Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan Sayembara Penulisan Rencana Isu Dakwah Kontemporari Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2016. Ia terbuka kepada pegawai, guru, dan kakitangan di Kementerian, Jabatan dan Pejabat Pendidikan Daerah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia turut terbuka kepada pensyarah dan kakitangan di IAB, Institut Pendidikan dan Guru dan Kolej Matrikulasi KPM.
Tarikh tutup sayembara ini pada 30 April 2016. Maklumat lanjut dan syarat penyertaan serta borang boleh dimuat turun di bawah.. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui emel
ruzainsyukur@gmail.com atau hubungi 019-2103267.
Sumber : Laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia