PELAWAAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
KOLOKIUM ICT DALAM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN 2013
18 – 20 Jun, 2013
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia
69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia
Anjuran
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia
KOLOKIUM ICT DALAM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN 2013
Dasar pendidikan Malaysia berhasrat melahirkan modal insan yang berupaya bersaing di persada dunia dengan kemahiran abad ke-21. Salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah memperluaskan akses dan ekuiti kemudahan ICT kepada semua murid.
Demi menyamaratakan akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan perbelanjaan untuk membangunkan prasarana ICT mengikut perkembangan masa.
Pelaburan kerajaan untuk membangunkan prasarana ICT di sekolah akan memberi pulangan atas pelaburan (ROI) yang optimum jika segala kemudahan yang dibekalkan oleh kerajaan dapat dimanfaatkan. Ke arah ini, pemimpin sekolah memainkan peranan yang penting dalam pengurusan segala sumber di sekolah secara cekap dan kreatif.
Sesungguhnya, ramai pemimpin sekolah telah berusaha untuk mempertingkatkan kemudahan ICT di sekolah serta membudayakan pengintegrasian ICT dalam pembelajaran dan pengajaran walaupun menghadapi pelbagai cabaran.