Rabu, 25 Julai 2012

Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Di Sekolah-Sekolah Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia


YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 2 April 2010 telah meluluskan cadangan pelaksanaan lima belas (15) inisiatif dalam Makmal NKRA Kualiti Guru. Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) merupakan salah satu daripada inisiatif tersebut yang perlu dilaksanakan di semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai tahun 2011.
PPGB merupakan satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme Guru Baharu bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan. PPGB juga merupakan proses sosialisasi kepada profesion keguruan yang dapat membantu Guru Baharu membuat penyesuaian antara ilmu dan kemahiran yang sedia ada dengan prosedur, sistem sekolah, penguasaan pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang berkesan dan kemahiran pengurusan bilik darjah.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat siaran di sini.


Sumber - Portal Rasmi KPM

Selasa, 24 Julai 2012

Muat Turun Borang Instrumen Piawaian Sekolah Terengganu dan Borang Maklumbalas Pemantauan PK03-1

Sila Muat Turun

1. Instrumen  Piawaian Sekolah Terengganu (Microsoft Word)
2. Borang Instrumen Piawaian Sekolah Terengganu (PST2) dan
3. Borang Maklumbalas Pemantauan PK03-1 (microsoft Word)

di aplikasi MUAT TURUN PEKELILING (sebelah kanan laman sesawang)

LAPORAN PEMANTAUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH BAGI BULAN MEI HINGGA JULAI 2012


Semua Pegawai Perhubungan Sekolah

Melalui dan Salinan;

Semua Ketua Sektor,
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Terengganu

Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.

Tuan,

LAPORAN PEMANTAUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH BAGI
BULAN MEI HINGGA JULAI 2012.

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa semua Pegawai Perhubungan Sekolah diminta melaksanakan  laporan pemantauan ke sekolah di bawah seliaan masing-masing sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

3.         Sehubungan dengan itu, tuan diminta menyediakan laporan tersebut yang telah dijalankan mulai bulan Mei hingga Julai 2012.

4.         Tuan diminta membuat pemantauan menggunakan Borang Instrumen Piawaian Sekolah Terengganu dan Borang Maklum Balas Pemantauan PK03-1. Borang dan instrumen tersebut boleh dimuat turun dari laman web Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan blog unit menengah.  Laporan yang telah siap hendaklah dihantar ke Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah sebelum 16 Ogos 2012.

5.         Sebarang kemusykilan bolehlah berhubung dengan Puan Siti Rohaya binti Mohd Nor di talian 09-6213060 atau Encik Abdul Rahim bin Sulaiman di talian 09-6213033.

Segala kerjasama tuan berikan diucapkan ribuan terima kasih. 

Sekian.


“Guru Penyayang Murid Berkualiti”
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,



(HASHIM BIN MOHD ZIN)
Timbalan Pengarah Pelajaran
b.p.  Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Isnin, 16 Julai 2012

Semakan Tawaran Program Kolej Vokasional Di Institut Pendidikan Swasta

Sila klik di sini untuk pautan berikut


Sumber - Portal Rasmi KPM

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2012

Sila layari laman sesawang Bahagian Pendidikan Guru di url http://www.moe.gov.my/bpg/ untuk maklumat lanjut.
 
Sumber - Portal Rasmi KPM
KUALA TERENGGANU 14 Julai - Selepas Melaka, Johor dan Pulau Pinang, Terengganu bakal mengikut langkah menguatkuasakan peraturan larangan merokok di tempat awam dengan mengisytiharkan kawasan terpilih sebagai zon bebas asap rokok tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw berkata, ia atas dasar rasa tanggungjawab kerajaan negeri menyediakan persekitaran yang bersih dan sihat terutamanya di kawasan tumpuan pelancong.
Pada masa ini katanya, Jabatan Kesihatan negeri telah mencadangkan beberapa kawasan dan kajian susulan akan dilakukan selain mengadakan perbincangan dengan penduduk sekitarnya.

Sultan Mizan berangkat ke program kukuh BI, Bahasa Arab

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan berangkat ke majlis penutupan dan pengurniaan hadiah program pengukuhan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) 2012 di sini.
Mengiringi baginda, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah serta anggota-anggota exco kerajaan negeri.   
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Rahman Embong dalam ucapannya di majlis itu berkata tahun ini adalah tahun ketiga program itu diadakan.  
Program termasuk 'Speech Choir' untuk sekolah menengah dan acara 'Smart English' untuk sekolah rendah seluruh negeri Terengganu.  
Pertandingan ini anjuran bersama YDSM dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, bermula sejak 12 Julai dan tamat semalam.  
 Abdul Rahman berkata program itu mula menunjukkan pencapaian penting apabila sebahagian pelajar negeri ini beransur-ansur menunjukkan kejayaan mengatasi beban psikologi dan rasa kekok ketika berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan orang ramai.
"Kejayaan program pengukuhan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sebelum ini telah memberi ilham bagi pihak kami memulakan program baru iaitu program pengukuhan Bahasa Arab Piala YDSM mulai tahun ini," katanya.
Beliau berkata menerusi program baru itu diharap pelajar-pelajar sekolah agama di negeri ini dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Arab, iaitu bahasa Al-Quran, dan salah satu bahasa penting di dunia kini. - Bernama

Guru diminta lebih prihatin terhadap masalah pelajar perempuan

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu meminta pendidik di negeri ini agar lebih prihatin terhadap masalah pelajar, khususnya pelajar perempuan, bagi mengelak gejala sosial seperti melahirkan anak di sekolah atau   membuang bayi terus berlaku.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Ahmad Razif Abd Rahman berkata walaupun kes sedemikian dikategori sebagai terpencil, namun beliau tetap memandang serius perkara itu.
Beliau berkata guru perlu peka terhadap anak didiknya dengan mengambil berat perkara yang berlaku di sekeliling mereka agar dapat mencegah pelajar daripada terjerumus dalam gejala sedemikian.
"Kita tidak menyalahkan sesiapa dalam kes berkenaan memandangkan pelajar perempuan terbabit baru sahaja memasuki sekolah berasrama berkenaan pada awal tahun lalu.
"Selain itu, pelajar yang menghuni di asrama juga mempunyai banyak cara untuk menyembunyikan kandungannya serta bijak mengaburi mata guru di sekolah pada zaman sekarang," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kes buang bayi melibatkan pelajar sekolah di Terengganu.
Ahmad Razif juga berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian itu dan menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, akhbar melaporkan tembelang seorang pelajar perempuan yang mengadu sakit perut sebelum mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, akhirnya pecah apabila mengaku baru melahirkan anak dan menyembunyikan bayinya dalam sebuah beg galas.
Beg berisi bayi perempuan yang dilahirkan pukul 1 pagi pada 3 Julai itu kemudian diserahkan kepada rakan pelajar tersebut tanpa memaklumkan isi kandungannya.
Mayat bayi perempuan yang cukup sifat itu ditemui selepas doktor yang merawat pelajar tersebut menghubungi rakan terbabit dan memintanya membawa beg galas berkenaan pada 6 petang hari yang sama.
Polis menahan seorang remaja lelaki untuk membantu siasatan berhubung kes itu beberapa hari kemudian.
Bagaimanapun, siasatan awal mendapati remaja lelaki itu dan pelajar perempuan berkenaan bukan pasangan kekasih namun mereka dipercayai mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali pada tahun lepas. -- Bernama
PAKA - “Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan, seketika kemudian air keluar dari tangki sehingga melimpah di sekitar pagar berdekatan asrama sekolah.
Demikian kata Mohd Redzuan Zamri, 31, saksi kejadian tangki air pecah di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, tangki air Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paka yang terletak di atas menara setinggi kira-kira 10 meter itu pecah, menyebabkan air takungannya mencurah keluar sehingga kawasan berdekatan digenangi air.
Pagar asrama sepanjang kira-kira 10 meter juga turut runtuh, selain bumbung sebuah bangunan berdekatan mengalami kerosakan teruk terkena air yang jatuh dari tangki air terbabit.
Ketika kejadian, terdapat hampir 80 pelajar perempuan mendiami asrama tiga tingkat yang terletak kira-kira 50 meter dari menara menempatkan tangki air berkenaan, selain hampir 40 pelajar lelaki yang difahamkan sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat.
Menceritakan detik sebelum kejadian itu, Redzuan yang juga pengawal keselamatan di sekolah berkenaan berkata, ketika kejadian, dia sedang berada di pondok pengawal, beberapa meter dari menara tangki air terbabit.
Menurutnya, sebaik mendengar bunyi letupan, dia terus bergegas keluar untuk meninjau apa yang berlaku sebelum melihat air mencurah-curah keluar dari tangki yang pecah itu.
“Mula-mula saya terkejut juga, ingat apa yang meletup.
Rupa-rupanya tangki air pecah, nasib baik tiada pelajar yang cedera,” katanya.
Usaha Sinar Harian untuk mendapat ulasan pihak pengurusan sekolah bagaimanapun gagal apabila pengetua sekolah berkenaan tidak menjawab panggilan yang dibuat.
Kejadian itu merupakan tragedi runtuhan yang pertama sejak sekolah berkenaan beroperasi lebih lima tahun lalu.
Akibat kejadian itu, sebahagian besar penghuni asrama lelaki dan perempuan juga difahamkan terpaksa pulang ke rumah masing-masing kerana menghadapi masalah gangguan air.

Sumber - Sinar Harian Online

TERENGGANU HANELANG...

KUANTAN - Terengganu semakin hampir bergelar juara Sukan Malaysia ke-15 apabila mendahului selesa kontinjen lain pada hari kedua terakhir temasya dwi tahunan itu yang akan melabuhkan tirainya esok.
Setakat 11 malam tadi, Terengganu kini mengumpul 61 pingat emas, 24 perak dan 30 gangsa.
Dua daripada enam pingat emas kontinjen Terengganu hari ini diperoleh menerusi acara memanah iaitu Recurve berpasukan lelaki (pusingan Olimpik) dan Compound berpasukan wanita (pusingan Olimpik).
Atlet angkat berat Mohamad Norfarhan Ideris yang beraksi dalam kategori berat badan 105kg lelaki menyumbang dua pingat emas kepada Terengganu menerusi acara snatch dan clean & jerk.
Dua lagi pingat emas Terengganu disumbang Mohd Hafizuddin Hakim Mohd Zahari dalam acara tinju (kategori berat badan 44-46kg lelaki) dan skuad hoki wanita.
Tahniah kontinjen Terengganu....

Sumber - Sinar Harian Online

Rabu, 11 Julai 2012

70 Murid Tahun Tiga Di Terengganu Dikesan Hadapi Masalah Pembelajaran

HULU TERENGGANU, 9 Julai (Bernama) -- Seramai 70 murid Tahun Tiga di negeri ini dikesan menghadapi masalah pembelajaran atau literasi numerasi (Linus Tegar).
Sejumlah 38 daripadanya gagal dalam ujian Linus Saringan Enam manakala selebihnya masih belum menjalani ujian oleh Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kesihatan negeri.
Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran negeri, Ngah Bidin berkata kesemua murid yang gagal itu dikenalpasti mempunyai ciri-ciri murid berkeperluan khas sekaligus bakal ditempatkan di kelas pemulihan.
Menurutnya, jika dilihat pada jumlah murid tahun tiga di negeri ini seramai kira-kira 25,000, maka 70 orang itu bukan jumlah yang besar dan pihak sekolah akan berusaha memulihkan semua pelajar tersebut.
"Ianya sejajar dengan sasaran yang kita buat iaitu menjelang tahun 2013 nanti, Terengganu akan mencapai status sifar 'linus tegar' sejajar dengan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) yang ditetapkan oleh pihak kementerian," katanya.

-- BERNAMA

SUBANG 10 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai 3,660,580 murid serta guru dari 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara melakukan senamrobik dalam program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia.
Bertempat di Sekolah Wawasan USJ 15 bersama kira-kira 3,000 peserta di sini, Timbalan Perdana Menteri meluangkan kira-kira 45 minit melakukan senaman tersebut yang turut disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan bermula 7.55 pagi.
Program itu merupakan senamrobik terbesar yang dianjurkan di negara ini dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR).
Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan MBOR, Datuk Danny Ooi kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud sambil disaksikan oleh Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.
Dalam pada itu Muhyiddin berkata, acara senamrobik itu selari dengan dasar 1Murid 1Sukan bagi mewajibkan setiap murid yang sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
Menurutnya, budaya bersukan perlu dipupuk daripada peringkat sekolah sebagai alat perpaduan kerana ia terbukti telah menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Bidang sukan adalah gambaran sebenar kepada konsep 1Malaysia yang secara tidak langsung menaikkan semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid," katanya.
Program hari ini merupakan kesinambungan kepada Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang dijayakan kementerian tersebut di Perak tahun lalu.

Sumber - Utusan Malaysia Online

Surat Siaran - Pelaporan Maklum Balas Berkaitan Program Hubungan Antarabangsa Secara Atas Talian


KategoriSurat Siaran
SubjekSurat Siaran - Pelaporan Maklum Balas Berkaitan Program Hubungan Antarabangsa Secara Atas Talian
Bil.1
Tahun2012
JabatanBahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa
FailDownload
Tarikh10/07/2012

URUSAN PEMANGKUAN PENGETUA CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG54 DAN JUSA C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2012 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kepada

Pengetua-pengetua yang berkenaan

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun dokumen-dokumen berikut:
1. Surat Edaran
2. Borang BPPC-2012
3. LAMPIRAN B - Kenyataan Oleh Ketua Jabatan
4. LAMPIRAN C - Surat Akuan Pinjaman Pendidikan
5. LAMPIRAN T1 - Tapisan Keutuhan

Panduan Pelaksanaan Kempen Kibar Jalur Gemilang Dan Aktiviti Berkaitan Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-55, Tahun 2012

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Kertas Panduan Pelaksanaan Kempen Kibar Jalur Gemilang Dan Aktiviti Berkaitan Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-55, Tahun 2012

Rabu, 4 Julai 2012

Terengganu cari universiti alternatif elak risiko

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu sedang berusaha mencari beberapa universiti baru di luar negara berikutan banyak bencana dan risiko kepada pelajar berlaku di universiti terpilih sebelum ini termasuk di Mesir.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, terbaru, Universiti Hasanudin Makassar, Indonesia bersetuju menyediakan peluang kepada pelajar Terengganu melanjutkan pelajaran di sana.
“Persetujuan itu bakal disaksikan dalam majlis perjanjian dengan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat, yang menawarkan program perubatan serta pergigian kepada pelajar dari negeri ini.
“Pihak universiti berkenaan dijangka datang ke sini Khamis ini untuk mengadakan sesi temu duga kepada 13 calon lepasan matrikulasi terpilih,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Perasmian Wisma Belia Permata Seberang Takir dan Karnival Euro 2012 Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir di Dataran Permata, Kampung Baru di sini.
Menurutnya, kerajaan bercadang menghantar sekurang-kurangnya 50 pelajar ke universiti terbabit, tetapi setakat ini hanya ada 13 calon yang layak ditemu duga.
“Langkah ini diambil bagi memenuhi sasaran kerajaan untuk menghantar 150 orang anak Terengganu belajar di universiti luar negara, termasuk Jordan, Rusia dan Indonesia,” katanya.
Menurutnya, kerajaan juga sedang meninjau universiti lain seperti di Universiti Padjadjaran, Indonesia untuk mengadakan perjanjian setelah pihaknya datang membentangkan segala fasiliti yang ditawarkan di universiti itu.
Sementara itu, Ahmad Razif berkata, pihaknya mengambil keputusan memilih universiti di Indonesia kerana kosnya lebih rendah berbanding negara lain seperti yang berlaku kepada pelajar di Rusia.
“Kos pelajar di sana meningkat tinggi berikutan harga tempat penginapan dan sebagainya kini melambung, dan kita cuba memikirkan untuk mencari universiti lain,” katanya.

Sumber - Sinar Harian Online

JEMPUTAN PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI SEKOLAH TAHUN 2012

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Negeri Terengganu

JEMPUTAN PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI SEKOLAH TAHUN 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan mengadakan Program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah Tahun 2012 seperti butiran berikut :

                          Tarikh        : 8 Julai 2012 (Ahad)
                          Masa         : 8.15 pagi hingga 1.30 tengah hari
                          Tempat      : Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang
                          Pakaian      : Rasmi

3.   Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang melibatkan guru, kakitangan sekolah, kontraktor, pengusaha kantin, pelajar dan ibubapa bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat di sekolah.

4.   Sehubungan dengan itu, tuan diwajibkan hadir ke program tersebut. Sebarang pertanyaan mengenai program di atas boleh hubungi Encik Ibrahim bin Ismail (h/p : 0139816811) dan Encik Mohd Nasir bin Jusoh (h/p : 0199361398) atau di talian 09-6213032/3107.Bersama-sama ini disertakan atur cara program dan borang pengesahan kehadiran yang perlu dikembalikan ke Unit Penyeliaan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada atau sebelum 5 Julai 2012 melalui faks 09-6231910/09-6213050.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 3 Julai 2012

Pelajar mahu tikam guru

JERTIH – Seorang guru lelaki berada di ambang maut apabila seorang pelajarnya dikatakan mahu menikamnya dengan senjata tajam dalam surau sebuah sekolah di sini pada minggu lalu.
Dalam kejadian jam 1.40 petang itu, pelajar lelaki tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di sini itu didakwa cuba menikam guru berumur 50-an di depan pelajar lain.
Bagaimanapun, tindakan pantas pelajar lain berjaya menghalang pelajar terbabit berbuat demikian.
Difahamkan, pelajar tersebut masuk ke dalam surau berkenaan ketika program tazkirah sedang berlangsung dengan bertindak mengeluarkan senjata tajam lalu mengacunya ke arah guru berkenaan, namun sempat dielak guru tersebut.
Pelajar itu didakwa bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan guru itu yang mengarahkannya keluar dari surau sebelum itu.
Arahan itu dibuat kerana pelajar itu dikatakan menimbulkan masalah ketika program tazkirah berlangsung.
Guru berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Jertih pada hari yang sama.
Pelajar itu yang menetap di sebuah kampung dekat Seberang Jertih dikatakan telah ditahan polis malam kelmarin di rumahnya pada jam 2.20 pagi. Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tangkapan tersebut.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Beliau turut menasihatkan pelajar agar tidak bertindak mengikut emosi selain perlu memiliki perasaan rasa hormat kepada guru kerana sekiranya melakukan perbuatan jenayah, mereka bakal berdepan tindakan undang-undang.
Manakala warga pendidik pula diminta menggunakan pendekatan bersesuaian ketika menegur pelajar bermasalah bagi mengelak kejadian seumpama itu berlaku.

p.s Admin - Apa nak jadi dengan pelajar sekarang?

Sumber - Sinar Harian Online

Program Bicara Tokoh Allahyarham Datuk Razali Ismail


KUALA TERENGGANU, 2 Julai (Bernama) -- Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Datuk Razali Ismail akan menganjurkan Program Bicara Tokoh Allahyarham Datuk Razali Ismail di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini, Selasa.
Setiausaha program Zahar Ibrahim berkata usaha itu sebagai penghargaan kepada bekas timbalan menteri pelajaran tersebut selain mahu masyarakat mencontohi ketokohan Razali dalam memimpin bidang pendidikan.
"Pada program itu nanti tiga panel yang merupakan orang paling dekat dengan Allahyarham dijemput iaitu anak sulungnya, Mohd Norazli, bekas setiausaha sulitnya, Wan Hashim Mohd dan S.M. Nor yang merupakan sahabat Allahyarham sejak kecil.
"Ketiga-tiga panel tersebut akan membicarakan pelbagai aspek mengenai ketokohan sebagai seorang bapa, penjawat awam dan politik serta seorang rakan yang amat baik," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang juga merupakan bekas pelajar Allahyarham akan menjadi moderator program.

-- BERNAMA

Semua surau sekolah dinaik taraf


KUALA TERENGGANU 2 Julai - Sebanyak RM2.48 juta diperuntukkan sebagai waran bagi tujuan menyelenggara, mengubahsuai serta menaik taraf surau di 40 buah sekolah di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, jumlah itu tidak termasuk peruntukan berjumlah lebih RM177,000 untuk tiga lagi surau yang belum menerimanya.
Katanya, waran itu dikeluarkan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar bagi projek Pakej Rancangan Khas (PRK) untuk negeri Terengganu yang secara keseluruhannya berjumlah lebih RM8 juta.
"Di bawah program ini juga, peruntukan sebanyak RM1.35 juta turut diluluskan bagi tujuan pembinaan lapan lagi surau sekolah yang baru di negeri ini," katanya.

Sumber - Utusan Malaysia Online

Ahad, 1 Julai 2012

Tawaran Baru (New Deals) Kepada Pengetua



Tahniah kepada Pengetua sepuluh buah Sekolah Menengah yang mendapat Anugerah Tawaran Baru 2011. Sekolah-sekolah berkenaan sebagaimana berikut:
  1. SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
  2. SBPI Batu Rakit, Kuala Terengganu
  3. SM Sains Terengganu, Kuala Terengganu
  4. SM Sains Dungun, Dungun
  5. SMK Mak Lagam, Kemaman
  6. Imtiaz Kuala Terengganu
  7. Imtiaz Kuala Berang, Hulu Terengganu
  8. SMA Atas Zainal Abidin, Kuala Terengganu
  9. SMK Felda Neram, Kemaman
  10. SMK Padang Pulut, Dungun
Semoga dengan anugerah ini menjadi dorongan untuk semua warga sekolah terlibat melonjakkan kecemerlangan dan keterbilangan pendidikan sekolah.

10,765 Warga Pendidik Terima Ganjaran 10 Juta Bagi Prestasi Cemerlang

BANGI, 27 Jun (Bernama) -- Seramai 10,675 warga pendidik dan kumpulan sokongan daripada 124 sekolah menengah di seluruh negara hari ini menerima ganjaran sebanyak RM10 juta bagi pencapaian cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum pada 2011.

Ganjaran di bawah bidang keberhasilan utama negara (NKRA) pendidikan itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Anugerah Tawaran Baru Kepada Pengetua 2011, di sini.

Ketika berucap, Muhyiddin melahirkan rasa gembira dengan pencapaian 124 buah sekolah atau 5.51 peratus itu yang melebihi sasaran 4 hingga 5 peratus daripada 2,248 sekolah menengah yang ditetapkan di bawah Sub NKRA pada tahun lepas untuk menerima ganjaran itu manakala semua pengetua yang terlibat juga melepasi semua saringan termasuk tiada audit berteguran dan tiada kes tatatertib.

"Apa yang membanggakan kita semua ialah usaha kerajaan untuk merapatkan jurang dan menyamaratakan peluang pendidikan berkualiti antara bandar dan luar bandar juga nampaknya telah membuahkan kejayaan.

"Ini terbukti apabila 54 peratus iaitu 67 buah sekolah luar bandar berjaya menerima ganjaran tawaran baru ini dari keseluruhan 124 sekolah yang terpilih," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.

Beliau berkata pada Mac lalu, ganjaran RM15.6juta diberikan kepada 403 buah sekolah daripada 7,648 buah sekolah rendah di seluruh negara bagi tujuan yang sama.

Timbalan Perdana Menteri juga berbangga dengan prestasi sekolah agama apabila sebanyak 18 buah sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan dipilih menerima ganjaran itu berbanding empat buah pada 2010.

"Peningkatan lebih dua kali ganda ini amat membanggakan KPM. Manakala sebanyak 19 buah sekolah dalam kategori lonjakan perdana telah melonjak sebanyak 500 tempat dan ke atas dalam kedudukan rangkingnya berbanding sasaran lonjakan yang diperlukan iaitu 300 tempat sahaja," katanya.

Pencapaian dua buah sekolah begitu menakjubkan dengan lonjakan lebih daripada 1,000 kedudukan iaitu Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah Pulau Pinang sebanyak 1,555 lonjakan dan Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak Kedah sebanyak 1,202 lonjakan, katanya.

"Dan yang lebih membanggakan lagi peningkatan yang ditunjukkan oleh Sekolah Menengah Seri Kembangan, Selangor yang telah membuat lonjakan drastik sebanyak 1,399 dalam kedudukan ranking bagi sekolah berenrolmen besar," katanya.

Bagi meneruskan kecemerlangan itu, beliau mahukan pengetua dan guru besar supaya lebih berwibawa dan berinovasi dalam merancang, menyelaras, memantau serta menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan generasi yang berkemampuan.

Muhyiddin berkata sebagai pemimpin sekolah dan ejen perubahan, mereka perlu mengikuti perkembangan terkini, memajukan diri dan sentiasa memikirkan penambahbaikan kepimpinannya yang berorientasikan pengurusan yang lebih baik.

"Kejayaan pengetua dalam merancang,menyelaras, memantau dan menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan membolehkan pencapaian matlamat visi dan misi sekolah yang diterjemah selaras dengan visi, misi dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia".

Katanya,pengurusan dan kecemerlangan pengetua dan guru besar yang mantap dan jitu pastinya menentukan prestasi akademik dan kokurikulam pelajar yang membanggakan.

Beliau juga menyarankan semua pengetua dan guru besar sekolah agar meningkatkan ilmu dan kepakaran dalam bidang pendidikan terutama dalam penarafan kendiri sekolah seperti yang dilaksanakan di beberapa buah negara maju untuk meningkatkan prestasi sekolah.

Tegasnya, kerajaan begitu serius dalam melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara bagi memastikan kerelevannnya dan memberi kesan yang lebih baik.

-- BERNAMA

Pelanjutan Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan ke-2 Tahun 2012 (2/12) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD)

Sukacita dimaklumkan, Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan ke-2 Tahun 2012 (2/12) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) dilanjutkan sehingga 15 Julai 2012 (Ahad).

Sumber - Portal Rasmi KPM

SURAT PERINGATAN

SURAT PERINGATAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KHAS UNTUK PENYANDANG BAGI PPPS DAN PPPLD BAGI KES CICIR TAHUN 2004 HINGGA 2011 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sumber - Portal Rasmi KPM