikulum
  • Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR sekolah menengah semasa di mana   pemohon belajar.
  • Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan,
  • Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama).
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan  seperti berikut :
           a. Sijil lahir pemohon / kad pengenalan 
           b. Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa. 
           c. Keputusan UPSR 2011 (5A/7A atau 4A/1B)) d. Aktif dalam kokurikulum                     (Sertakan  Salinan Sijil)
  • Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.

 Sekolah-sekolah  penempatan bagi asrama 1 Malaysia adalah SMK Victoria, Kuala Lumpur , SMK Methodist Kuala Lumpur  dan SMK St. John, Kuala Lumpur

Borang boleh dimuat turun melalui url berikut http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2012/1325648906.pdf

Sila kemukakan semua permohonan dari sekolah tuan ke alamat berikut
pada atau sebelum 27 Januari 2012

Sumber -  Portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Sesi Persekolahan 2012

KUALA LUMPUR - Lebih 450,000 murid memulakan alam persekolahan mereka sebagai pelajar tahun satu di seluruh negara pada penggal pertama persekolahan bermula semalam.
Kumpulan itu termasuk 81,000 pelajar tahun satu di di 1,303 sekolah rendah di Terengganu, Kedah dan Kelantan yang memulakan sesi persekolahan semalam.
Bagaimanapun, sesi persekolahan terganggu di beberapa sekolah di Rantau Panjang dan Gua Musang di Kelantan serta Setiu di Terengganu kerana masalah banjir atau jalan

masuk ke sekolah dinaiki air menyebabkan terputus hubungan. Di Terengganu, Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Hashim Mohd. Zin berkata, 20,324 murid memulakan tahun satu di 347 sekolah rendah - Berita Harian

Pemantauan SMK Elit Terengganu

2 Januari, SMK Mak Lagam dan SMK LEmbah Bidong - Pendaftaran Kemasukan Murid Tingkatan 1 Sesi 2012 berjalan dengan lancar di kedua-dua buah sekolah berkenaan. Pemantauan diselia oleh En. Hamid bin Yahya (PP SBP/SKK), EN. Azwadi b. Amzah dari JPN Terengganu dan En. Tajul Ariffin b. Abdullah (Pegawai Khas PEngurusan Murid, PPD Kemaman) di SMK Mak Lagam.Bagi pemantauan di SMK Lembah Bidong, ianya dilaksanakan oleh En. Ibrahim b. Ismail (PP Pengurusan Guru) bersama-sama En. Abdul Rahim b. Sulaiman (Penyelia Kanan Pengurusan Murid) dan En. Alias (Pegawai Khas KGSK, PPD Setiu). Walaupun suasana hujan semasa sesi pendaftaran, murid-murid serta ibubapa teruja apabila ditawarkan belajar di sekolah elit tersebut. Disebabkan kejayaan yang amat membanggakan dalam keputusan peperiksaan PMR 2011, di mana peratus pelajar yang mendapat semua A meningkat. 90 daripada 121 orang di SMK Mak Lagam mendapat semua A dan bagi SMK Elit seramai 80 orang daripada 123 orang mendapat semua A.

Ini mendorong ibubapa di negeri Terengganu untuk memohon penempatan anak mereka di kedua-dua sekolah tersebut. Pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi SMK Lembah Bidong dan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) bagi SMK Mak Lagam memberi impak yang besar dalam bidan pendidikan di negeri Terengganu seterusnya seiring dengan moto JPN Terengganu, "Melestarikan Pendidikan Terbilang". Sesi pendaftaran di kedua-dua sekolah tersebut dimulakan dengan sesi pendaftaran kemasukan, taklimat oleh Tuan Pengetua dan PK HEM, pembelian barangan keperluan asrama dan akhirnya pendaftaran asrama. Sebahagian besar murid yang ditemuramah berasa teruja dan bangga kerana berjaya ditempatkan di kedua-dua sekolah tersebut. Keinginan untuk meneruskan kelestarian kecemerlangan sepertimana yang berjaya ditunjukkan oleh pelajar senior mendorong mereka untuk memilih sekolah elit sebagai pilihan mereka yang pertama.

Isnin, 2 Januari 2012

Band Sekolah Menengah 2012

 
RUMUSAN BAND SEKOLAH MENENGAH 2010
BAND
BIL
%
DAERAH
MARANG
DUNGUN
K.TERG
H.TERG
SETIU
KEMAMAN
BESUT
1
7
5.19
0
2
3
0
0
1
1
2
12
8.89
0
1
5
1
1
1
3
3
10
7.41
1
1
5
1
1
1
0
4
23
17.04
3
3
5
2
2
6
2
5
80
59.26
9
14
16
9
7
11
14
6
3
2.22
0
2
0
0
1
0
0
7
0
0
0
0
0
0
0
0
0
JUM
135
100
13
23
34
13
12
20
20
SEKOLAH BARU :                      1.SMK BATU RAKIT , K.TERENGGANU
2. SM SAINS HULU TERENGGANU
3.SMK TAPU, HULU TERENGGANU
4.SM SAINS SETIU
5.SMK SERI CHENEH, KEMAMAN
6.SMK JERAM,

Ahad, 1 Januari 2012

Mesyuarat Unit Menengah Bil. 1/2012



1 Januari 2012, Rumah Tamu - Unit Menengah telah mengadakan mesyuarat bulanan Bil.1/2012 bagi memulakan agenda pengurusan tahun ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah. Di antara touch point KPP kepada semua Pengawai, Penyelia Kanan, Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Pejabat adalah :

1. Bekerja dalam satu pasukan yang mantap
2. Tepati masa
3. Kreativiti dan inovasi diperlukan dalam memudahkan pengurusan
4. Sentiasa berfikir untuk kecemerlangan organisasi
5. Pegawai/Penyelia mempunyai kefahaman yang tinggi dalam kerja buat masing-masing
6. Susun kerja mengikut keutamaan dan alert pada tarikh-tarikh penting
7. Sebelum membuat keputusan, berbincang dengan rakan sepasukan


Mesyuarat diteruskan lagi dengan agenda kedua iaitu agihan tugasan, takwim unit menengah dan Sasaran Kerja Tahunan yang dikendalikan oleh En. Ibrahim Ismail, Ketua Unit Menengah. Harapan beliau agar semua pegawai dan staf sentiasa memberi kerjasama kepada beliau agar keselarasan arahan dan tugasan dapat membuahkan sesuatu yang memberi manafaat kepada organisasi. 


Pemantauan Persediaan Awal Persekolahan Tahun 2012

Makluman kepada semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah negeri Terengganu

Semua pegawai perhubungan sekolah sama ada Pegawai dan Penyelia dari Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru akan memberi perhatian serius terhadap perkara yang menjadi Touch Point YAB Menteri Pelajaran.
Di antara skop pemantauan tersebut adalah :
1. Bekalan kerusi meja murid dan guru
2. Bekalan buku teks
3. Kedudukan bekalan guru
4. Buku Rekod Mengajar Guru
5. Rekod Daftar Murid
6. Isu sumbangan PIBG dan bayaran koperasi sekolah
7. Infrastruktur sekolah
8. Keceriaan kawasan sekolah dan
9. Pengurusan PIBG

Semua pengurusan sekolah menengah dan rendah diminta memberi kerjasama kepada pegawai perhubungan sekolah yang dilantik bagi ssesi 2012.

Semakan SMT/SMV 2012

Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012 telah dibuka hari ini melalui http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2012/

Semakan PPG

Semakan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 di bawah RMKe-10

Sila layari laman sesawang www.moe.gov.my  mulai 16 Januari 2012 untuk menyemak status tawaran bagi mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 di bawah RMKe-10 dan pastikan anda mencetak dokumen tawaran/kelulusan untuk pendaftaran PPG bagi yang berjaya ditawarkan.

Khamis, 29 Disember 2011

SEMAKAN KE SMK ELIT DAN SMKA

Makluman kepada semua ibu/bapa/penjaga

Semakan ke SMK Elit Lembah Bidong, SMK Mak Lagam, SMKA Sheikh Abdul Malek, SMKA Wataniah, SMKA Nurul Ittifaq, SMKA Kuala Abang, SMKA Tok Jiring dan SMKA Durian boleh dibuat melalui pautan http://www.moe.gov.my/jpnterengganu/semakt1/.

Perhatian!

Untuk kemasukan ke SMK Elit, sekiranya permohonan BERJAYA, semoga pemohon diminta mencetak
1. Surat Tawaran
2. Borang Pengesahan Jawapan
3. Borang Pendaftaran

Sekiranya permohonan TIDAK BERJAYA, pemohon boleh membuat terus RAYUAN pada butang yang disediakan oleh administrator pada paparan tersebut.

Untuk semakan ke SMKA, pemohon hanya boleh menyemak status permohonan sahaja. Surat tawaran akan dihantar melalui pos oleh Sektor Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pembukaan Institusi Baru (SMK Jeram)


SMK Jeram, Kuala Terengganu akan mula beroperasi pada 1 Januari 2012. Sebanyak 5 buah kelas Tingkatan 1, 5 buah kelas Tingkatan 2 dan 5 buah kelas Tingkatan 5. Sejumlah 30 orang guru telah dipilih dari SMK Belara dan SMK Manir  menjadi tenaga pengajar bagi sesi baru persekolahan 2012. Semoga pembukaan satu lagi institusi pendidikan di Terengganu ini akan terus "Melestarikan Pendidikan Terbilang" di negeri Terengganu Anjung Ilmu

Isnin, 26 September 2011

Rabu, 7 September 2011

BENGKEL PENGURUSAN LAMAN WEB CALON SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) 2011


BENGKEL PENGURUSAN LAMAN WEB CALON SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) 2011
Bengkel Pengurusan Laman Web Calon Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diadakan pada 10 – 14 Julai 2011, bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Marang. Seramai 20 orang peserta yang terlibat terdiri daripada Pegawai Eksekutif Maklumat (EIO) JPNT, PPD dan sekolah yang mana mereka telah dilantik sebagai ‘webmaster’ sekolah masing-masing. Objektif bengkel diadakan supaya setiap sekolah SBT yang terlibat  mempunyai laman web yang sentiasa dikemaskini dan menjadi medium utama dalam capaian serta penyebaran maklumat sekolah.
Fasilitator  yang mengendalikan bengkel tersebut terdiri daripada En. Mahadi bin Mohamed, En. Che Zahron bin Mohd Khalid dan En. Ahmad Suhaimi bin Said.
13 buah sekolah calon SBT yang terlibat dalam bengkel tersebut ialah :
1.   SK Kampung Raja, Besut
2.   SK Tengku Mahmud II, Besut
3.   SK Tengku Mahmud, Besut
4.   SK Rantau Petronas, Kemaman
5.   SK Jenang, Marang
6.   SK Dusun, Hulu Terengganu
7.   SK Bukit Tadok, Hulu Terengganu
8.   SK Seri Berang, Hulu Terengganu
9.   SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu
10. SK Mangkok, Setiu
11. SK Kampung Tayor, Setiu
12. SK Kampung Fikri, Sungai Tong, Setiu
13. SK Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu

Permohonan Secara Atas Talian (Online) Kemasukan Murid Ke Sekolah Berasrama Penuh bagi Tahun 2012

Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Ke Sekolah Berasrama Penuh bagi Tahun 2012 sedang dibuka mulai 1 SEPTEMBER 2011 HINGGA 15 OKTOBER 2011. Semua sekolah rendah dan menengah negeri Terengganu diharapkan dapat memulakan operasi berkenaan.



Selasa, 6 September 2011

SEKOLAH MENENGAH SAINS SETIU DIBUKA


Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan telah selesai membuat persiapan bagi memulakan pembelajaran di Sekolah Menengah Sains Setiu(SMSS). SMSS akan mula beroperasi dengan pendaftaran pertama murid tingkatan satu(1) mulai 18 September 2011 (Ahad) mulai pukul 9.00 pagi.