Selasa, 27 Mac 2012

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL PENEMPATAN DAN PENEMPATAN PERTUKARAN ZON TIMUR, KPM 2012

Mesyuarat penyelarasan teknikal tersebut telah diadakan di Hotel Permai, Kuala Terengganu pada 26 hingga 28 Mac 2012 yang diurusetiakan oleh BPSH, KPM. Jabatan pelajaran negeri yang terlibat adalah bagi zon timur yang melibatkan JPN Terengganu selaku tuan rumah, JPN Kelantan dan JPN Pahang. Peserta telah didedahkan oleh En. Zanol b. Awang berkaitan pelaksanaan eOperasi dan e-GTukar. Perincian mesyuarat adalah peranan guru, peranan PK1, peranan Pengetua dan Guru Besar, peranan Pejabat Pelajaran Daerah dan peranan Jabatan Pelajaran Negeri. 
Dalam proses pelaksanaan, satu mekanisme dan penambahbaikan dibuat untuk memastikan pelaksanaan tersebut berjalan dengan lancar. Akauntibiliti administrator di peringkat sekolah amat diharapkan agar sebarang proses permohonan penempatan dan pertukaran tersebut mempunyai keesahan yang tinggi.
Tarikh-tarikh penting yang perlu diambilkira ialah :

1.   1 Mac hingga 31 Mac 2012 - pengemaskinian dan pengesahan data melalui sistem    
       aplikasi  eOperasi oleh PK1 dan PGB
2.   1 hingga 30 April - permohonan pertukaran melalui sistem aplikasi e-GTukar.
3.   19 Mei 2012 - Keputusan LULUS atau TIDAK akan dikeluarkan.
4.   26 Mei 2012 - Keputusan penempatan DAERAH dan SEKOLAH akan dikeluarkan


Beberapa variable yang boleh diambil tindakan oleh guru manakala selebihnya sebarang pengemaskinian hanya boleh dilaksanakan oleh PK1 sahaja. 
Mesyuarat juga mencadangkan beberapa penambahbaikan pada sistem aplikasi tersebut dan akan diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa teknikal di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
En. Aidie b. Jantan, KPP, SPSM, BPSH memaklumkan bahawa sistem aplikasi atas talian yang dibina ini memberi manfaat besar dalam sistem pengurusan sama ada diperingkat KPM sehinggalah ke akar umbi. Oleh itu, sumber utama untuk menjayakan pelaksanaan tersebut adalah bermula dengan kesahihan data yang dikutip di peringkat sekolah. Beliau mohon semua pihak untuk memberi komitmen dalam memastikan keesahan data mencapai tahap yang terbaik.



Pelajar gagal SPM boleh ikuti kursus GiatMara

RAUB: Pusat GiatMara menawarkan kursus dan latihan kemahiran kepada pelajar yang gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. 


Pengerusi Pusat GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab Moin, berkata 36 jenis kursus jangka panjang dan pendek serta latihan untuk 20,000 orang dianjurkan tahun ini.


Katanya, kursus itu antaranya melibatkan bidang kimpalan, pertukangan, jurubina, mengecat, mekanik, elektrik, masakan, gunting rambut dan persolekan.
Shahiruddin berkata, negara memerlukan sekurang-kurangnya 3.2 juta pekerja mahir dan terlatih menjelang 2020. 

Katanya, peluang yang disediakan itu perlu dimanfaatkan kerana ia dapat menjamin masa depan belia daripada segi pendapatan. - BERNAMA 

Isnin, 26 Mac 2012

SeLamat Datang Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Ahad, 25 Mac 2012

Hebahan - APDM

Sebagai makluman terdapat beberapa maslah teknikal disebabkan server KPM telah beberapa kali cuba dicerobohi oleh pengodam-pengodam. Oleh itu pihak kami sedang berusaha meningkat keselamatan server serta proses mengstruktur semula kedudukan server agar perkara ini tidak berulang. Kerja-kerja ini menyebabkan Aplikasi Pangkalasn Data Murid (APDM) ini terpaksa ditutup sementara sehingga pagi Isnin (26 Mac 2012). Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang pihak tuan/puan hadapi. Perkara ini perlu dilakukan supaya kes-kes cobaan pengodam untuk memasuki APDM ini tidak berulang.

Justeru itu setelah dibincangkan kerja-kerja pengemaskinian Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua telah dilanjutkan ke 15 Mei 2012 supaya memberi ruang kepada guru-guru mengisi data-data tersebut tanpa tergesa-gesa serta dapat melaksanakan tugas harian seperti biasa. Namun begitu guru-guru perlu memastikan kerja-kerja pengemaskinian perlu diselesaikan jika ada aplikasi lain yang memerlukan data.

Terima kasih atas kerjasama dan keperihatinan tuan/puan tentang perkara ini.

Sumber - Administrator APDM

Surat Siaran KPM Bilangan 6 Tahun 2012

Kepada,
Semua Pengetua,
Sekolah Menengah Harian,
Negeri Terengganu

Tuan,

Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malasyia Bilangan 6 Tahun 2012

Syarat-syarat Belajar Semula (mengulang) Di Tingkatan Limaa (5) Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2012.

Merujuk kepada surat KP (BPSH_SPDK)201/005/02 Jld.3 (47) bertarikh 1 Mac 2012.

2.  Sehubungan dengan itu, mohon pihak tuan untuk memanjangkan makluman tersebut kepada murid-murid sekolah bantuan penuh kerajaan sama ada yang telah atau pun tidak menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malasyia (SPM) tahun 2011, memohon untuk belajar semula atau mengulang Tingkatan Lima (5) di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sesi persekolahn tahun 2012.

3. Untuk makluman lanjut, pihak tuan boleh mendapatkannya melalui sisipan Muat Turun fail Mengulang Tkt 5 2012.

Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012



Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012 boleh dibuat mulai 22 Mac 2012 (Khamis) melalui laman sesawang http://apps1.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/

Terengganu terus unggul

KUALA TERENGGANU 21 Mac - Terengganu meneruskan kecemerlangannya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan hari ini dengan mencatatkan peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) kepada 4.92 berbanding 5.03 tahun 2010 sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) 5.04.
Pencapaian itu turut menyaksikan rekod pencapaian terbaik dalam tempoh empat tahun seperti pencapaian dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011.
Prestasi keseluruhan calon menunjukkan peningkatan di segi GPN selain pencapaian keputusan Gred Cemerlang iaitu A+, A dan A- serta minimum C berbanding pencapaian tahun 2010.

Isnin, 19 Mac 2012

Permohonan Bagi Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 2/2012 Anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB)

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) akan menganjurkan Program Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan/National Profesional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) di bawah program Program Latihan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Akademik 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning. Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.

Sasaran peserta adalah kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Bahagian-Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pihak IAB akan mula membuka permohonan Program NPQEL Ambilan 2 Tahun 2012 melalui laman web rasmi IAB www.iab.edu.my mulai 15 Mac 2012 hingga 15 April 2012.

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan program ini bolehlah menghubungi terus Puan Nik Marini binti Nik Abdull Malik di talian 03-61056137/013-3611221/ nikmarini@iab.edu.my atau urus setia di talian 03-61056296.

Ahad, 18 Mac 2012

Taklimat Pencalonan SKK Sekolah Menengah 2012

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri melalui Unit Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah telah mengadakan taklimat berkaitan kepada Pengetua dan GPK, empat belas buah sekolah menengah yang dikenalpasti oleh PPD masing-masing. Taklimat berkenaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Alamanda,Jabatan Pelajaran Negeri. Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Zakariah bin Ali mempengerusikan taklimat berkaitan.

Selain Pengetua dan GPK sekolah terpilih, turut hadir ialah KPP Sektor Pengurusan Sekolah, Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, Pengerusi Majlis Pengetua Negeri Terengganu dan pegawai meja kluster menengah dan rendah. Taklimat pertama telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Projek Khas/SBP/Kluster mengenai konsep SKK, kreateria pencalonan dan persediaan. Sementara Penyelia Kanan Projek Khas / Asli/  Kluster menyampaikan taklimat mengenai konsep kebitaraan, pemilihan bidang kebitaraan, pengurusan kebitaraan serta folio pencalonan.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah yang baru sahaja membentang pencalonan SKK Rendah di KPM banyak berkongsi pengalaman terhadap keperluan sebenar persediaan terutama berkaitan persediaan slaid pembentangan. Menurut beliau semua aspek pembentangan adalah berfokus kepada kebitaran yang dipilih serta hubungkaitnya. Misalnya elemen inovasi mestilah inovasi yang berkaitan dengan bidang kebitaraan yang dipilih. Sumbangan kepada sekolah juga perlu dikaitkan dengan bidang kebitaraan yang dipilih. Beliau berharap semua calon SKK Menengah bersedia dengan sebaik mungkin.

Borang pencalonan dan panduan pencalonan boleh dimuatturun melalui link posting DI SINI

Sumber - Blog Unit Rendah JPNT

Khamis, 15 Mac 2012

Atasi guru kurang di SJKC, SJKT


KUALA LUMPUR 14 Mac – Kementerian Pelajaran tidak menghadapi masalah kekurangan guru di sekolah kebangsaan kecuali untuk subjek tertentu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi permasalahan di SJKC, punca utama berlakunya kekurangan adalah faktor bekalan guru berkelayakan untuk mengajar mata pelajaran bahasa Mandarin.
Menurut beliau, bagi menangani isu itu, kementerian telah melaksanakan beberapa langkah seperti menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Kekurangan Guru di SJKC.
‘‘Sehingga kini sebanyak dua mesyuarat telah diadakan untuk mendapatkan satu penyelesaian terbaik dalam waktu terdekat. Kita juga mencadangkan supaya guru opsyen Pengajian Cina di SJKC yang telah lama mengajar mata pelajaran lain lebih daripada lima tahun, contohnya Matematik dan Sains, diberikan latihan tambah opsyen melalui Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO).

Sumber - Utusan Malaysia Online

Rabu, 14 Mac 2012

 
PERMOHONAN UNTUK MENGULANG BELAJAR TINGKATAN 6 ATAS ( 2012 )

1. Calon perlulah mengisi Borang T6BUS ( yang boleh didapati di JPNT,PPD atau di Sekolah Pusat Ting 
    6 )untuk memohon memasuki Tingkatan Enam Atas di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan.

2. Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti
    berikut:
    i.   Keputusan peperiksaan SPM/STPM 2011;
    ii.  Sijil kelahiran;
    iii. Kad pengenalan/pasport; dan
    iv. Sijil-sijil persekolahan menengah.

3. Borang ini hendaklah dikembalikan ke Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu :
    Unit Sekolah Menengah,Sektor Pengurusan Sekolah

4. Tarikh tutup permohonan ialah tiga minggu selepas keputusan STPM 2011 diumumkan. Permohonan
    yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

5. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
    i.   Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2012;
    ii.  Memperoleh keputusan STPM 2011 bagi dua (2) mata pelajaran dengan keputusan (Gred C-, D+
        dan D) atau mendapat satu (1) mata pelajaran (Gred A, A -, B+, B, B -, C+ dan C) dan satu mata
        pelajaran (Gred C-, D+ dan D);
    iii. Masih berkesempatan untuk mendaftar diri bagi mengambil peperiksaan STPM 2012 sebagai calon
        sekolah;
    iv. Masih terdapat kekosongan tempat belajar di sekolah pusat Tingkatan Enam dalam negeri berkenaan;
        dan
    v. Mendapat sokongan dan persetujuan pengetua sekolah pusat Tingkatan Enam asal murid berdasarkan
        rekod disiplin murid.

6. Kelulusan akan diproses oleh Jabatan Pelajaran Negeri jika pemohon memenuhi SEMUA syarat di atas.

7. Sebarang kemusykilan, boleh menghubungi 09-6213032 untuk pertanyaan.


Sila ke aplikasi Muat Turun untuk 'download' Borang T6 BUS
Sukacita bersama-sama ini dilampirkan artikel tentang Sistem Pentaksiran Baharu STPM untuk tujuan memberi maklumat dan hebahan kepada orang ramai.

Slik klik di sini untuk pautan

Sumber - Portal Rasmi KPM

KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


Sumber - Portal Rasmi KPM

Isnin, 12 Mac 2012

Peruntukan RM500,000 Tingkat Kemahiran Bahasa Inggeris Dan Arab Pelajar Terengganu

KUALA TERENGGANU, 5 Mac (Bernama) -- Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) akan memperuntukkan sebanyak RM500,000 untuk program pengukuhan bahasa Inggeris dan Arab di kalangan pelajar sekolah di Terengganu.
Jumlah itu adalah peningkatan hampir 100 peratus berbanding RM470,000 yang dibelanjakan pada 2010 dan 2011, dengan masing-masing purata RM235,000 dibelanjakan dalam tempoh dua tahun lepas.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Datuk Mohd Fadzli Yusof berkata pihaknya menambah jumlah peruntukan pada tahun ini hasil perbincangan dengan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) untuk menjadikan pelajar Sekolah Menengah celik berbahasa selain dalam bahasa ibunda mereka.
"Kelemahan utama pelajar Terengganu adalah dalam pertuturan bahasa asing di mana mereka tidak mahir menulis dan berkomunikasi menggunakan dua bahasa utama itu.
"Kami berharap peruntukan yang besar ini akan dapat meningkatkan kemahiran pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih yakin dalam pertandingan yang bakal diadakan," katanya.

-- BERNAMA

Pelajar Gagap Buktikan Keputusan Cemerlang Dalam STPM

MARANG, 7 Mac (Bernama) -- Status sebagai anak yatim menjadi dorongan kuat untuk mengubah nasib keluarganya sehinggakan memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan Rabu.
Bagi pelajar pintar Abdul Rahim Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, di sini berkata lantaran berazam mengotakan janjinya terhadap Allahyarham bapanya telah mendorong semangat untuk mencatat keputusan cemerlang.
Malah anak kelapan daripada sepuluh adik-beradik ini nyata terkejut dengan keputusan yang diperolehnya sehingga muncul sebagai pelajar cemerlang seluruh Terengganu.
"Kejayaan ini merupakan hadiah paling berharga buat arwah ayah yang sering beri kata-kata semangat dan pendorong kepada saya walaupun tidak dapat berkongsi kejayaan bersamanya pada hari ini," katanya ketika ditemui pemberita di sekolahnya di sini hari ini.
Menurutnya walaupun ayahnya telah meninggal dunia empat tahun yang lepas akibat penyakit jantung, pesanan Allahyarham supaya belajar bersungguh-sungguh sentiasa tersemat dimindanya dan kata-kata perangsang itulah yang mendorong kepada kejayaannya hari ini.

-- BERNAMA

Ahmad Said Gembira Prestasi STPM Terengganu Atasi Peringkat Pusat

KUALA TERENGGANU, 7 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said Rabu meluahkan rasa gembira kerana prestasi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri itu mengatasi peringkat pusat.
Terengganu mencatatkan pencapaian 95.34 peratus berbanding peringkat pusat 93.96 peratus, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini.
Beliau berkata daripada 2,810 calon yang menduduki STPM tahun lepas, 2,679 mendapat lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.
Ini merupakan peningkatan 0.65 peratus berbanding tahun sebelumnya, kata Ahmad yang berharap Terengganu dapat mengekalkan kedudukan sebagai negeri terbaik STPM bagi empat tahun berturut-turut.
"Saya ucapkan tahniah kepada anak-anak Terengganu serta mereka yang terlibat di mana sekali lagi menunjukkan kecemerlangan Terengganu dalam peperiksaan itu," katanya.

-- BERNAMA

Sistem Modular Untuk Pelajar Tingkatan Enam Mulai Tahun Ini


KUALA TERENGGANU, 8 Mac (Bernama) -- Kerajaan berharap kemasukan pelajar ke tingkatan enam akan bertambah apabila sistem modular yang dilihat tidak membebankan pelajar diperkenalkan mulai tahun ini.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pelajar peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mulai tahun ini akan menggunakan kaedah baru menggantikan sistem terminal di mana pelajar tidak lagi mengambil peperiksaan di akhir tahun sebaliknya akan mengguna pakai sistem mengikut penggal.
"Di bawah sistem modular, pelajar akan mengambil peperiksaan mengikut penggal dan keputusan tersebut akan digabungkan di penggal ketiga untuk menentukan indeks pencapaian mereka nanti.
"Mereka juga boleh mengulangi mana-mana mata pelajaran yang dirasa keputusannya tidak memuaskannya sehingga peperiksaan penggal ketiga," katanya kepada pemerita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang Sekolah Menengah Agama Tok Jiring di sini pada Khamis.

-- BERNAMA

Jangan Salah Guna E-book Untuk Kegunaan Peribadi - Ahmad Said


DUNGUN, 9 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said meminta ibu bapa agar tidak menyalah guna komputer riba yang dibekal kerajaan negeri menerusi projek pemberian e-book untuk kegunaan anak mereka.
Ahmad berkata beliau menerima maklumat bahawa ada di kalangan ibu bapa yang bertindak seolah-olah komputer riba itu kepunyaan mereka sedangkan ia diberi untuk kegunaan murid membuat tugasan dengan lebih mudah di sekolah.
"Tahun lepas, saya mendapat tahu ada sebuah komputer riba yang rosak akibat dilempar oleh seorang bapa yang berang akibat keghairahan isterinya melayari internet menggunakan komputer riba anak sehingga larut malam.
"Kes ini berlaku di Hulu Terengganu. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana komputer riba itu adalah milik anak untuk pelajaran, bukannya milik ibu bapa untuk tujuan lain," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan e-book untuk murid-murid sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura di sini.
Sebanyak 465 unit komputer riba jenama 'Top IT' diserah kepada murid di lima sekolah dalam DUN itu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Omar, SK Pusat Dungun, SK Kuala Dungun, SK Bandar Dungun dan SJK Cina Kwang Hwa.

-- BERNAMA

STPM: Hulu Terengganu di tangga kedua terbaik

HULU TERENGGANU 8 Mac - Daerah ini mencatat pencapaian membanggakan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred purata daerah 2.37.
Ia meletakkannya di tangga kedua terbaik di negeri ini dan satu-satunya daerah yang menunjukkan peningkatan dalam gred purata serta lulus penuh.
Pegawai Pelajaran Daerah, Sharuddin Ali Hussin berkata, ia merangsang ke arah pencapaian yang lebih baik pada masa depan dalam setiap peringkat peperiksaan awam.
"Pencapaian gred purata 2.37 bagi 2011 meningkat daripada 2.30 pada tahun 2010 manakala lulus penuh meningkat daripada 95.79 peratus kepada 97.11 peratus.
"Pencapaian ini mengatasi pencapaian negeri gred purata 2.33 dan lulus penuh 93.96 peratus," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Berang berada di tangga kelapan di peringkat negeri dengan pencapaian gred purata 2.61.

SMK Putra terbaik Terengganu

BESUT 8 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra di sini muncul sekolah terbaik di negeri ini dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 berasaskan Gred Purata Sekolah (GPS).
Terletak kira-kira sembilan kilometer dari pekan Jerteh, SMK Putra melakar satu lagi sejarah pencapaian cemerlangnya dengan GPS 2.91, mendahului senarai sembilan sekolah yang grednya melebihi 2.60.
Kejayaan itu memperlihatkan SMK Putra, sebuah sekolah di kawasan luar bandar mampu bersaing dengan sekolah ternama lain di negeri ini.
Pengetuanya, Ruhani Salleh berkata, sebelum ini sekolah itu pernah mencatat sejarah apabila seorang pelajarnya muncul pelajar terbaik dalam peperiksaan STPM 2010.
Katanya, kesungguhan guru, pentadbiran dan sokongan kuat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta keyakinan ibu bapa terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu telah membantu ke arah kejayaan.
Menurutnya, dalam peperiksaan STPM tahun lalu, 45 pelajar menduduki peperiksaan berkenaan dan kesemuanya menunjukkan prestasi cemerlang.
"Kejayaan muncul sebagai sekolah terbaik mendorong kami untuk mempertahankan kedudukannya dalam peperiksaan yang sama tahun ini," katanya selepas meraikan kejayaan bersama pelajar sekolah itu semalam.
Sementara itu empat lagi sekolah di daerah ini turut memperlihatkan pencapaian cemerlang daripada segi GPS iaitu SMK Tengku Mahmud (tangga keempat), SMK Nasiruddin Shah (enam), SM (Agama) Maarif (tujuh) dan SMKA Nurul Ittifaq (sembilan).

Sumber - Utusan Malaysia Online
 
SEMAKAN TAKLIMAT PERSEDIAAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN
PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA KPM TAHUN 2012
 

Sumber : Portal Rasmi KPM

TARIKH-TARIKH BAYARAN PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KPM TAHUN 2012


Kepada.
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Negeri Terengganu,

Tuan,

TARIKH-TARIKH BAYARAN PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KPM TAHUN 2012

Sila Klik di sini untuk pautan

Sumber : Portal Rasmi KPM

Khamis, 8 Mac 2012

Kejohanan Tertutup Bowling SPS Siri 1/2012



Di sini segala bermula...
KT Bowl, Bangunan Selera Tanjung (Astaka), 7 Mac 2012 - Di sini segalanya bermula!!! Kejohanan super series bowling tertutup Sektor Pengurusan Sekolah telah berjaya menarik perhatian sebahagian besar pegawai dan staf  termasuk Ketua Sektor SPS yang cukup sporting untuk menyertai kejohanan tersebut yang julung kali diadakan. Ibarat membuka pekung didada, segala yang tersirat sudah tersurat....kejohanan ini membuka lembaran baru dengan aksi baru, latihan menggolek buah nyior di kediaman masing-masing telah "membuahkan hasil" apabila setiap peserta menunjukkan keupayaan masing-masing dengan "berjaya" membuat "lontaran", "balingan", "longkangan", "lepasan" dan sebagainya. Syabas diucapkan....
Masing-masing "menyimpan" dendam membara untuk menunjukkan bakat yang terpendam dan aksi yang lebih meyakinkan pada kejohanan siri ke 2 yang akan akan menyusul.
Aksi seorang juara "balingan belakang"
Ucapan tahniah kepada individu dan pasukan yang berjaya.....kepada yang "berjaya" dalam sorakan, cuba lagi untuk membuktikan bahawa anda bukannya "juara longkang" untuk selamanya...


Tu dia KS SPS...cer teka, strike or spare?
Penuh debaran...menanti bola masuk atau bola tak keluar-keluar!
Mat Lin memang hebat sebab nama "Lane" doh
Hok ni pom-pom girl SPS!!!
Dan dengan bangganya, diumumkan keputusan Individual Standing kejohanan tersebut....

Sistem pendidikan terus diperkasa

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pendidikan negara bagi memastikan rakyat mendapat pendidikan berkualiti, seterusnya cemerlang pada peringkat pengajian tinggi.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata negara tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian hebat masa lalu kerana generasi muda hari ini perlu dipersiapkan untuk menghadapi cabaran baru pada masa depan.
“Asas kuat kita dalam menyediakan pendidikan rendah dan menengah memberi kelebihan kepada kita menyediakan belia yang cemerlang pada peringkat pengajian tinggi tempatan dan luar negara. Kita adalah kita pada hari ini hasil sistem pendidikan yang diterima ketika muda.
“Inilah sebabnya baru-baru ini saya mengumumkan kajian komprehensif kepada sistem pendidikan. Kita perlu melihat semula pelbagai aspek dan menambah baik sistem ini kerana kita mahu ia menghasilkan sumber manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi serta mampu menggerakkan negara ke fasa pembangunan ekonomi seterusnya.
“Menyedari matlamat ini, kita perlu memanfaatkan kekuatan sedia ada dan belajar daripada sistem pendidikan terbaik di dunia bagi memastikan kita memberikan yang terbaik,” katanya pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Alumni Universiti Amerika Malaysia (AUAM) Ke-35 di sini, malam tadi.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Amerika Syarikat adalah antara negara yang sentiasa menyediakan pendidikan terbaik kepada rakyat Malaysia dan graduan yang pulang berjaya dalam bidang profesional, seterusnya memberikan impak besar kepada negara.
“Kita percaya transformasi negara di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membuahkan hasil pada masa depan daripada semua usaha yang sedang rancak dilaksanakan pada masa ini,” katanya.
Sumber - Berita Harian online

STPM dirombak

Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan peperiksaan akhir berpusat tentukan tahap kelulusan setiap calon
SELAYANG: Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dirombak mulai tahun ini dengan keputusan atau markah yang diperoleh oleh calon akan ditentukan menerusi taksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan berpusat.
Pentaksiran akan menggunakan dua kaedah yang dilaksanakan sepanjang satu setengah tahun pengajian, iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan markah 20 hingga 40 peratus dan peperiksaan akhir berpusat yang mewakili markah 60 hingga 80 peratus untuk menentukan tahap kelulusan setiap calon.
Penggunaan sistem taksiran baru itu dilaksanakan selaras dengan Program Transformasi Pendidikan dan salah satu usaha kerajaan memperkasakan program pendidikan Tingkatan Enam.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata menerusi sistem taksiran baru itu, tempoh pengajian Tingkatan Enam, penawaran dan sistem penggredan mata pelajaran masih sama seperti sebelum ini tetapi kandungan pengajian dipecahkan kepada tiga bahagian kurikulum untuk mengisi tiga penggal.
“PBS diperkenalkan bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar terdiri daripada tiga bentuk kerja kursus, iaitu projek atau tugasan, kerja amali dan kajian luar mengikut keperluan mata pelajaran. Ia akan diadakan setiap penggal atau penggal tertentu saja,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan STPM, di sini semalam.
Beliau berkata, peperiksaan bagi menilai pencapaian pelajar akan diadakan setiap hujung penggal, iaitu penggal pertama pada November tahun pertama, manakala penggal dua dan tiga masing-masing pada Jun serta November tahun kedua pengajian.
“Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada setiap penggal, manakala keputusan keseluruhan peperiksaan STPM dibuat berdasarkan gabungan keputusan bagi ketiga-tiga penggal,” katanya.
Mohd Noh berkata, sistem itu bakal memberi kelebihan kepada pelajar kerana selain menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan, mereka akan mempelajari kandungan kurikulum berbeza pada skala kecil dalam setiap penggal.
Justeru, pelajar boleh lebih fokus menghadapi pembelajaran dan mempunyai peluang lebih besar untuk melakar kecemerlangan.
“Antara kelebihan sistem pentaksiran baru ini adalah pelajar boleh memperbaiki keputusan akhir setiap penggal dengan menduduki semula peperiksaan yang akan diadakan selepas keputusan peperiksaan penggal tiga dikeluarkan.
“Ini adalah kali pertama MPM memperkenalkan PBS bagi hampir semua mata pelajaran. Ini adalah sejarah bagi MPM selepas terbabit dalam bidang pentaksiran selama 30 tahun dan diharap mampu memantapkan sistem penilaian agar lebih holistik serta menguntungkan pelajar,” katanya.

Sumber - Berita Harian online

KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam menunggu dengan penuh debaran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), esok. Najib dijadual berucap pada perhimpunan khas yang dihadiri ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun serta pegawai kanan perkhidmatan awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Kenyataan bahawa Datuk Omar Osman, Presiden Cuepacs, badan yang menjadi payung kepada kesatuan-kesatuan sektor awam, yang akan berucap pada majlis itu,memberi petunjuk jelas bahawa ia mungkin memberi tumpuan kepada skim SBPA yang disemak semula.
Walaupun beberapa penganalisis melihat skim SBPA sebagai "durian runtuh" untuk penjawat awam, pelaksanaannya merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mentransformasikan perkhidmatan awam negara menjadi sesuatu yang dinamik dengan budaya berpretasi tinggi yang cekap dan mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada masyarakat moden.
Skim itu, yang bermatlamat menyediakan ganjaran yang lebih baik dan berdaya saing kepada penjawat awam serta mengurus tarikan bakat, pengekalan dan pemacu dalam perkhidmatan awam, merupakan sebahagian daripada pelan transformasi Najib bagi meletakkan asas ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.
Pada mulanya, Najib telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan skim gaji yang lebih baik bagi penjawat awam ketika beliau membentangkan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober tahun lepas.
Kerajaan telah memperuntukkan RM64.1 bilion untuk gaji dan pencen kakitangan kerajaan di bawah Belanjawan 2012 tetapi semakan boleh bermakna gaji yang lebih tinggi.
Skim itu, yang dijadual dilaksanakan pada 1 Januari tahun ini, ditangguhkan selepas CUEPACS membantah terhadap kewujudan perbezaan gaji yang begitu ketara antara mereka yang menduduki gred JUSA dan Premier berjumlah kira-kira 2,600 pegawai dan mereka yang berada dalam Gred 54 dan ke bawah.
Berikutan keadaan yang tidak seimbang, Perdana Menteri mengambil tindakan tepat pada 12 Januari apabila beliau meminta supaya skim itu disemak semula.
Satu pasukan petugas khas diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, dibentuk bagi mengkaji kelemahan yang dikatakan wujud dalam skim yang dicadangkan itu.
Walaupun, pasukan petugas diberi tempoh sehingga 16 April untuk menyelesaikan tugasnya, tetapi ia telah dapat membereskannya lebih awal daripada yang diduga.
Penyelesaian bagi isu yang hangat ini memberi kelegaan kepada kakitangan yang terjejas, yang mana, seterusnya ia mungkin memberikan kesan positif berganda di mana empat juta orang lagi akan mendapat manfaat jika anggaran kasar empat tanggungan bagi setiap pekerja digunakan.
Sesungguhnya, ia akan menjadi durian runtuh jika mereka juga mendapat bayaran tunggakan kerana Cuepacs meminta supaya pakej gaji SBPA yang disemak semula berkuatkuasa daripada tarikh pelaksanaan asal iaitu 1 Januari walaupun ia ditangguhkan.
Bagaimanapun, bukan hanya penjawat awam yang mendapat faedah di bawah program transformasi Perdana Menteri ke arah mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi pada akhir dekad ini. Pada akhirnya, mereka yang berada dalam sektor swasta, terutama yang berada di peringkat rendah, juga akan menikmati faedah kerana kerajaan juga sedang menumpukan usaha bagi melaksanakan dasar gaji minimum.
Dasar yang dicadangkan itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3.2 juta kakitangan sektor swasta. Sementara begitu banyak perdebatan mengenai kebaikan dan keburukan bagi dasar sedemikian, perlu diingatkan bahawa teras utama ialah bagi menyediakan gaji yang memuaskan dan membebaskan mereka daripada  belenggu kemiskinan.
Kesimpulannya, semua ini adalah sebahagian usaha di bawah orientasi kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" di bawah pentadbiran Najib bagi meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia untuk masa depan yang lebih baik. - Bernama

Pelajar terbaik STPM Terengganu amal empat petua


BESUT - Seorang daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman dariSekolah Menengah Agama Maarif di sini sentiasa mengamalkan empat perkara yang beliau anggap telah menentukan kejayaannya.
Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini berkata amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu mempermudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua matapelajaran yang diambil.
"Saya selalu amalkan sembahyang sunat dhuha, sembahyang hajat, baca Al-Qurandan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sekolahnya selepas menerima keputusan STPM di sini hari ini.
Gadis berusia 19 tahun ini memperolehi 'A' dalam Pengajian Am, Usuluddin,Syariah dan Sejarah serta 'B+' dalam Bahasa Arab.
Siti Aisyah Syahirah, anak seorang ahli perniagaan dan ibunya seorang guru agama, berkata masanya tidak pernah dibiarkan berlalu dengan kosong tanpa kegiatan yang berfaedah yang sekurang-kurangnya dipenuhi dengan membaca Al-Quran.
Menurutnya beliau telah khatam Al-Quran sebanyak 12 kali sejak berumur 12 tahun dan bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang pendidikan.
Siti Aisyah Syahirah antara tiga pelajar terbaik negeri Terengganu selain Abdul Rahim Abdullah dari SMKA Durian Guling, Marang dan Rosmalizai Adanan dariSMK Tengku Ibrahim, Setiu. - Bernama

Rabu, 7 Mac 2012

Gagasan Terengganu dilancar

KUALA TERENGGANU 3 Mac - Pertubuhan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) dilancar secara rasmi di negeri ini hari ini.
Pelancarannya disempurnakan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah sambil disaksikan oleh Pengerusi Gagasan negeri, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.
Hadir sama Setiausaha Agung pertubuhan itu, Syed Anuar Syed Idrus.
Pada majlis itu, Jailani turut menyampaikan watikah pelantikan kepada beberapa Yang Dipertua Gagasan peringkat Parlimen, termasuklah Parlimen Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.
Terdahulu, satu ceramah khas bertajuk Guru Pewaris Anbia disampaikan oleh Pengarah Institut Sosial Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din.
Gagasan adalah kesinambungan daripada cetusan idea bekas pemimpin Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang diketuai Datuk Hasan Malek iaitu Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama beberapa bekas pemimpin lain.

Selasa, 6 Mac 2012

Pengisian Maklumat Penarafan Keselamatan Sekolah

Sukacita dimaklumkan bahawa proses pengisian maklumat Penarafan Keselamatan Sekolah bagi semua sekolah yang telah dimaklumkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) boleh dicapai melalui pautan http://apps.moe.gov.my/spks/

Sekian, terima kasih.

Sumber - Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN PEPERIKSAAN SPM DAN SPMU TAHUN 2012

Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran calon persendirian bagi Peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) dan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) tahun 2012 adalah pada 1 hingga 31 Mac 2012.

Pendaftaran hendaklah dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat. Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat
http://www.moe.gov.my/lp.

Calon diingatkan supaya mematuhi tarikh yang ditetapkan kerana permohanan lewat tidak akan dilayan.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
28 Februari 2012

Pengemaskinian Sistem Maklumat Operasi Pendidikan (e-OPERASI)

Kepada,
Pengetua dan Guru Besar,
SMK/SMKA/SABK/SBP/SK/SJK
Negeri Terengganu

PENYELARASAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT GURU BAGI PELAKSANAAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN GURU SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN (SOP), KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Operasi Pendidikan telah membangunkan Sistem Maklumat Operasi Pendidikan (e-OPERASI) yang diurusetiakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan pelaksanaan e-OPERASI adalah bagi memastikan pengurusan penempatan dan pertukaran guru mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2010 berhubung kuasa penempatan dan pertukaran guru di bawah Sektor Operasi Pendidikan.

3.  Bagi memastikan pelaksanaan e-OPERASI berjalan lancar serta memenuhi keperluan semua bahagian SOP berhubung maklumat penempatan dan pertukaran guru di sekolah bawah kawalan bahagian masing-masing, kerjasama Y.Bhg Datuk/Dato'/tuan/puan adalah dipohon untuk melaksanakan pengemaskinian maklumat guru melalui aplikasi e-OPERASI.

3.1 Pengemaskinian maklumat dan permohonan pertukaran boleh dilaksanakan melalui laman     
      web http://apps.moe.gov.my/epgo/. Jadual pelaksanaan adalah seperti ketetapan berikut :

3.2 Pengemaskinian maklumat penempatan guru boleh dilaksanakan melalui laman web http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penempatan.

4. Akauntabiliti Pengetua/Guru Besar/Pentadbir sekolah sebagai Pengesah sangat diharapkan bagi memastikan setiap maklumat yang diberikan oleh guru adalah betul dan tepat. Pengesah juga dipohon mengesah setiap maklumat guru dengan kadar segera supaya tindakan seterusnya oleh penyemak di PPD/JPN/Bahagian dapat dilaksanakan.

5. Sebarang kemusykilan berhubung perkara di atas boleh menghubungi En. Mohd Arifin b. Ismail, Penolong Pengarah Data & ABM, Sektor Pengurusan Sekolah di talian 09-6213065.


Mengemaskini Soal selidik 'Training Needs Analysis'(TNA) Secara Atas Talian e-SPLG


Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah negeri Terengganu

Tuan,

Berhubung perkara di atas, sukacita dimaklumkan Bahagian Pendidikan Guru telah membangunkan modul soal selidik 'training needs analysis'(TNA) secara atas talian e-SPLG. Modul ini dibangunkan bagi membolehkan pihak pengurusan di sekolah/PPD/JPN membuat perancangan keperluan kursus berdasarkan soal selidik.

2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan memanjangkan maklumat ini kepada semua kakitangn di bawah pentadbiran tuan dan menjawab soal selidik tersebut sekurang-kurangnya sekali setahun yang boleh diakses menerusi login Modul Individu melalui url berikut : http://apps.moe.gov.my/splg/

3. Kerjasama dan komitmen tuan, kami ucapkan terima kasih.

Sekian.

Khamis, 1 Mac 2012

Kepada semua pengetua,
SMK/SMKA/SABK/SBP,
Negeri Terengganu

Data e-Operasi (Sistem Pengoperasian Data). Semua PK Pentadbiran/Kurikulum diminta mengemaskini maklumat guru dan enrolmen murid dari semasa ke semasa melalui http://apps.moe.gov.my/eoprerasi. Bagi guru yang tidak ada di bawah seliaan, data guru boleh dicapai melalui butang "Carian" pada menu MAKLUMAT GURU. Seterusnya Pengetua diminta membuat pengesahan maklumat tersebut.


id dan katalaluan untuk pengetua adalah sama sepertimana id dan katalaluan pada e-GTukar. Sebarang kemusykilan, sila hubungi En. Mohd Ariffin b. Ismail di talian 09-6213065


NASIB GURU BUKAN SISWAZAH BELUM DAPAT PEMBELAAN



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Lama, Machang” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 23 Februari 2012Nasib guru bukan siswazah belum dapat pembelaan.
 
Untuk makluman, jawatan Guru Besar dan Penolong Kanan merupakan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA34/DGA32 dan bukannnya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41. Pada masa kini, masih belum wujud jawatan Guru Besar dan Penolong Kanan, PPPS Gred DG41.
 
Walau bagaimanapun, Guru Besar dan Penolong Kanan di sekolah rendah yang melanjutkan pelajaran secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan dilantik ke Gred DG41 dikekalkan sebagai Guru Besar dan Penolong Kanan di sekolah asal mereka bagi memastikan kepimpinan yang berterusan dan supaya tidak menjejaskan pengurusan dan pentadbiran sekolah rendah.
 
Jika ruang ini dibuka kepada Guru Biasa, PPPS Gred DG41, maka ia akan menyekat peluang kenaikan pangkat kepada sebilangan baki Guru Biasa, PPPLD Gred DGA29 yang dalam senarai menunggu kenaikan pangkat ke Gred DGA32/DGA34.
 
Di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), walaupun PPPS tidak berpeluang untuk memegang jawatan kenaikan pangkat di sekolah rendah, mereka masih boleh menikmati peluang kenaikan pangkat  melalui laluan Hakiki, Laluan Cemerlang dan Laluan Time-Based  di dalam skim perkhidmatan PPPS sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP).
 
Berdasarkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), PPP Gred DG1-1 (DG41) boleh dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi tanpa kekosongan jawatan berdasarkan kecemerlangan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh LKPPP mengikut tempoh minimum perkhidmatan yang ditetapkan seperti berikut:
 
 
i)                    DG1-1 ke DG1-2 ( tempoh 8 tahun)
ii)                   DG1-2 ke DG1-4 ( tempoh 8 tahun)
iii)                 DG1-4 ke DG1-5 ( tempoh 6 tahun)
iv)                 DG1-5 ke DG1-6 ( tempoh 3 tahun)
 
Sehubungan dengan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang bersetuju menerima opsyen SBPA adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat secara Time-Based beserta Kecemerlangan. Walau bagimanapun, Kerajaan masih di peringkat semakan semula SBPA dan ketetapan kriteria-kriteria kenaikan pangkat SBPA juga sedang dibangunkan oleh Agensi Pusat. Oleh yang demikian, pelaksanaan urusan kenaikan pangkat PPP terlibat hanya dapat dijalankan setelah kriteria-kriteria kenaikan pangkat diluluskan dan dipersetujui oleh LKPPP.
 
 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 
Sumber - Kementerian Pelajaran Malaysia

KESATUAN GURU BANTAH PTD ISI JAWATAN PENOLONG KANAN


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 30 Januari 2012 – Kesatuan guru bantah PTD isi jawatan penolong kanan.
 
Berdasarkan semakan KPM, tiada klausa khas Saraan Baru Perkhidmatan Awam yang membukan peluang kepada PTD untuk menjawat jawatan Penolong Kanan di sekolah Menengah. Semakan boleh dibuat melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11/2012 dan Bilangan 13/2012. Pada masa ini, KPM tidak bercadang untuk menempatkan PTD di sekolah-sekolah memandangkan skop tugas pengurusan sekolah lebih sesuai dilaksanakan oleh Penolong Kanan di kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Di samping itu, PTD lebih berperanan untuk melaksanakan tugas-tugas di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian berbanding tugas-tugas pengurusan di sekolah-sekolah.
 
 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sumber - Portal Kementerian Pelajaran Malaysia